Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Siapa ada pengalaman di tipu oleh orang di percayai ?
Pada zaman sekarang ini orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang di ingini. Sanggup tipu mak ayah, adik beradik, kawan-kawan dan orang sekeliling. Lagi-lagi soal duit. Soal status diri, soal pelajaran, jual beli dan pelbagai lagi. Siapa pun dalam dunia ini tidak suka di tipu. Walhal penipu sendiri tidak suka di tipu.
Tahu tak , menjadi orang yang ditipu tu menyakitkan tetapi hakikatnya , orang yang menipu tu sebenarnya lagi merana jiwa . Hidup tak tenang sebab takut rahsia terbongkar.Setiap waktu otak perlu berjalan untuk mencipta penipuan baru . Kat sinilah kita nampak setakat mana daya kreativiti individu tersebut . Kalau tahap kreativitinya excellent , akan mengambil masa yang lama untuk kantoi .Ditambah pulak dengan pengalaman dan kebiasaan .Belajarlah untuk jadi jujur . Awalnya mungkin payah tapi pengakhirannya kita juga yang senang.
Akibat dari menipu amat besar kesannya. Bukan sahaja terhadap kita tetapi orang sekeliling juga. Jika kanak-kanak pula jangan pula di ajarkan menipu dan membiarkan anak terus menipu.

Berdasarkan pengalaman diri sendiri pernah di tipu dan hasil permerhatian ini untuk mengenalpasti orang yang menipu.
Percakapan – orang yang menipu akan
mengambil masa yang lama untuk
menjawab pertanyaan atau menjawab
dengan segera sebelum soalan tamat.
Mereka juga akan meminta soalan diulang atau mengulangi soalan tersebut sendiri. Kalis dengan ayat yang lain.
Sikap – orang yang sedang menipu
selalunya nampak tidak selesa, cemas,
marah dan cuba mengelak.
Postur badan – orang yang menipu menunjukkan pergerakan kaku dan sering menyilang kaki atau tangan.
.
Perilakuan dan pergerakkan tangan – sekiranya individu
tersebut menggaru dahi, memicit muka,
menyentuh leher dan menyapu belakang kepala sendiri, dia mungkin sedang menipu.
Pandangan mata – arah pandangan mata seseorang boleh menunjukkan apa yang difikirkan olehnya. Sekiranya dia melihat ke atas dan ke kiri, maka dia sedang mengingat kembali tetapi sekiranya arah pandangannya
ke atas dan ke kanan dia sedang mencipta sesuatu yang baru. Oleh tiu, berwaspadalah jika pandangan matanya ke atas dan ke kanan, mungkin dia sedang menipu. Perlu ditekankan bahawa, arah pandangan adalah
berlawanan bagi mereka yang kidal.
Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu:
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami
mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-
benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya
mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta
Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya
pengakuan mereka adalah dusta.”
(Surah Al- Munafiqun, Ayat 1) Ayat-ayat Al-Quran serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu: ….
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah
petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi
pendusta. (Surah Ghaffir, Ayat 28)
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu
kami, maka ia bukanlah daripada kalangan
kami.” (Riwayat Muslim).
17 Ulasan
p.s nak tanya..ada ke tipu sunat cik?? tipu macam nak selamatkan diri dari sesuatu yg bahaya ke kiranya..bolehkah??
tak mahu lah tipu2 .. kalau kita tak nak ditipu jadi jangan tipu orang yer tak...
mselim3