Ticker

6/recent/ticker-posts

Remaja Couple Islamik


Gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan dan marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Beberapa hari tanpa update entri kerana sibuk buat persedian untuk praktikal.

 Beberapa hari yang lepas dapat pertanyaan dari seorang remaja soal cinta. Dia bertanya pada acik, ramai kawannya kini sedang bercinta iaitu "couple" dan dia termasuk sama sekali. Tetapi mereka couple mengikut cara islamik . Mereka menjaga perhubungan, hanya keluar pergi makan-makan, tengok wayang dan bertelefon sahaja.Kalau kami keluar pergi tempat terbuka tidaklah tempat gelab.Kalau jalan pun tak ada pegang-pegang tangan hanya melalui kata-kata.Bolehkan acik?

Couple islamik ? ada eh ? setahu acik memang tak ada. Matlamat tak menghalalkan cara. Islam agama yang suci, jangan di tokok tambah sesuka hati kita.Untuk menampakkan ianya "suci" sengaja  menambahkan perkataan islamik supaya kelihatan perhubungan yang di restui.

 Jangan begitu wahai adik-adikku sekalian. Memang kamu katakan kamu menjaga perhubungan. Tetapi ingat apabila kamu berdua tentunya ada yang ketiga ada yang menghasut kamu.Tentu kamu sendiri fahamkan, biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat-buat tersentuh. Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama. Pasti akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu peerbuatan yang haram.
Ada remaja menafikannya, Eh taklah bang kami jaga pergaulan tetapi perlu ingat bahawa ianya mungkin bukan zina secara fizikal tetapi boleh jadi zina hati, zina mata dan macam-macam lagi. Paling mudah acik boleh berikan contoh soal zina hati.Zina hati,sebenarnya mengkhayalkan zina di alam imiginasi kita, tetapi zina ini adalah apabila tidak dapat mengawal perasaan cinta kita dengan pekara-pekara  yang mendekati zina tetapi masih belum melakukan zina.

Mungkin kamu kata tak pegang-pegang tangan atau buat sewaktu dengannya. Tetapi setiap hari dan waktu call, sms , siap ungkapkan sayang menyayang cinta di kenang lagi. Hati tak tenang bila tak dengar suaranya. Hati ini selalu mengingatinya. Dengan melunakkan suara dan melembutkan suara agar dia selalu ingat pada kamu. Sehingga buatkan kamu tak keruan, rasa nak selalu bersamanya dan boleh menaikkan syahwat, adakah itu wajar ?
 Acik tidaklah berniat untuk berleter tetapi nasihat untuk remaja di luar sana. Jadi nak bercinta macam mana caranya ?
Cara yang terbaik adalah jika kamu suka padanya berdoalah pada Allah agar dia menjadi jodoh kamu dan ceritakan perasaan kamu padaNya. Jika benar-benar sangat suka padanya dan berkemampuan maka teruskanlah pada perhubungan yang halal.
 Ada lagi yang bertanya, zaman sekarang ini kena pilih betul-betul sebab takut salah pilih. Jika kamu pilih kerana paras rupa dan hartanya memang akan masalah jika pilih agamanya inshaAllah terjamin. Ye pun tidaklah perlu usung ke hulu hilir anak orang.
Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”




Catat Ulasan

16 Ulasan

sitirohaida berkata…
setuju tu acik..kena cari betul2..
first time dengar couple islamik ni...he he he...
farhana mohamad berkata…
hehe. adik2, xde istilah couple islamik ye. couple islamik ke tak islamik ke, kedua duanya menjuruskan kepada zina. "tapi kami tak pernah keluar dating pun, setakat call dan mesej je kak. so takde la terjadi zina tu". zina lain mungkin terhindar, tapi still terjadi zina, zina hati. zina hati sangat susah nak ubat.

kejut bangun tahjud, ajak solat, ajak baca quran, alhamdulillah, bagus la kalau kita buat semua tu. tapi berbalik pada soal niat, niat buat semua tu sebab pakwe/makwe islamik yang suruh. itu dah jadi tak elok. maksudnya, korang buat bila disuruh, kalau tak memang korang tak buat. matlamat tak menghalalkan cara. nak halal, bagitau parents cakap nak kahwin. haa, kan lebih ohsem cenggitu adik2!
Ismi Ana berkata…
Dalam islam takde kapel2. Yg islamik2 kononnye tu, takde dalam fatwa. Bebudak skrg ni je memandai je kata kami kapel islamik. Saling mengingatkan kpd kebaikan.
Blog Santai berkata…
Couple Islamic ? Hmm....apa-apa pun kena jaga dirikan Acik..sebab orang ke tiga tu memang tunggu masa je nak goda..he..he
Tanpa Nama berkata…
Sangat setuju. Xde istilah couple islamik sbnrnya.sbb dah nama pon couple, mesti nak enjoy2 kannn. Bila dh seronok, mulalah perkara yg kita x jangka, akan berlaku. Syaitan ada di mana2 utk hasur anak2 Adam supaya mlakukan perkara laghah. So, jalan trbaik kalau suka atau sayang mcm mana pon, doalah. Mana tau, dgn doa dpt mghantar isyarat terus pd hati org yg kita cintai. Trust for the miracle. Allahuakbar! Wallahua'lam
cikpinz berkata…
Pemikiran anak muda sekarang, kalau takde couple memang kolot. Sebenarnya couple ni menjurus ke arah perkara yang tidak elok. Lebih baik habiskan belajar pastu terus kahwin.
memmetlenggeng berkata…
Kahwin jelah acik kannn
norhasnizakhalid berkata…
belajar duli.. baru fikir nak kawin bagai.. ilmu di dada pastikan ada, jangan main belasah je..
mama singgah setelah sekian lama .. hihihi
Khir Khalid berkata…
Syaitan mmg bijak dlm memperdaya manusia... semoga kita semua dijauhi dari bahana zina walaupun dtg secara halus dan ala2 Islamik...
Tanpa Nama berkata…
salam singgah acik. macam macam la zaman sekarang ni kan.nak menghalalkan cara. moga kita semua sentiasa dalam lindungan rahmat allah
Couple islamik mcm lain jer bunyi..
paridah berkata…
bercouple lepas kawin baru islamik kan...
Ikhwan Fahmi berkata…
alhamdulillah, saya sudah pun berkahwin :)
Maria Firdz berkata…
Jgn burukkan nama Islam dgn couple...