Ticker

6/recent/ticker-posts

Rezeki Yang Melimpah Selepas Bernikah

nikah
Gambar Hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang tiada henti di berikan pada kita.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ramai antara bila di tanya soal kawin, ramai lelaki yang memberi alasan untuk bernikah.Antaranya :

 Lek lu masih muda lagi, kita enjoy
Tak cukup duit lagi dan ekonomi yang tak stabil
Malas nak fikir tentang kawin 
ala aku kerja tak tetap & rumah pon tak ada lagi.

Itulah juga alasan yang kerap bermain di kepala acik ini, tapi selepas seorang kawan bercerita dengan acik ini ,jadi acik tukar fikiran dan rasa tak sabar pula nak kawin. Mahu ketahui kisah dari kawin acik yang di hantar email kepada acik di akupenghibur14@yahoo.com ?

Assalamualaikum acik. aku sama juga seperti lelaki yang lain, bila di tanya bila nak kawin atau bernikah ? di benak aku kata“Aku belum siap”. “Aku takut tidak dapat memenuhi keperluan keluarga nantinya. Nak bagi makan apa anak orang nanti ? 
 
Umur aku dah 27 tahun tapi masih belum menikah. Tentu saja aku malu kerana rakan-rakan aku yan lainnya sudah menikah. Akhirnya aku tekad untuk berkahwin aku mula kumpulkan duit untuk tujuan itu, tetapi masalahnya aku masih belum lagi mempunyai pasangan ?  Akhirnya aku letakkan egoku untuk bermohon kepada maha penciptaku setelah aku telah berusaha ,aku sangat memerlukan teman hidupku.

Setiap waktu aku berdoa dan berusaha dengan sungguh-sungguh supaya di berikan jodoh yang baik. Masih lagi ligat dalam ingatkan pada bulan Januari 2008 aku berkenalan dengan seorang gadis yang baik budi pekertinya, Alhamdulillah perkenalan kami berjalan dengan lancar dan bersediaku lamar. Puji syukur kepada Allah SWT kerana begitu cepat mengabulkan doa kami.

Malang tak dapat ditolak,4 bulan sebelum pernikahan aku di buang kerja, kereta aku rosak dan perlu bayar untuk rumahku.Memang gusar apabila aku memikirkan permasalahan tersebut. Mulanya aku rasa nak "give up" dan gunakan duit yang aku kumpulkan untuk aku kawin nanti.Tapi aku tekad untuk cuba cara lain dulu, yelah kau bayangkan acik pada tu aku fikir nak bagi makan apa anak isteri aku nantinya?? .

Bagaimanapun jangan pernah jauh dengan Allah, maka Dia pasti ada selalu ada untuk kita.Tak pernah putus-putus aku berdoa sampai menangis mengadukan permasalahan aku kepada Allah.

Akhirnya sebulan sebelum pernikahan aku diterima bekerja di sebuah syarikat lain sebagai "project engineer" lebih dari jangkaan aku. Syukur Alhamdulillah lega hati aku. Berkali-kali Allah  mendengar dan mengabulkan doa aku. Akhirnya kami menikah pada tarikh yang telah di tetapkan pada April 2008 dan selepas berapa bulan kemudian isteri aku mengandung.

Aku selalu fikir positif dan aku berkerja keras untuk bakal anak aku yang akan lahir. Ternyata benar janji Allah bahwa menikah dan memiliki keturunan akan memperlancar rezeki. Bagaimana sebelum menikah aku adalah penganggur dan selepas itu aku mendapatkan pekerjaan di perusahaan yang cukup besar dengan standard gaji yang lumayan.

Dan setelah isteri aku mengandung ada saja rezeki yang dikurniakan kepada kami. Baik berupa kenaikan gaji dan pelbagai lagi. Setelah 9 bulan 10 hari isteri aku melahirkan anak pertama kami. Selama itu kami menunggu dengan bahagia dengan harapan menjadikan dia anak yang soleh. Alhamdulilah aku dapat anak lelaki, persis seperti yang kami minta dan doakan.

 
Sungguh aku bersyukur dan mampu buatkan aku menangis atas kurnia dari Allah tak terhingga, bahawa selama ini Allah selalu mendengar doa kami.Tapi acik jangan lupa selalu bersedekah dan buat amal kebaikan. Jangan biarkan diri kita jauh dari Allah, Dia selalu ada dengan kita jika kita selalu dengannya. Dan sampai sekarangpun rezeki kami mengalir deras. Bahkan melebihi dari perkiraan aku.Alhamdulilah sekarang ini aku sudah membuka perniagaan aku sendiri di Cheras.

Untuk pembaca blog aku penghibur yang belum menikah percayalah bahwa jika kita memang berniat untuk mengendalikan syahwat dan mengikuti sunah rasul, insha Allah akan dicukupkan rezekinya dan jangan takut punya anak karena anak juga membawa rezeki.

 
Sangat terasa di hati kisah yang di hantar di email oleh seorang rakan acik. Seharusnya sebagai muslim sudah sepatutnya kita yakin akan kebenaran Allah dan Rasulnya. Bahawa menikah akan memperlancar rezeki.

Mari kita mulai dengan ayat suci Al Quran...

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. An-Nuur: 32
 
Nabi saw juga menguatkan ayat tersebut. Sabda beliau,
Dari Aisyah, “Nikahilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangkan harta (rezeki) bagi kamu

Sabda beliau yang lain: ..

“Kawinkanlah orang-orang yang masih sendirian diantaramu. Sesungguhnya, Allah akan memperbaiki akhlak, meluaskan rezeki, dan menambah keluhuran mereka”

Namun sayangnya, masih ada muslim yang berpikir berumah tangga sebagai beban. Sebenarnya satu anugerah jika kita menjalani dengan betul serta memperkayakan dengan tanggungjawab sebagai suami, isteri mahupun tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita. Sekian dulu dari acik.

Catat Ulasan

19 Ulasan

Asha Lya berkata…
Kawin bukanla satu beban.insyallah pasti ada rezki bagi yg berumahtgga
Cik Itah berkata…
salam. betul tu acik..kahwin tu bukanla beban :)
sy pun kalau bole nak kahwin sekarang jugak hehhe gurau :D
Maria Firdz berkata…
Betul... Mmg rezeki berkhwin tu ada je sbnrnya. Rezeki yg tak disangka-sangka..
Cik Nor berkata…
xder rezeki nak kawen lagi acik..huhu
memmetlenggeng berkata…
semoga barakah rezekinya dan anak-anaknya
Anizz Annisa berkata…
bila baca kisah nie.. macam tak sabar nak kawen.. betul org2 dulu kata.. rezeki sentiasa ade lepas mendirikan rumah tangga.. pelbagai bentuk pelbagai rupa.. :)
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. betul tu..
licha berkata…
setuju sangat tu, kita kena yakin dengan janji Allah. :)
BinMuhammad berkata…
Maka Acik...cepat-cepatlah mencari pasangan dan bernikahlah... Jgn tunggu lama2. Semoga segala urusan mu dipermudahkan... amiin, :)
Khir Khalid berkata…
Allah Maha Adil & Maha Mengasihani.. Perkara yg baik pasti Allah perkenankan & permudahkan rezeki baginya.. in shaa Allah... aamiin.
Tunsha Ayunie berkata…
Sha kahwin tanpa ada apa2... beli cincin kawin pun pinjam duit in law... sadisnya....
tapi alhamdulillah, setahun kawin, kami semakin stabil :)
paridah berkata…
bagus perkongsiannya...pernikahan adalah permulaan kehidupan sebenar....
rezeki selepas kawin ada dtg, selepas
kita di anugerah cahaya mata...
anugerah dari allah swt...kawin biar ikhlas
Unknown berkata…
InsyaAllah. Selepas kahwin, rezeki melimpah ruah. :)
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah..
Engku Muzahadin berkata…
InsyaAllah, mmg ramai kata lepas kahwin rezki mkin luas...
Jari Manis berkata…
kalau dah sampai jodoh tu kahwin je tak perlu tunggu duit byk..buat kenduri ala kadar je yang penting kahwin..in Sha Laah..Rezeki dari Allah
Unknown berkata…
Saya nak kawin dgn cik ita...