Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedangkan Permintaan Iblis Yang Ingkar Allah Tunaikan Apatah Lagi Kita HambaNya

Assalamualaikum   
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucaplah syukur atas nikmat yang di beri kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Sedang acik online, ada seorang rakan facebook dan merupakan kawan sekolah dulu cerita tentang kisah dia, kadang kita baru tahu ada orang lebih susah dari kita nie. Bila dengar cerita orang lain, acik lebih bersyukur dengan apa yang acik ada.Alhahmdulilah.  
Lama jugak dia chatting dengan acik dan tiba tiba terkeluar perkataan yang dia taip ,dia kata " aku sekarang susah anak sakit, segala iktiyar aku dah buat, dah hantar hospital ,dah berdoa tapi anak aku masih tak sembuh lagi.   Acik hanya nasihat jangan pernah sangsi dengan ALLAH .. kalau di fikir memang kita akan katakan "betul ke ALLAH akan makbulkan doa kita, ramai umat manusia di dunia" 
Ketahui ALLAH maha besar dan maha mengetahui segala hal yang ada di dunia nie.  Allah tak pernah persiakan kita, Allah tahu yang terbaik untuk kita. ALLAH uji kita untuk kita tahu tentang erti hidup ,erti pertemuan ,erti perpisahan dan sebagainya.   Lecture acik pernah cerita ada seorang ustaz nie yang hilang beg dan dalam beg itu ada duit dan barangan yang di amanah oleh penduduk setempat di rumahnya untuk "collect " wang tersebut. Dan ustaz itu dengan tenang di berkata dia akan buat solat hajat selama 3 hari berturut turut memohon dengan ALLAH untuk jumpakan beg tersebut.  
 Hari pertama ustaz itu katakan dia dah buat solat hajat, seterusnya dia pon berkata sedemikian rupa. Dan hari ketiga, ramai orang rasa ishh kalau dah hilang memang susah nak jumpe mustahil . Tapi ustaz nie istiqamah dan dia katakan dia percaya pada ALLAH dan akan ada orang pulangkan pada hari nie.  Tiba tiba ada orang seorang lelaki datang mencari ustaz tersebut dan berkata terjumpa beg itu. 
 Begitulah, kita kena yakin seyakin pada ALLAH.. Jika kita yakin dengan Dia, maka dia yakin juga untuk tolong kita..Sedangkan permintaan Iblis supaya dipanjangkan umur sehingga kiamat Allah perkenankan, apatah lagi doa hamba yang bersolat padaNya :')"   ambillah cerita ringkas ini sebagai tauladan untuk kita istiqomah dan yakin pada ALLAH . oklah sampai sini dulu, lain kita kita bersembang lagi .

Catat Ulasan

10 Ulasan

Jari Manis berkata…
Jgn putus asa ..Allah maha pengasih lagi maha penyayang
sitirohaida berkata…
betul tu..sentiasa yakin dengan Allah swt..salam jumaat acik..
Tanpa Nama berkata…
betul acik, allah tak pernah memungkiri janji. mintalah banyak pada yang maha berkuasa,
Blog Santai berkata…
Exactly Acik..Allah sentiasa dekat dengan kita..mohon petunjuk dan pertolongan dari NYA...Jangan give up..
Cik Itah berkata…
salam. betul tu acik..kita kena yakin dan percaya dengan pertolongan Allah..

p/s salam jumaat acik :))
paridah berkata…
salam jumaat acik yakin tanda beriman dgn Allah...
Unknown berkata…
doa adalah perbuatan yang paling mudah . sama ada lambat atau cepat dimakbulkan , Allah ada sebab musababnya ...
Khir Khalid berkata…
Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang... berdoalah terus kepadaNya dgn sepenuh istiqamah... Subhanallah...
Maria Firdz berkata…
Betul la kan... Allah tu kan Maha Penyayang...