Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Bertahan Kawin Di Usia Muda Ini Kerana Cinta Kepada Allah


gambar Hiasan 

Assalamualaikum

Alahmdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah , marilah ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak pernah henti untuk kita . Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Petang semalam di bukit Jalil di basahi dengan hujan yang deras. Semasa nak pulang ke rumah balik dari kerja. Hati ini rasa tak senang hati, entahlah tak tahu mengapa. Berkata sendiri dalam hati " nak redah hujan atau tak ni ? ala redah jelah lagipun nak balik.

Dalam perjalanan nak balik ke rumah , mata terarah kepada semasa pasangan muda yang membawa anak kecil dalam hujan yang lebat. Si lelaki sedang tolak motor, tak sampai hati pula tengok keadaan mereka. 

Acik : Dik kenapa nie dik ? 
Lelaki : Motor rosaklah bang.
Acik : Ohh yeke, dik minta maaflah nak cakap, hujan nie kenapa biarkan baby kehujanan nanti demam dia. Ini ambil baju hujan saya sarungkan kat baby tu. Kita orang besar boleh tahan dia tak boleh.
Perempuan : terima kasih ye.
Lelaki :(Tetiba menadah tangan)  Alhamdulilah terima kasih ya Allah kau berikan pertolonganmu di kala aku kesusahan.  Amin ya Allah 
Abang nak tumpang tanya di mana ada bengkel motor dekat-dekat sini bang..
Acik : Kat depan lagi , jauh lagi nanti saya tolong tolakkan, jom dik kita berteduh dulu kesian baby tu saya tengok.
Lelaki :  Baiklah ..terima kasih bang, 
Acik : Sebenarnya dari mana ini ? 

*Tetiba anaknya menangis 

Lelaki : Sabar ye nak, kita sedang di uji Allah. Sabar ye kejap lagi kita balik rumah.

Ye bang, minta maaf bang anak nie menangis mungkin kesejukkan.

Acik: sebenarnya nak kemana nie ? 

Lelaki : Saya nak balik rumah kat puchong, kerja kat sini , Allah sedang uji saya bang, tengah bawa motor hujan pula lepas tu tayar pula bocor. 

Acik : oooh macam tu, takpelah, ujian Allah ,sabar yer. Tengok kamu berdua ini masih muda, kawin muda ? 
Lelaki : Alhamdulilah bang kami kawin muda, kami kawin masa umur kami 20 tahun. Kami kawin atas cinta kerana Allah bang, Kami kenal masa di universiti, isteri saya di belajar lagi , jadi saya perlu berkerja dan tanggung semuanya. Kawin nie besar tanggungjawabnya. Tak semudah yang saya jangkakan bang.
Acik : Biasalah tu, itulah realitinya kawin bukan setakat suka-suka tapi kena laksanakan tanggungjawab yang besar.

Lelaki : Betul tu bang, tapi saya nie tak adalah baik sangat bang, saya takut saya tak dapat besarkan anak ini dengan keperluan yang cukup dan ilmu agama yang cukup bang. Saya pun banyak pekara tak tahu. Saya risau bang, anak nie akan membesar dan sara hidup tinggi, macam mana saya nak besarkan dia. Gaji saya bukannya besar mana bang, tak ada kelulusan kerja kuli aje bang.

Acik : Jangan cakap macam tu, Allah selalu ada dengan kita. Dia tak pernah abaikan kita. Anak ini rezeki dari Allah dan saya tengok kamu lelaki yang baik dan bertanggungjawab kalau tidak takkan kamu jaga anak ini. Jangan pernah putus asa, berdoa dan berusaha , insha Allah anak ini bawa rezeki untuk kamu berdua. Ye memang sekarang ini kos sara hidup meningkat jadi memang kena pandai menguruskan kewangan. Setiap bulan tu buatlah tabung untuk anak ini, simpankan duit sedikit untuk masa depan.

Lelaki : Terima kasih bang nasihatnya, saya mampu bertahan ini kerana cinta saya pada mereka berdua Kerana Allah. Orang banyak memperlekehkan saya, tapi saya tak akan sia-siakan mereka berdua. Saya ikhlas menerima dia Kerana Allah . Itu janji diri saya pada Allah dan janji saya pada ibu bapa isteri saya.Isteri saya banyak bantu dan membimbing saya untuk jadi lebih baik. 

Acik : Alhamdulilah kalau macam tu ,Eh dah hujan dah teduh mari kita tolak motor ke bengkel, isteri kamu dan baby ini tinggal di sini dulu. Jauh tempatnya , nanti kalau dah siap boleh patah balik.

Sejuk mata memandang melihat pasangan muda ini yang sangat bagus, isterinya pendiam , bertudung labuh dan berniqab. Untuk tenangkan anaknya selalu dengan berzikir dan suami muda ini acik tengok sangat bertanggungjawab dan matang orangnya walaupun di usia muda. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka dan sentiasa di bawah keredhaannya. Semoga anak itu menjadi anak yang soleh dan dapat bantu ibu bapanya. 

Kisah ini acik kongsikan buat tatapan semua adalah untuk buktikan bahawa jika kita mencintai kerana Allah dan menjaganya kerana Allah. Dia akan selalu ada untuk kita. Janji Allah itu pasti dan dia tak akan pernah persiakan kita walaupun bagaimana kita. 

Kawin muda itu bagus sebenarnya ianya mematangkan seseorang itu. Tapi sayangnya ramai yang kawin muda hanya sekadar untuk melepaskan nafsu. Kawin muda itu bagus tetapi pastikan kita punya ilmu, kemampuan dari segi material dan fizikal. Ini salah satu contohnya pasangan yang sentiasa ingat Allah.. Allahuakbar.

Catat Ulasan

16 Ulasan

SalbiahM berkata…
seronok tengok pasangan macam dalam cerita Acik..memang banyak kebaikan kahwin muda ni.pernah bercita-cita nak kahwin awal jugak dulu tapi sampai sekarang masih menanti jodoh.mungkin ada hikmahnya :)
paridah berkata…
indahnya berkasihsayang secara sempurna ikatannya walau berkahwin di usia muda bagi yg berfikir tentu tanggungjawab menjaga keluarga isteri n anak akan mematangan kehidupan mrk.
nur anis berkata…
tengok berkahwin memang seronok..tapi banyak tanggungjawab sebenarnya..:)
Asha Lya berkata…
Dulu prnh terfikir nak kawin muda tpi jodoh kan tak sapa yg tahu
sitirohaida berkata…
subhanallah...bukan senang nak berkahwin dan menggalas tanggungjawab ni..tapi kalau berusaha untuk terus menjadi yang terbaik terhadap keluarga..itu lebih baik
Unknown berkata…
tak semua yg berkahwin muda dpt mencari nikmat disebalik ujian n dugaan yg Allah turunkan..
good story
Gee Lion berkata…
hakikatnya, umur 20 tahun itu pun dah tua sebenarnya. sistem pendidikan memperbudakkan kita.
Khir Khalid berkata…
Berkahwin dgn niat ikhlas kerana cinta kpd Allah pasti adan diberikan jln kejayaan di dunia & juga akhirat. T kasih atas perkongsian ini Acik.
Ziana Eunos berkata…
touching pulak bacaa..terima kasih atas perkongsian ini :)
Cik Itah berkata…
salam. perkongsian yg bermanfaat untuk semua acik..semoga dipermudahkan untuk pasangan muda itu..insyAllah
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik.. betul.. kawin ni bukan mudah. suami isteri kena mainkan peranan yang penting. sejak ada anak, baru sheila mengerti ~~~
Ismi Ana berkata…
Indahnya kahwin muda. ^_^
Anizz Annisa berkata…
cerita yg byk pengajaran acik.. kagum dgn tggjwab lelaki tu.. :)
Qaseh Vee berkata…
jgn takut tak dapat besarkan anak dgn sempurna sebab sara hidup yg tinggi sbb setiap anak itu ada rezeki bersamanya ...
Etuza berkata…
setiap anak tu amanah dari Allah, kawin muda ni banyak ujian..apapun rumah tangga ni kena layari dengan cara bertrolak ansur. Selalu doa yang baik2 untuk bahagia..kena matapkan iman
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Allah sentiasa menjaga hamba2 Nya yang menjaga 'agama'Nya....

mselim3