Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat
yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad saw. Selamat Hari Merdeka !!! dan selamat bercuti acik
ucapkan kepada kamu semua.Telah beberapa hari acik tidak kemas kini blog
dan kini acik kembali dengan kisah pengajaran yang di hantarkan melalui
email acik. Moga kisah ini memberi pengajaran kepada wanita di luar
sana terutama kepada remaja yang mencari cinta.
Emma
: Assalamualaikum acik , maaf mengangu Emma tak tahu nak cakap dengan
siapa lagi sebab tiap-tiap hari Emma baca blog acik untuk dapatkan
semangat dan hari ini biarlah Emma bercakap langsung dengan acikuntuk berkongsi masalah.
Acik : walaikumusalam, emma tak mengangu pon ,terima kasih kerana sudi ke blog acik ,ada apa yang boleh acik bantu ?
Emma
: sebenarnya bergini acik.Emma mahu kongsi masalah dengan acik agar
memberi tauladan kepada wanita di luar sana. Emma anak ke 2 dari
5 orang adik beradik , tapi emma ini jenis kuat memberontak kerana
selalu tak
dapat apa yang emma mahukan,mak ayah orang sederhana. Emma bekerja
untuk memenuhi keperluan emma
sendiri dan kadang-kadang tak pergi kelas sebab rasa kerana terlalu
penat.Malam bekerja ,siang pergi kelas dan emma ini jenis yang suka
berdikari dalam segala hal yang emma
buat. Tapi segalanya berubah bila emma jumpa dengan Akmal. Akmal datang
dalam hidup emma dan memberikan harapan pada emma dan berikan kebahgiaan
yang di ingini oleh semua wanita. Emma sangat teruja lagi-lagi Akmal
seorang yang romantik dan selalu berikan kejutan. Dia seorang yang "good
looking" dan boleh di katakan agak kaya dan di selalu berikan hadiah
yang
mahal-mahal. Dulunya Emma bertudung tapi ...
Acik: Tapi , kenapa Emma ?
Emma
:ermm acik,sebelum Emma
kenal dengan Akmal memang Emma jaga aurat tapi selepas kenal dia , dia
minta emma lepaskan tudung tu dan di belikan emma baju-baju ketat sana
sini dan seksi. Dia terlalu baik dan "sweet talk" dengan janji-janjinya.
Dia kata ala tak apa masa keluar sahaja buka semua ini nanti depan mak
tutuplah . Dia kata pada Emma,masa keluar
saya nak lihat kecantikan awak, kecantikan itu mesti di tunjukkan bukan
di simpan . Emma tak tahu kenapa emma ikutkan saja kemahuan akmal dan
emma rasa bahagia kerana dia berikan kasih sayang yang
emma dambakan selami ini. Dia memang terlalu baik dengan emma, dan
tanggung pembelajaran emma ,pergi balik dia ambil . Tapi lama
kelama akmal dah berani pegang emma dan emma rasa tak selesa dia kata
ala... pekara biasa, lepas ini mesti emma biasa.
Dia janji dia akan jaga emma dengan baik . Dan lepas
1 bulan dia jarang jumpa emma dan sepi tanpa kata. Bila emma pergi
rumah dia , rupanya dia dah ada anak dan isteri . Terkejut betul emma ,
isteri dia seorang yang baik dan di katakan wanita yang menutup aurat dengan sempurna dan baik.
Memang tergamam emma di buatnya sanggup akmal buat pekara macam gini
kepada isteri yang sebaik dia.
Emma
cuba larikan diri untuk tak mahu menganggu kehidupan akmal dan kak
siti , dan akmal mencari emma dan secara tiba-tiba ajak kawin dan emma
cuba menyangkal dan cakap pada akmal tentang kak siti. Akmal terdiam dan
paling sakit hati dia kata dia kawin bukan kemahuan dia sebab di paksa
keluarga. Emma pun mati-mati percaya dan akmal menyakinkan emma. Lepas
dari itu kami menjalani kehidupan seperti biasa.Kami bahagia tapi ini
mungkin teguran ALLAH kepada manusia yang ingkar perintahnya apabila
akmal dapat tahu yang dia menghidap HIV dann emma dapat tahu bukan
dengan emma sahaja tapi ramai perempuan lain jadi mangsanya.
Sumpah
acik , emma takut sangat ,emma takut pada ALLAH kerana emma ingkar
perintahnya. ALLAH masih selamat emma, nasib baik emma tak kena
jangkitan tu , emma malu pada ALLAH ,kepada ibu emma sebab emma
terlalu ikutkan perasaan sampai segalanya emma korbankan. Kepada semua
tolonglah jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Lelaki yang
baik adalah lelaki yang mengajak kamu kearah kebaikan bukan kesesatan.
Sekarang emma sedar kesilapan emma dan emma cuba kembali ke pangkal
jalan. terima kasih acik blog acik berikan emma kekuatan dan acik terus
menulis nasihat-nasihat di page acik .
Acik
: mungkin ini adalah sebahgiaan kehidupan yang kita tak tahu dan cuba
ambil tahu, duhai lelaki kemana arahmu seadainya kau mengunakan alasan
cinta untuk menakluki hati perempuan .Megahmu bukan pada ayat yang
digunakan tapi sepatutnya kau menjadi lelaki yang membawa ke jalan yang
lurus. Jangan pernah kau merayu mereka kerana ego dan nafsumu dan
jangan pernah kau menjadi perempuan sebagai tumbal kebahgian mereka.Kau
bakal imam untuk mereka, jika gagal tugaskanmu maka gagalkan kau sebagai
lelaki.Memang
betul, kita sayang seseorang ,kita cinta seseorang itu lebih dari diri
kita. Kita kalau boleh nak serahkan segalanya untuk si dia. Tapi tahu
dalam hidup kita kena letakkan keraguan dan tak percaya pada orang dekat
dengan kita.Dari 100 % letak 20 rasa tak percaya.
Acik
kata macam seperti ini untuk peringtan acik juga, ambillah cerita ini sebagai
pengajaran dan semoga kita tidak terjebak dari pekara yang sama. Sampai
di sini dulu,salam.
19 Ulasan
Mudah2an kisah emma jadi pengajaran pada semua perempuan di luar sana..jangan mudah terpedaya dgn janji manis seorg lelaki..dan lelaki juga lebih2 lagi yg telah berkeluarga..jangan sesekali mempermaikan hati perempuan..ingatlah satu hari kelak Allah bayar cash semua perbuatan kamu..kamu ada adik perempuan dna juga anak2 perempuan..hariini kamu buat org esuk lusa org pulak lakukan yg sama pada adik atau anak kamu..apa kamu rasa..