gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah sekarang acik sedang menjalani praktikal di Astro dengan penuh rasa ketenangan di samping pelbagai masalah. Insya Allah semua akan ada jalannya.Sebelum tu marilah kita ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Setiap hari acik cuba merenungi diri ini, meletakkan diri di tempat sudut hati yang ingin kembali kepada ke jalanNya.Acik sedar semakin hari kita terleka dengan sesuatu perkara walaupon pekara tu mengundang kejahilan kepada kita tapi kita biarkan ia sebagai suatu kebiasaan.Dan ayat yang biasa di gunakan adalah "biasalah zaman dah moden" .
Setiap dari kita pernah melakukan kesilapan dan kita tak pernah terlambat untuk berubah selagi nyawa masih dikandung badan,berubahlah ke arah kebaikan tetapi perubahan itu bukanlah dari baik kepada buruk,lebih elok dari kurang baik menjadi lebih baik.Setiap orang perlu diberi peluang jika mereka melakukan kesilapan..kita bukan tuhan untuk mengadili kesilapan orang lain.Hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari kita yang kena.Daripada kita yang terkena lebih baik kita bersikap toleransi dan suka memaafkan orang lain terlebih dahulu..
Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).
Sebagaimana firman Allah S.W.T, hanya Dia sahaja yang dapat memberikan hidayah itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, bergantung kepada kita umat mukmin supaya berusaha untuk mendapatkannya atau kita hanya menanti sehingga hidayah itu kunjung tiba?
Mesti pernah sedetik atau sekelumit jua perasaan kita berkata ingin berubah, suara hidayah yang berbisik-bisik agar kita berubah ke jalan Allah. Adakah kita menepis sehabis mungkin, mendengar segala bisikan-bisikan syaitan dan godaannya atau disebaliknya?
Untuk memperoleh hidayah Allah, kita bukan hanya perlu menunggu sehingga hidayah itu datang, kita perlu berusaha untuk menggapainya. Bagaimana caranya? Lantaran itu lakukanlah perubahan, yang buruk perbanyakkan kebaikkannya, yang baik tidak salah jika mahu menjadi yang lebih baik. InsyaAllah dengan berkat kita berdoa, berusaha dan bertawakal apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. dengan izinNya.
Acap kali kita dengar perkataan ini,
“Belum sampai seru…”,
“Nantilah, tunggu aku dah tua.”
“Alah relax lu, kitakan masih muda,
tak best lah tinggal benda tu,”
“Tunggu dululah, tak ready lagi..”,
”Belum terbukalah pintu hati ini nak insaf,
sat lagilah aku bertaubat…”
Bermacam-macam alasan diberikan, agar tidak dibebani dengan segala perkara yang disuruh dan sukar untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Seribu satu alasan pun yang diberi, kita sebenarnya belum cukup kuat untuk melakukan perubahan itu, mencipta pelbagai alasan agar diri selamat daripada dipaksa melakukan perubahan.Apa-apa pun tepuklah dada tanyalah iman kita, carilah hidayah Allah yang luas di muka bumi ini. Semoga kita salah seorang dari mereka yang mendapat hidayah dariNya.
Mohonlah keampunan dari tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya.
(Surah Hud: ayat 52)
Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8)
22 Ulasan
Hidayah miliknya. Kalau yg suka buat alasan tu bila kita nasihat dia, kita doakan dia agar Allah memberi hidayah dan taufik pada-Nya. :)
Nak baca celoteh saya?
pkongsian yg mnarik acik.. berubah daripda baik trus lbih baik bkan sbaliknya :)
InsyaAllah sama2 kita perbaiki diri....
lagi di sini dengan kerap. Saya cukup yakin bahawa saya akan belajar
banyak barang baru di sini! Bagus luick untuk seterusnya!
kandungan
https://www.psychedlicpills.com/ beli oxycontin dalam talian