Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekara Yang Perlu Di Elakkan Semasa Menonton Wayang

panggung wayang tgv
gambar hiasan 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka Allah ini, marilah bersyukur atas nikmat yang di berikan pada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Hari ini acik kembali dengan senyuman untuk kamu semua. Beberapa kali pekara ini terjadi, nak marah tak boleh nak diamkan rasa tergangu. Rasa nak gigit sahaja!! Pernah tak ketika tengok wayang ada ganguan ? Jadi meh acik berikan contoh-contoh ganguan.

Pertama : Main telefon bimbit ketika dalam wayang

Ketika dalam wayang ini sibuk lah main whatsapp, wetchat, update status untuk beritahu tengah tengok wayang. Paling parok sekali berselfie ketika lampu wayang di matikan. Acik tak kisah kamu semua nak buat apa pun. But please go away from me, sebab tergangu tu. Nak tengok cerita tergangu dengan sinaran lampu kamu tu. Ye acik tahu kadang kala urgent lebih baik lampu di setting malabkan sedikit tidaklah mata ini terngangu dek sinaran lampu.

Kedua : Wikipedia bergerak 

Ye acik tahu kamu peminat cerita itu, ye dah tahu dah tengok 100 kali siap boleh hafal bait kata-katanya. Tetapi bila tengok wayang tu, please silent. Sakit hati ini tak surut lagi, tadi pergi tengok cerita maze runner dia duk ceritkan balik dan selepas ini berlaku apa dan siap bagi detail pelakon tu. Tak perlulah cik non, pak ngah oii .Nanti bila keluar nanti ceritakanlah dari pagi sampai malam tak siapa nak marah.

Ketiga : Wayang sendiri

Dalam kegelapan dan keseronokan tengok wayang ini kadang kala tergangu oleh pelakon-pelakon yang tak di bayar ini. Pernah suatu ketika di MBO subang depan acik dua pasang kekasih sedang berkasih-kasihan. Naik geram di buatnya acik ambil pop corn dan tuang di atas kepalanya. Marah ketika itu tiada taranya. Dan mereka tahu mereka salah terus keluar dari panggung. Jadi nasihat kepada yang ada niat nak buat macam itu silalah batalkan niat kamu. Kami tak suka nak tengok wayang percuma dan dapat dosa sekali.

Keempat : Kaki letak di atas kerusi (di bahagian kepala) 

Ye kadang kala di panggung wayang ini tempat duduknya agak kecil dan sempit. Jadi adalah sebahgian mereka ini meletakkan kakinya di atas kerusi di depannya. Dapat tak ? Hormatlah orang lain nak tengok wayang, kalau kaki wangi tak apa, ini busuk!!! beradablah dan bertoleransilah kitakan sama-sama nak tengok wayang.

Kelima :  Pastikan kedudukan kamu tidak bersama bukan mahram

Ini satu lagi masalah, bila pergi berdua sahaja, ajaklah kawan-kawan bersama. Kalau berdua ,duduk pun mesti sama-sama nanti ada adegan yang tidak di ingini. Lagipun mengelakkan dari pekara bukan-bukan. Lebih baik mencegah dari terkena.Lebih elok jika di asingkan mengikut jantina. Kalau pergi ramai-ramai baru best. 

Keenam : Bawa budak kecil

Ye acik tahu, kamu teringin juga nak bawa anak-anak tengok wayang bersama. Tetapi pastikan cerita itu bersesuaian dan anak-anak itu tidak terlalu kecil.Sebabnya nanti anak menagis dan menjerit. Jadi satu dewan panggung dengar. Kalau umur 7 tahun ke atas maka boleh la pergi tengok. 

Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sering terjadi apabila tengok wayang, semoga elak-elakkan dan seronok tengok wayang dengan keadaan yang tenang. Selamat menonton semua.

Catat Ulasan

28 Ulasan

aswaleyla berkata…
hahaha . salute bile acik tuang popcorn atas kepala diorg .
Kak iman berkata…
g cinema pon jrg.kalau g pon taku2 je nk buat salah
nini berkata…
yang bawak anak kecil tu tak menahan....can la anak tu paha cerita tu kannnnn....nak nak kalo dja nangis...
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

tgk wayang nie byk dugaan gak kan.. jarang tgk wayang...

mselim3
kucingbacakitab berkata…
masa tgk cita maze runner mnggu lepas ada satu parents blkg ni bwk ank kecik umo dlm 6 7 tahun.. bdak ni bising,duk tak diam dlm wyg..ganggu..
Maria Firdz berkata…
sbb yg terakhir tu la... lama dh x tgk wayang... hehe... berwayang kat rumah je..
paridah berkata…
betul sangat teguran acik tu...tengok wayang zaman silam...
Unknown berkata…
Sepanjang hidup selama 33 tahun sekali je masuk panggung wayang dengan arwah bapak, itupun tengok cerita koboi....

nanti nak ajak hubby masuk panggung la...
BinMuhammad berkata…
Tambahan dari enam diatas,
Ketujuh : Jangan asyik bangun duduk!
Kelapan : Makan tak sudah2 terutama keropok yg kuat bunyinya bila dikunyah.
Kesembilan : Tempat duduk ditengah-tengah tetapi datang lambat.
Kaio berkata…
aku paling tak boleh blah masa tgk movie aritu ada mamat sebelah ni seronok betul sembang citer kat mmber dsebelah dia pasal jalan cerita ni. haram bising gila. rasa cam nak pukul je. hahaha!

jemput singgah ye. www.kaio.my
sudu seramik berkata…
bawa budak lps tu budak tu jalan2 tempat orang lain dan curi pop corn org lain
Murni Mohd Yusof berkata…
Murni singgah sini :)
yang ketiga tu lawak...hihi elok2 tgh tengok wayang, ada pulak org yg nak buat wayang sendiri
budakbandunglaici berkata…
Betul tu. Paling hangin bila tengok wayang dengan spesis kat atas. Hehe dah lama tak singgah blog acik..
Tanpa Nama berkata…
powernya acik tuang pop corn kt kepala kapel tu. bagus bagus! :p

tpi kadang2 ade jgk makhluk kurang asam yg suka tendang kerusi org depan. pernah kena. rude gila -_-
Khir Khalid berkata…
Bab yg ketiga tu pun saya bengang klu berlaku di depan saya... mmg sakit betul hati...
Etuza berkata…
http://madey09.blogspot.com/ asalm kenal blog..tahniah blogger yng aktif ya
Suria Amanda berkata…
No 3 tu mmg sesuatu yg buat akak bgg juga..
Anizz Annisa berkata…
bab letak kaki atas kerusi melampau dah tu acik..huhu... xpernah kena lagi.. hihi...
Blog Santai berkata…
Salam hujung minggu Acik..Ada sesi luahan hati ya...Memang betul pun apa yang Acik tulis tu...bikin panas ya..he..he
Ismi Ana berkata…
Betul tuu.. Ana pernah tgk wayang dan dalam mase yg sama ade org wat wayang. Pasangan kapel. Geram betul. Ana pun pernah gak main wsapp dlm panggung wayang tp sekejap. Tu pun sebab hal penting.
adarain berkata…
Memang semua yang ditulis tu memang perkarang yang annoying, setakat ni tak jumpa pelakon tambahan dalam wayang. hehe
Unknown berkata…
yeahh semua husna setuju.. but yg paling tak bleh tahan dgn manusia wikipedia bergerak.. kita bayar utk wayang sbb nak tgk diam2, tp dya dok soseh2 kat blakang.. wahh ini dah melampau taw.. lepas tu ada jugak spesies yg tak reti dduk diam hbis krusi org dya terajang.. perghh knapa laa wujud manusia yg mcm ni klau hanya nak menaikkan amarah org..-.-
ANIM berkata…
kak anim pantang benar yg ke4 tu. rasa nak tolak je kaki dia..haha
Nurul Ain berkata…
saya pernah tengok wayang lepas tu ada pasangan gay ni duduk berkasih sayang kat depan. eiiii tolong lah. dia buat drama free pulak.
Ain Ridzuan berkata…
Memang geram dengan orang buat projek dengan letak kaki kat kerusi..rasa cam nak seligi kuat-kuat jer..
Unknown berkata…
hahaha... lama dah tak tengok wayang... bertahun dah... :D
NuissMa berkata…
tuang popcorn . . . tabik ! :) teringin nak buat macam tu jugak .
Saya suka maklumat berguna yang anda berikan dalam artikel anda. Saya akan bokmark weblog anda dan periksa
lagi di sini dengan kerap. Saya cukup yakin bahawa saya akan belajar
banyak barang baru di sini! Bagus luick untuk seterusnya!
kandungan

https://www.psychedlicpills.com/ beli oxycontin dalam talian