Assalamualaikum
Rasa lama jejamari ini tidak menaip di blog ini, telah 7 tahun usianya blog ini. Selama itu juga blog ini telah menerima pelbagai kritikan yang pelbagai, ada yang suka dan ada yang membenci.Bagi mereka blog ini hanya sekadar "sampah" tetapi pada aku ianya amat bermakna. Biarlah dia menjadi sampah yang akan di kutip untuk di jadikan tauladan.
Kisah hidupku bersaksikan putaran alam, ada ketikanya ia di atas dan ada ketikanya ianya di bawah. Ada tangisan, ketawa, gembira ,duka dan pelbagai lagi. Ianya perjalanan yang panjang dan akan tiba masanya segala perasaan itu akan hilang atas ketentuan Ilahi. Kehidupan kita berbeza, apa yang kita lalui dan rasa juga berbeza. Aku dengan kisahku dan kamu dengan kisah yang penuh istimewa dalam hidupmu.
Dalam hidup kita, kita banyak melepaskan pekara yang penting dalam kita sedar. Kita sering menyesal ketika kita dalam keadaan kita di sakiti dan ketika dalam kegembiraan kita lupakan segalanya.
Firman Tuhan : “Allazi holakolmautawalhaya ta liyabluwakum ayyukum ahsanu amala”
Maksudnya : Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencubakamu, siapakah dari kamu yang terlebih baik kerjanya.
Kehidupan kita adalah satu ujian, kebahgiaan, kesedihan juga ianya satu ujian dari Allah untuk kita. Jadi tabahlah menghadapi segala ujian yang mendatang dan bersedia apa jua sebarang kebarangkalian yang boleh berlaku.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
Teringat pula lagu raihan sedap di alunkan dengan lagunya
Allah berikan kita tubuh badan yang sihat, kesihatan yang baik untuk kita. Gunakanlah sebaik mungkin untuk pekara-pekara yang baik jangan di persiakan. Bila tibanya sakit, baru menyesal " kalau aku sihat mesti aku dapat buat banyak amalan" tetapi ketika sihat ? ke mana arah tujuaan kita ?
Allah memberikan kita kelebihan dengan kekayaan, tidak semua dapat memiliki hal tersebut. Jika kita mempunyai kemampuan maka tolonglah mereka yang benar-benar memerlukan. Paling tidak pun tolonglah adik beradik yang dalam kesusahan, hantar ibu ayah ke haji dan tolonglah anak-anak yatim dan mereka memerlukan. Sedekah jangan tinggal, kekayaan pun satu ujian dan jika nikmat itu di tarik balik dari kita di situ juga terletak ujian iaitu melalui kemiskinan. Jika kita kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang. Jangalah pula mendengki dengan rezeki orang lain tetapi berusahalah untuk mengubah nasih kita.
Acapkali kita terlupa dalam menghitung umur, masa berlalu dengan cepat dan dunia ini yang semakin tua, tetapi bagi kita manusia, umur kita semakin singkat.,Hargailah masa yang dengan kita, jangan kita bazirkan masa yang ada untuk pekara-pekara yang lagha dan perkara yang tak perlu. Dan luangkan masa bersama orang yang kita sayang , jangan pula kita terlalu sibuk sehingga masa bersama keluarga tiada. Seimbangkan pekerjaaan dan kehidupan mu untuk di dunia dan di akhirat.
Ketika muda inilah seharusnya kita banyakkan amalan dan lakukan kebaikan kerana kita masih kuat dan mampu . Gunakan masa muda ini utuk kebaikan dan menyenangkan orang terutama ibu bapa kita. Jangan kita leka dan lalai .Elakkan dari melakukan pekara yang mampu merosakan masa depan kita seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya.Waktu tua juga seharusnya kita banyakkan amalan kita., jangan makin tua makin ligat jadinya. Pergi kelab dangdut ,club malam mengalahkan anak muda. Ingat masanya akan tiba kita sudah tiada di dunia.
Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.
Acik menaip di sini untuk mengingatkan diri ini yang sering alpa. Jadikan tauladan bersama dan sering berpesan-pesan sesama kita. Agar kita menjadi manusia yang lebih baik. Mudah-mudahan kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."
20 Ulasan
ya 100% setuju, kadang2 kita di atas dan kadang2 kita
di bawah beringat sebelum terjadi...
http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/09/anak-kerap-selsema-mealshake.html?m=1
p/s : thanks atas peringatan ni...