Assalamualaikum
Dalam kehidupan kita tidak semuanya dapat kita miliki , sekeras mana kita mahukannya jika ianya bukanlah takdir kita maka tidak akan bersatu. lagi-lagi soal hati, ianya berbolak balik dan ianya mampu berubah sekelip mata tanpa kita sedar.
Cinta itu tak semestinya harus di miliki. Tak harusnya kita memaksa mendapatkan orang yang pernah singgah di hati kita. Biarlah cinta itu selari dengan kemanisan berlandaskan cinta kepada ilahi.Ya, memang tidak di nafikan sakitnya bila di tinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Sangat pedih dan rasa frust menongeng di buatnya.
Siapalah aku untuk melawan takdir ?
Apa yang mampu aku buat adalah mendoakan kebahgiaan dia, agar dia bahagia dengan orang yang mampu membimbing dia ke jalan Allah. Biarlah ianya menjadi rahsia aku dan Dia. Tak perlu dia tahu, setiap waktuku tidak lekang untuk aku mendoakannya agar dia berjumpa dengan lelaki yang baik, lelaki yang bertanggungjawab dan lelaki yang mampu buat dia bahagia . Semoga dia menjadi wanita yang solehah dan wanita baik akhlaknya. Ya Allah kebahgiaan dia adalah kebahgian aku.
Aku selalu juga mengikuti perkembangannya, hanya untuk memastikan dia dalam keadaan sihat dan selamat. Ketika ia menemukan lelaki tepat ketika itu aku rasa tanggungjawabku telah habis tetapi doa untukku tidak akan pernah lekang dariku untukmu.
Kadang kala aku lihat aku sendiri, termenung sendiri di buatnya. Tapi aku pasti dan aku percaya pada Allah, Dia akan temukan seseorang yang selayaknya untuk aku. Mungkin lebih baik dari aku dan bersamaku ke JalanNya.
Duhai dirimu bakal pendamping hidupku, bersabarlah aku di sini menanti dirimu kerana diriku banyak lagi kelemahan yang perlu di baiki. Aku sedang berusaha membaiki diri, jika benar jodoh itu untukku pastinya kita akan bersatu dengan IzinNya.
Duhai dirimu bakal pendamping hidupku, semoga diri sentiasa menjaga kehormatan dirimu dan menjaga maruah dari pekara-pekara yang membinasakan mu.Jika tiba waktunya kita akan bertemu.
Akhir kalam dariku, untuk pembaca blog ini.
Biarpun dari segi luaran tiada yang mengambil berat tentang halmu,
Percayalah,
Pasti ada Satu Hati yang selalu menjengukmu tanpa sedarmu,
Yang mendoakan kehidupan baikmu tanpa sedarmu,
Yang menaruh harapan agar kamu tahu
Dia selalu memerhatikan kamu.
Meski dia tahu,
Lewat pengetahuannya,
Kamu tidak langsung tahu akan hal itu.
Itulah "dia".
16 Ulasan
tapi setiap kali lepas solat kita sedekahkan al-fatihah
dan sebut nama dia...
sekurang-kurangnya boleh melepaskan rindu kita pada dia..
jodoh ajal di tangan Allah Swt...kita syg pada dia...,
tapi,kalau tak der jodoh nak buat cam ner kan......
Mcm ada pengalaman jer (hihihi)...
Kebahagian dia kebahagian kita juga...
mselim3 kalau ada kekawan yang mendoakan kebahagian , tu yang touching.... terharu..
mselim3
amboi acik,kebelakangan nie more kepada love story...
anyway,kita pun ada pengalaman seperti story acik nie...
tapi apa yang penting kita sentiasa berfikiran postifif dan redha...
kdg² tu jadi stalker pun bukan dgn niat yg jahat..sekadar ini lihat dia sihat dan bahagia.. :)