Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Tidak Pernah Mengenalinya Dialah Wanita Yang Selalu Muncul Dalam Solat Istikarahku

Gambar Hiasan 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga, Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Siapa pernah lakukan solat istikarah ? adakah ketemui jawapan yang di cari ? ataupun di biarkan berlalu begitu sahaja mengharapkan cinta itu seperti yang kita impikan?

Solat istikarah itu di lakukan saat kita mempunyai 2 atau lebih pilihan dalam segala hal yang membuat kita bebelah bagi untuknya. Ianya juga ketika kita berkait dengan jodoh. Acik ingin kongsikan satu kisah yang berlaku pada kawan acik sendiri. Rasanya sememangnya perlu di kongsikan kepada kamu semua.Kawan acik berusia 29 tahun, tetapi dia masih lagi bujang , memang dia prinsip sama dengan acik iaitu kami tak mahu couple tetapi mencari bakal isteri.

Ibu susah hati dia tidak mempunyai pasangan , dia pun tak pernah kenalkan mana-mana perempuan dengan ibunya. Suatu ketika dahulu,ibunya meminta acik carikan untuk dia dan bertanya-tanya kepadanya untuk tahu ada tak sesiapa yang istimewa dengan dia.

Acik : Zack ,hang tak nak kawin ke ?
Zack : hahaha pertanyaan apa itu acik, mestilah nak.
Acik : Bukanlah maksud aku cuma bertanya, ko pun jarang cerita dengan aku pasal "someone special"
Zack : Sebenarnya aku dah ada someone special .
Acik : Serious ke nie ? siapa dia ? awat tak pernah bagitahu aku. 
Zack : Aku sendiri tak tahu siapa dia, dia tersimpan rapi sebagai rahsia Allah untuk aku.
Acik : Ermm, InshaAllah zack kau akan temukan seseorang yang baik untuk kau.
Zack : Acik tahu tak ,aku pernah beberapa kali lakukan solat istikarah , aku selalu mimpi seorang perempuan yang aku tak pernah kenal dia, tapi setiap kali aku melihatnya aku merasa tenang dan hati aku berdebar-debar.
Acik : Mungkin itu pertunjukkan pada Allah.

Beberapa bulan yang lepas dari itu acik dapat tahu bahawa Zack akan menikahi seorang wanita yang acik sendiri tak pernah kenal. Dia kata pada acik, bahawa dialah wanita yang selalu dia nampak itu.Dialah wanita yang buatkan dia rasa tenang dan berdebar-debar itu. 

Dia hanya pernah bertemu sekali sahaja perempuan tersebut di KLIA dan apabila dia mengenali dan melafazkan bahawa dialah wanita yang di mimpinya selepas melakukan istikarah. Dengan rasa tenang perempuan itu menerima dia seadanya kerana Allah.

Indahnya kalau cinta kerana Allah, pasti akan bersatu walaupun tidak pernah bertemu. Nasihat yang Zack bagi pada acik sangat terkesan dan akan sampai bila-bila acik ingat.

Katanya, percayalah sepenuh hati kita pada Allah bahawa Allah hadirkan seseorang itu untuk kita. Jangan pernah ragu dan mengalah dalam soal jodoh. Selalulah berdoa kepada Allah bahawa temukan seseorang wanita yang mampu menjadi pendamping untuk ke Jannahnya. 

Pada acik, jangan hanya melafazkan bahawa kita percaya dengan jodoh Allah, kita juga haruslah lakukan dengan perbuatan dan tindakan kita. Kata-kata itu perlu seiring dengan perbuatan. Lakukan Allah suka dan selalu berdoa kepadaNya . Allah itu Maha Mendengar doa hamba-hambanya.Ingatkan setiap manusia di jadikan berpasang-pasangan hanya perlu usaha, berdoa dan tawakal dengan ketentuaannya. Pencarian kita tidak akan berakhir setakat di situ sahaja pastinya akan ada penghujung untuk kita. 

maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. -Surah al-Baqarah, ayat: 186
Allah s.w.t telah berjanji bahawa Dia pasti akan memperkenankan permintaan hamba-hambaNya, dengan DUA syarat yang disebutkan dalam ayat diatas

a- iaitu mereka harus patuh dengan segala suruhan dan jauhi laranganNya
b- beriman denganNya tanpa melakukan syirik


Dari Abu Sa’id al-Khudriy berkata: sesungguhnya Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim itu memohon kepada Allah s.w.t dengan suatu permintaan, yang tidak mengandungi dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan, melainkan Allah memberikannya dengan salah satu dari tiga jenis: sama ada disegerakan permintaan itu baginya, atau disimpan baginya di akhirat, atau ditukar gantikan dari keburukan (pada kebaikan) sewajarnya.”
para sahabat bertanya: maka, apakah harus kami membanyakkan berdoa?
Baginda Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam menjawab: “Allah (suka dan mampu memperkenankan) lebih banyak.”- Riwayat Imam Ahmad


Paling penting jangan kita terlalu memaksa dan berputus asa dalam setiap apa yang kita lakukan serta dalam doa kita. 

Dari Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda:
“Doa seorang hamba akan diperkenankan selagi mana dia tidak meminta suatu yang dosa atau memutuskan tali persaudaraan, dan selagi mana dia tidak tergesa-gesa.”
Seorang bertanya: wahai Rasulullaah, apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?
Baginda Shollaallaahu ‘Alaihi wa Sallaam menjawab: “Seorang yang berkata: aku telah berdoa dan berdoa, tetapi aku tetap tidak lihat ianya dikabulkan bagiku. Maka akhirnya ia berputus-asa dan meninggalkan berdoa (lagi).-Riwayat Imam Muslim.
Akhir kata dari acik bersangka baiklah dengan Allah , Dia lakukan segalanya merupakan sesuatu yang terbaik untuk kita. 
Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘Anhu berkata: telah bersabda Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam:
“Allah ta’ala berkata:
Aku berada pada sangkaan hambaKu pada Ku, jika dia mengingatiKu didalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam hatiKu, jika dia mengingatiKu di dalam khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya dalam khalayak yang lebih baik lagi (dari kalangan malaikat). Jika ia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta, jika ia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika ia mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari.”
-Riwayat Imam Bukhari

p/s: Solat istikarah bukan hanya melalui mimpi sahaja tetapi banyak lagi caranya. Ianya mestilah kita dalam tenang dan tidak beremosi sehingga mampu mempengaruhi kita bawa si dia ke dalam mimpi kita seperti yang kita harapkan. 

Ada yang tanya macam mana kalau kita mimpi lebih dari satu lelaki atau perempuan ? 

Kadang kala ianya mainan tidur dan kadang kala bawakan kita untuk mengharapkn dia jodoh kita. Sebab itu mesti dalam keadaan tenang dan tidak beremosi. Wahuallam

Jangan lupa baca : 

Catat Ulasan

15 Ulasan

Unknown berkata…
Terima kasih acik. Ika benar dalam kerumitan berkenaan soal hati. Allah dah pon beri jawapan pada ika melalui entri ini.
paridah berkata…
entry yg sgt bagus buat perkongsian bersama ramai yg dlm dilemma walau solusinya Allah dh beri...anya perlu yakin saja...insya Allah.
Nur Nainis berkata…
Kadang-kadang mimpi ini pun tak boleh dijadikan petunjuk juga. Ada mainan tidur dan ada juga yang betul. Kadang orang ingat, kalau mimpi confirm lah jodoh. Tak juga kan acik. Yang penting waktu kita istikarah bila kita dah buat keputusan tentang sesuatu perkara itu hati kita rasa tenang dan lapang serta segala urusan kita untuk tujuan itu dipermudahkan segalanya.
Unknown berkata…
istikharah itu mmg ptg utk lbh yakin dgn pilihan kita ... selalunya sis dpt mimpi dahulu ttg sesuatu . selepas itu , utk lbh yakin barulah buat istikharah ... cara dan petanda yg setiap org dapat tu tak sama .
Gee Lion berkata…
Rasa nak menangis baca kisah zack ni..
moga rumah tangga beliau yg dibina berada dlm keadaan makmur dan dlm penjagaan Allah swt sentiasa.. =)
budakbandunglaici berkata…
Betul tu kalu dah confius nak pilih mana satu.. baik saja istikharah. Nak mintak kija pun kena solat istikarah..
Unknown berkata…
Alhamdulillah, perancangan Allah lagi bagus untuk kita hambaNya
Tanpa Nama berkata…
nice sharing :)
Blog Santai berkata…
Solat istikharah mohon petunjuk dalam banyak perkara kan Acik. Yang pasti kita kena yakin dan redha dengan apa yang kita mohon....
Bunda_nora berkata…
Yakin dan terus berdoa...Dia Maha Mendengar...In Shaa Allah..
Anizz Annisa berkata…
gud story.. indahnya pertemuan zack dengan isterinya.. semoga mereka bahagia hingga syurga..aminn..
Khir Khalid berkata…
Dgn istikharah & doa yg berterusan, in shaa Allah pasti dipermudahkan jln. Subhanallah walhamdulillah..
sudah ketentuan ilahi
kalau kita baik, dpt lah jodoh yg lebih baik dari kita,
insyaallah..
Unknown berkata…
Hai acik apakhabar... Akakpun penah menghadapinya 10 tahun lepas...bercinta dengan orang lain dan berkahwin dgn orang lain kerana solat istikharah akak.alhamdulillah sudah 10 tahun betlalu..pilihan akak tak silap.insya allah