Assalamualaikum
Hari ini acik betul- betul terkejut dengan status seseorang ini yang sudi berkongsi dan membaca blog acik ini. Walaupun hampir 6 tahun blog ini ,telah banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku sepanjangan acik berblog. Sebagai contoh menjadi blog pilihan blog di utusan. Menjadi top 20 Blog bahasa melayu di singapura dan sebagainya. Kenangan pahit tentulah ada seperti di ugut bunuh dalam berblog.
Wah nampak dasyatkan , sebenar itulah kisah sebenar di sebalik segalanya. Acik menaip di blog ini bukanlah untuk mencari publisiti semata-mata. Tetapi untuk kongsikan secebis kisah hidup dan nasihat untuk semua. Dulu teringin nak jadi cikgu dan juga pakar kauseling tapi hajat tak kesampaian. Jadi acik jadikan blog ini untuk acik kongsikan cerita. Tepat pukul 11 tadi acik mendapat feedback dari salah seorang pembaca blog acik, ini sempat acik print screen seperti di bawah ini.
Alhamdulilah ya Allah, acik tak sangka betul, usaha acik selama ini tak sia-sia. Rupanya ada juga yang membaca setiap cerita acik kongsikan ,walaupun kadang ayatnya pun tunggang langgang dan banyak salah ejaan. Yelah kadang itu hendak cepat sehingga lupa hendak mengimbas kembali untuk melihat dan membaca balik. Terima kasih kepada kamu semua yang tak henti menyokong acik hingga ke hari ini. Tanpa kamu semua blog ini tak akan bertahan hingga ke sekarang ini. Blog acik ini mungkin tidak terkenal seperti blog kamu tapi terimalah ia seadanya.
Terima kasih ya Allah, beri peluang ini, mungkin hal ini akan buat acik tersenyum satu hari. Yelah selain kritikan yang acik dapatkan ada juga yang indah rupanya.Dan acik doakan kepada Yana semoga perubahan itu berterusan dan istiqamah dalam apa yang di lakukan sekarang. Semoga Allah meredhaimu.
44 Ulasan
teruskan berkongsi ilmu yang bermanfaat =)
kathyrbain.blogspot.com
erkk smpai kene ugut bunuh ye?
np smpai mcm tu sekali.. :(
Semoga Acik & blog aku penghibur terus sukses... aamiin.. :)
mselim3 pun tumpang gembira atas kejayaan achik kerana disukai ramai... dan ada pembaca setia, teruskan perjuangan achik dalam menghasilkan entry yang bermanfaat. Moga ada keberkatan dan diredhai Allah dan disukai ramai... teruskan perjuangan sampai berjaya,,, keep up. Insaallah selagi mselim3 mampu .. mselim3 dan rakan sentiasa support achik..
mselim3
Tahniah Acik..itulah kemanisan berblog ya..apabila kita mampu memberi manfaat dan ilmu untuk rakan-rakan diluar sana..ini juga slaah satu saham akhirat...
tahniah acik