Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tiada hentinya. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Memang tak sempat nak update blog setiap hari jika ada masa terluang barulah sempat menaip ini pun hanya melalui telefon sahaja.
Ada satu perkara yang amatlah membimbangkan adalah budaya membodek, mengampu, mengipas ini telah menular bukan sahaja di luar,bahkan merebak dengan parah..
apakah tujuan mereka sampai sanggup menggadai maruah semata-mata untuk kepentingan peribadi?
Acik bagi contoh perbuatan mengampu/bodek nie ye:
1. selalu berlaku di pejabat,akan ada kaki bodek yang menjadi yesman(mengiakan apa sahaja cakap orang atasan tanpa kira betul atau salah perkara tersebut)
Pernah jumpa orang kuat bodek bos ? kalau depan bos pijak semut pun tak mati. Boleh di katakan sebaik oranglah ,lemah lembut dan paling rajin buat kerja. Bila bos tak ada,amboi perangai teruk,yelah staff kesayangan boskan.Paling tak seronok memburuk-burukkan kawan-kawan yang lain untuk pastikan dia dapat tempat yang baik. Jadi acik nak kongsikan sedikit cara berhadapan dengan kaki bodek ini.
Pertama : Jangan Terlalu percaya dengannya.
Jenis kaki bodek ini biasanya jenis yang tak boleh di percayai kadangkala abis di ceritakan dengan bos dan menambah cerita. Kalau ada masalah di pejabat dan ada rahsia-rahsia jangan bagitahunya memang pasti di adukan dengan bos.
Kedua : Kita buat kerja kita dengan baik
Kita buat kerja kita, biarlah si kaki ampu itu nak cakap apa. Allah ada pasti akan dia tunjukkan walaupun lambat. Buatlah kerja kita dengan baik dan perform. Berdasarkan pengalaman sendiri, bos ada penilaiannya sendiri dan kadang yang di naikkan pangkat bukan kaki ampu tu tapi yang perform kerjanya.
Ketiga :Diam lebih baik
Salah satu perkara yang acik suka mengenai diam ini ialah orang tak berani nak kacau kita. Bayangkan, orang kutuk kita… kita diam. Orang puji pun kita diam. Orang buat apa-apa dekat kita pun, kita diam. Kita tak react atau bertindakbalas dengan permainan mereka.
Keempat : Jangan Tunjuk Minat
Kadang-kadang ada sesetengah kawan sekerja kita ni akan datang dekat kita dan akan cucuk kita dengan kisah-kisah gosip terkini yang melibatkan rakan sekerja.Kalau benda ni berlaku, sila jangan tunjukkan respons yang anda betul-betul berminat nak tahu dengan lebih lanjut walaupun hakikatnya anda memang betul-betul nak tahu.Cukuplah sekadar beri respons seperti
Oh ye ke?
Entah…
Tak pastilah…
Tak taulah..
Ok lah.. ada kerja sikit nak buat ni
Kelima : Beri nasihat
Menjadi tanggungjawab kita untuk menasihati dia. Setidaknya tegurlah perbuatan dia salah. Kalau dia melenting terpulanglah janji kita dah laksanakan tanggungjawab kita.
Doakan dia semoga dia mendapat keredhaan Allah. Dan jika kita jadi mangsa berdoalah semoga kebenaran berungkai. Doa orang terinaya ini di makbulkan Allah.
Akhir kata dari acik jangan di sebabkan kita orang behenti kerja dan kerana kepentingan kita orang lain jadi mangsa.Fikir-fikirkanlah wahai sahabat sekalian.
18 Ulasan
terima kasih ingatan nie.. masalah bodek atau kaki kipas bos nie mana2 opis pun ada dan susah nak dibendung..
mselim3
Kadang2 tu sanggup cerita buruk oramg semata-mata nak dapat gang
derrrrr
Insaf lah,,,
sbb ada org claim sy ni kaki bodek.. but i dont think i am..
sbb sy jenis bila bos suruh buat kerja no matter susah mcm mana sekalipun, i will never say no.
bila kerja kita ok otometik bos pun syg and suke nak belanja kita makan..
tapi org sekeliling tgk x ske.. dorang jeles.. pastuh tuduh org kaki bodek..
sy ni mmg x payah nk mengipas bos sbb kat opis dh ada aircon.. x payah nk kipas2..
mungkin sy bodek dgn melakukan kerja dgn baik and on time..
hmmm
no wonder golongan seperti itu mudah sangat naik
selalunya mereka dipertahankan sebab golongan bosses suka mereka
akak tak suka bercampur dengan mereka ni
no wonder golongan seperti itu mudah sangat naik
selalunya mereka dipertahankan sebab golongan bosses suka mereka
akak tak suka bercampur dengan mereka ni