Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Untuk Berhadapan Dengan Orang Yang Kita Tak Suka/ Membenci Kita

gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi kita dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini.Ucapakan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW. Pastinya dalam hidup kita ini ada saja ragam yang terjadi sekeliling kita. Menjadi masalah apabila ada sesetengah keadaan orang membenci dan sakit hati bila tengok kita itu dengan sebab yang remeh temeh.

Kita pun kadang kala ada juga tertak suka pada orang lain, terbenci dan sebagainya. Kita banyak kali mengelak untuk bertemu dengannya tetapi kerana hal-hal kerja dan hal tertentu kita perlu berurusan dengan orang yang kita tak senangi dan dia tak senagi dengan kita. Jadi bagaimana ? di sini acik ingin berkongsi pengalaman kepada kamu semua jika hal terjadi kepada kamu.

Pertama :Niatkan untuk pekara baik.

Niatkan di hati, ya Allah aku mencari rezeki , dia tak suka denganku, permudahkan urusanku ya Allah

Jika niat kita betul , insha Allah Dia akan tolong kita.Minda separa sedar kamu bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi kamu tenang. Bila kamu sudah pasang niat baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar kamu lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Kamu perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika kamu tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.Pastinya aura positif akan datang dan kamu akan dapat lakukan dengan baik tanpa prajudis. Dan mungkin dia akan terfikir "ehh dia nie baik rupanya " kenapalah aku benci dia sangat.


Kedua: Jangan main dengan emosi

Pertama kali kita melihatnya pastinya kita akan terkejut tetapi jangan tunjukkan terkejut tersebut. Tenangkan diri dan jangan letakkan emosi di situ. Senyumlah dan bertutur dengan baik  , jangan keluar kata-kata yang tidak menyenangkan dan tanpa alasan meninggi suara.Lakukan dengan profesional pastinya akan berjalan dengan lancar.

Ketiga : Jangan berprasangka buruk

Aduh pasti dia nak kenakan aku nie !!

bersangka baiklah ,kadang kala tak semua orang macam tu.Selalu yang berlaku adalah salah faham dan dek kerana ego masing-masing. 

Keempat : Maafkanlah dan minta maaf

Jika kita yang membencinya kita harus kaji diri kita adakah tindakkan kita betul ? Setiap manusia lakukan kesilapan maka maafkanlah. Ia akan buatkan kita lebih tenang. Jika pekara tersebut di sebabkan kita minta maaflah kepadanya. Jika dia tak maafkan terpulanglah sekurangnya dah minta maaf. Tapi elok di lakukan ketika di luar urusan kerja.

Kelima : Senyumlah

Kadang dengan senyuman mampu merawat hati yang di sakiti. Ianya akan bawa aura positif. Percayalah. Janganlah pula beri senyuman yang sinis dan tak ikhlas. Senyum tak perlu kata apa-apa.

Keenam : Berdoalah




Itulah sedikit cara yang acik lakukan menanganinya. Ianya sangat berkesan, kadang kita tak sedar tindak tanduk kita ada buat orang sakit hati. Jadi kita juga harus muhasabah diri. Ingat !!! syaitan akan terus menduga kita dan terus menghasut kita. Jangan kita ikut katanya lagipun tidak baik bermusuhan sesama kita.


"Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."

(Hadis Riwayat Tirmizi)



Catat Ulasan

21 Ulasan

Zaza Abdul Latif berkata…
InshaAllah.. harap dgn artikel ni dpt membantu.. thx acik
Gee Lion berkata…
Kalau rasa betul-betul tak boleh, pejam mata terus blah dari situ.. Jangan lupa senyum walau terasa pahit sekali senyuman itu, betul tak acik.. Hehe... ~.~
SalbiahM berkata…
good tips Acik!betul tu, tak semua orang suka kita sebab kita pun bukan suka semua orang. Bersabar tu yang paling penting
Ismi Ana berkata…
Thanks acik. Info ni berguna. :)
Sanz Yu berkata…
Informasi yang sangat berguna, pembelajaran baru lagi di dalam hidup untuk menghadapi orang yang tidak suka dengan kita. :)
Bukan dengan kekerasan atau membalas dengan tindakan yang tidak baik, tetapi mulai menerima dan belajar untuk menjadi yang lebih baik lagi.

Salam Blogwalking ^^,
Sanz Yu (Sanzeda Fay Lupe)
Tanpa Nama berkata…
Sangat setuju dengan acik. Bersabarlah dan berdoa moga suatu hari nanti benci dan tak suka akan hilang.
paridah berkata…
BIAR ORG BENCIKAN KITA N JANGAN PULA KITA BUAT DOSA MEMBENCI ORG.
Azwar Syuhada berkata…
Thanks Acik, Azwar pun ada juga prejudis dengan orang. Mampu bersabar jerlah :)
Unknown berkata…
Terima kasih Acik...good sharing. Minta dijauhkan daripada keadaan macam ni...
Unknown berkata…
tu lah kata sifu, kalau suka jangan berlebihan, nanti jadi benci, kalau benci pun jangan berlebihan nanti jadi suka
BinMuhammad berkata…
Sebenarnya kita tak perlu membenci atau tak suka pada seseorang maka tak perlulah kita nak berhadapan dgn situasi ini... Bukan hak dan layak buat kita utk membenci dan tidak suka pada seseorang.
Tunsha Ayunie berkata…
Self Confident penting jugak kan acik?? sha nih ramai sangat yang benci, last2 rasa hadam sangat dah, maka depa buat muka camne pun, sha senyum je.... kita hidup sementara aje ^^
Anizz Annisa berkata…
betul juge kate acik nie.. hurmm.. thanx sharing :)
Blog Santai berkata…
Salam hujung minggu Acik...tips yang berguna acik...seyum dan doa tu memaminkan peranan penting..senyum bawa aura positif...
perkongsian yang sangat baik... salam singgah
Kekzamanis berkata…
Nice sharing Acik.. Bermanfaat sangat entry ni.. In Shaa Allah, akan cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian.. ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™
Mayang Sari berkata…
tips yg bagus, acik.. jujurnya, akak pun pernah berhadapan dengan orang yg tak suka kehadiran akak di pejabat dulu. cara akak:
1) positif - ada hikmahnya
2) buat kerja sendiri - elakkan kebenciannya itu dari menjejaskan kerja. "Ko benci aku, ko punye hal, asal kerja aku jalan"
3) cuba bertegur sapa - sebulan macam tu akak bosan buat muka manis. lama2 akak keraskan hati. "lantak kaulah labu"
4) doa. sebut nama nya dalam doa. minta Allah bukakan hatinya. kita datang atas arahan dan sebab nak buat kerja.
Alhamdullillah..sebelum akak bertukar, dia dah berbeza, dah mesra. dah boleh senyum dan berborak termasuk cerita peribadi (keluarga, anak2..)
gitulah pengalaman akak... :) oh ye, pengalaman ni akak tak buat entri. macam tak penting je..hihi.. insyaAllah akan datang...
Khir Khalid berkata…
Hatta Rasulullah pun tak semua org suka.. namun Baginda ttp tabah menyebarkan kebaikan. T kasih atas perkongsian ini Acik.