Gambar Hiasan hasil carian di google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari minggu yang seharusnya aku habiskan masa untuk keluarga, tetapi sayangnya mereka jauh di mata dekat hati. Duduk keseorang di temani damainya tasik tempat reakasi di Bukit Jalil ini untuk muhasabah diri yang banyak kelemahan ini. Ketika sedang kyusuk di bawa lamunan sendiri. Tiba-tiba bahuku di tepuk oleh seorang pak cik yang datangnya tak tahu dari mana.
Pak Cik Din : Termenung jauh nak, apa yang fikirkan tu ?
Acik : Eh tidaklah tak ada apa-apa.
Pak Cik Din : Dari tadi pak cik duk perhati kamu macam ada masalah ?
Acik : Setiap manusia pasti ada masalah tersendiri, tapi alhamdulilah Dia permudahkan urusan saya.
Pak Cik Din: Alhamdulilah kalau macam tu, maaflah ye pak cik menggangu, pak cik duk di apartment depan tu.
Acik : Ehh tak adalah pak cik tak ganggu pun.. oo apartment yang cantik tu.
Pak Cik Din : Hidup kita memang tak lari dari dugaan dan ujian yang tersendirikan, saya sekarang 60 tahun tetapi ada pekara yang saya sesalkan dalam hidup saya.
Acik : Pekara yang pak cik sesalkan dalam hidup ?
Pak Cik Din: Itulah kejar harta dunia, pak cik dulu seorang yang "workaholic" pada saya dengan kerja keras dan ada duit yang banyak itu mampu bahagiakan semua orang yang ada di sisi kita. Tapi saya silap, kerana terlalu mementingkan hal dunia ini saya kehilangan orang yang sangat berharga dalam hidup saya. Seorang insan yang menjaga saya dari kecil. Saya abaikan dia, dulu saya fikir kalau hantar duit cukuplah buat dia bahagia. Sebenarnya saya silap.
Acik : Ermm siapa yang pak cik maksudkan ?
Pak cik : Dialah mak saya, dia dah tua, saya anak tunggal dia. Aku terlalu obses untuk jadi kaya seperti orang lain. Saya abaikan tanggungjawab saya sebagai anak. Kamu masih ada mak ?
Acik : Ada pak cik, dialah penguat hidup saya, tanpa semangat dia saya tak ada tempat yang saya berada dan semuanya dengan izinNya.
Pak Cik Din : Alhamdulilah, hargailah, jagalah dia, sayangilah, hormatilah, luangkan masa dengannya, hiburkan hati dia, jika tak nanti kamu kesal seperti saya. Begitu juga ayah kamu, sayangilah sebagaimana kamu sayangi ibu kamu. Adalah lebih sedih apabila pak cik tak dapat jumpa dia sewaktu saat terakhir hidupnya.
Inilah balasan untuk pak cik , ada anak-anak mereka semua menjauh dengan pak cik, anak-anak tak pernah tanya khabar mahupun telefon. Mungkin ini balasan Allah untuk pakcik, isteri dah tiada , anak kedua pak cik cadangkan untuk letakkan pak cik di rumah orang-orang tua. Hanya Allah yang tahu perasaan pak cik, agaknya macam inilah perasaan mak pak cik dulu.
Acik : Emm sabar ye pak cik,segala yang berlaku ada sebab yang tersendiri pakcik, Marilah sedekahkan al fatihah untuk mak pak cik.
Begitulah sedikit pembualan kami , terungkai tangisan seorang anak. Ianya pengajaran yang berguna untuk diri ini. Masih teriang-iang lagi nasihat yang pak cik itu berikan pada acik. Insha ALLAH akanku ingat nasihat tersebut. Terima kasih ya Allah kerana Dirimu hadirkan orang-orang yang baik untuk memuhasabah diri ini yang banyak kekurangan melalui cerita dan kisah hidup mereka.
Ya Allah ya tuhanku jagalah aku untuk tidak jauh dari dariMu. Agar aku tidak menzalami orang yang berada di sekeliling aku terutama terhadap ibu bapa aku. Ya Allah jangan biarkan mereka tersakiti dengan perbuatanku, perkataanku dan segala tindak tandukkan.
16 Ulasan
Moga kita sentiasa ingat mak dan ayah sentiasa, insyaAllah.