Gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah , ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Beberapa hari tanpa sebarang kemas kini blog rasa rindu pula ingin bercerita kepada kamu semua .
Setiap orang mahukan sesuatu benda yang cantik dan menarik perhatiannya, tentu sekali. Apa yang di pandang pertama padanya cantik itulah yang menjadi idaman dan ingin di miliki. Begitu jugalah kita manusia kita akan menilai luaran dahulu, kecantikan seseorang, kekacakkan seseorang barulah kita kenal hati budinya.
Tak semua manusia bertuah memilikinya kecantikan yang sementara itu. Itulah yang di kejar-kejar oleh manusia untuk mendapatkan kecantikan yang adabi. Padahal di Mata Allah kita sama sahaja yang dapat membezakan kita adalah amalan kita.
Cantik itu juga adalah ujian dari Allah untuk kita. Sebenarnya susah juga jadi orang cantik ataupun handsome. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif. Kerana setiap pandangan manusia adalah berbeza-beza. Jom ikuti temubual acik bersama seorang model kenalan acik.
Linda : Acik kenapalah orang pandang kerana paras rupa ?
Acik : sebab itu yang di pandang pada penglihatan pertama.
Linda : ermm susahkan nak cari yang benar-benar suka kita dan terima kita seadanya. Kalau dia suka hanya paras rupa kita rugilah saya sebab bila nanti saya tua macam mane ? Dan sedih kadang kala orang manfaat kita untuk kepentingan mereka dan kerah kita untuk di komersialkan. Linda pernah di tuduh perampas suami orang dengan kata- kata kesat. Saya ini tidak sejahat tu, saya pun teringin nak orang benar-benar terima saya seadanya dan saya tak kisah dia handsome atau tidak.
Acik : Insha Allah linda akan jumpa selayaknya untuk Linda, jangna penat berdoa dan meminta kepadaNya . Dia akan temukan jodoh yang baik untuk Linda, insha Allah.
Itulah realiti sebenarnya si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Ada juga yang mempertikaikan kenapa aku tak cantik macam orang lain ?
Pada acik tiada manusia yang hodoh atau tak cantik, semuanya sama cuma kita yang selalu membuat perbandingan tersebut .Adalah lebih baik kita bersyukur dengan rupa paras yang di berikan oleh Allah. Tak kisah cantik atau tidak pastinya ada jodoh yang selayak untuk kita. Si cantik kadangkala di pasangkan yang kurang cantik , ianya seimbang.Kalau si kacak sama dengan si cantik itu rezeki namanya. Itu semua aturan Allah, jadi kita sebagai manusia lakukan tanggungjawab kita untuk pastikan kita dekat denganNya dan seimbangkan dunia dan akhirat.
Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
29 Ulasan
tinggal kita sedar dengan tak
dalam cerita acik ni aje dah jelas dah =)
cantik adalah amanah Allah yang perlu dijjaga .... kecantikan itu ujian buat manusia yang dianugerahu Allah.. bukan lah cantik itu untuk dibangga2 kan.. tapi untuk disyukuri atas nikmat2 nya kepada kita.. pape semua manusia itu cantik... ciptaan Allah semuanya cantik2..
mselim3