Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Pekara Kecil Bertahun Tidak Tegur Sapa

gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah ucapkan syukur atas nikmat yang tak terhingga kepada kita .Marilah berselawat ke atas junjungan SAW. Acik ini jenis pemerhati dan pendengar yang baik. Acik suka meneliti setiap pekara di sekeliling, di situ barulah acik dapat menghargai nikmat yang diberikan olehNya kepada kita.

Kadang sedih melihat ibu dan anak bergaduh dan saling benci membenci, adik beradik bergaduh bertahun lamanya tidak bertegur, kawan baik berselisihan faham sampai jadi musuh, kawin bertahun-tahun tetapi bercerai hanya kerana hal kecil. Ye acik tahu itu semua takdir Allah tetapi Allah tidaklah sekejam itu menghukum msnusia.Kebiasaannya berlaku ada kerana kekhilafan diri kita. Di situ juga terletaknnya ujian untuk kita.


Ramai yang bertanya dan mengadu dengan acik di fanpage acik. Jika di perhalusi masalah tersebut adalah kerana " miss communication and miss interpretation . Setiap masalah di jadikan konflik apabila di tambah dengan ego masing-masing dan amarah kita.


Selalu jadi masalah adalah masalah di tangani dengan emosi yang sedang marah. Bila nak bawa berbincang memang tak boleh sebab masing-masing berangin dan menjarakkan diri. Kenapa acik cakap miss comunication dan miss interpretation ?


Kerana adalah salah faham , contohnya kes suami isteri ada masalah kecil :lelaki dengan ego lelaki, bila balik rumah ,lelaki tengok TV saje,si isteri pon dengan ego sendiri juga buat hal sendiri. Ada masalah tak bawa berbincang padahal pasal hal kecil berlaku.


Kawan bergaduh tentang tempat nak berjumpa di sebabkan salah taksir masing-masing bermasam muka, bila tanya kenapa jawapannya " tak ada apa-apa" lepas tu cerita dengan pihak lain cakap tentang rasa tak puas hati dan yang ketiga jika menjadi penyelesai masalah takpe ini menjadi batu api memburuk keadaan.Lebih elok kedua kawan itu duduk dan menguraikan salah faham tersebut.


Salah faham juga boleh berlaku terhadap anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak mahukan dirinya di fahami dan ibu bapa meminta anak faham keadaan mereka. Miss communication sering berlaku kerana terdapat barries atau halangan di situ. Halangannya dek kerana kesibukan dan kurannya komunikasi.


Adik beradik pula sering berlaku apabila setiap masalah yang melanda tidak diselesaikan. Komunikasi tidak di lakukan dengan baik,salah faham di biarkan berlarutan. Tiba pula konflik lain, bila dah panas semua masalah yang lain di ungkit jadi bertambah keruh.


Itulah masalahnya , bila komunikasi  tak di gunakan dengan cara yang berkesan . Komunikasi mestilah dua hala , dan ada message yang hendak di sampaikan dan ( tindak balas (feeback) terhadap mesej.


Untuk menagani masalah tersebut adalah bawa berbincang gunakan apa juga cara yang bersesuaian dan paling senang gunakan teknologi yang ada. Jangan terlalu main dengan emosi dan kita kena turunkan ego kita.


Jangan lupa pada Allah, kita ada Dia. Jika ada masalah mengadulah denganNya. Ceritalah dengannya insha Allah dia akan beri jalannya.Yang paling utama masalah itu akan dirasakan selesai ketika kita berlapang dada. Bawa berbincang, duduk sama-sama dan luahankan isi hati, untuk itu jangan libatkan emosi amarah.


Mungkin ini cara untuk kita dekatkan diri kepadaNya. Dan kita makin berbaik-baik dengan adik beradik kita, dengan suami atau isteri mahupun dengan mak ayah kita. Dia maha mengetahui dan semua terjadi bersebab dan kita ambillah hikmah sesuatu yang terjadi.

Catat Ulasan

26 Ulasan

Asha Lya berkata…
Kna saling brtolak ansur..buang sikap ego dan pntingkn diri sndiri
kuchalana berkata…
antar minta maaf dan maafkan orang..perkara yang agak sukar tu
Kekzamanis berkata…
Satu lagi jangan berahsia or sembunyikan apa jua perkara daripada pasangan bg pasangan berkahwin kerana semua itu hanya akan mengundang salah faham & rasa curiga..
Rosmiza Ali Official Blog™
Gee Lion berkata…
memang tak dapat nak elak ego & prasangka buruk ni.
mesti sebelum tu dah selalu pendam tak pernah berterus terang.
bila dah asyik pendam, itu yg meletus macam gunung berapi...
memang betul kena belajar terus terang..
Cik karmila berkata…
saya penah kehilangan kawan sendiri sebab mungkin dia lebih pilih boyfriend dari kawan dia sendiri..memang ujian berat...lagi lagi bila nak tegur kesalahan dia...hope one fine day kami bertegur semula..
Unknown berkata…
Yelah setiap masalah ada penyelesaiannya.. Hal kecil-kecil jika diperbesarkan memang akan merosakkan hubungan..
Unknown berkata…
Setuju dengan pandangan Acik..
Jika berhadapan dengan masalah sebegini, saya lebih suka memilih untuk mengadu kepada Allah...
Kalau mengadu pada manusia kadang-kadang leh jadi cerita lain pulak...
Unknown berkata…
Tolak ansur n saling memaafi.. In relationship theory salah sorang kena cuba lower their ego.. Utk fix balik semua. It is call rejuvenate
edisi berkata…
biasanya satu pihak dah ok maknanya ada tolak ansur,tapi bila pihak satu lagi berkeras,mulalah nak berbalah.masing2 nak menegakkan benang yang basah...sampai kesudah masalah tak selesai.
cikpinz berkata…
Kena runtuhkan ego masing-masing baru boleh berbaik. Selalunya masing-masing nak minta satu pihak minta maaf dulu.
Jari Manis berkata…
jika perkara kecil usah lah di panjang-panjangkan...terutama dalam ahli keluarga..jika ada salah dan silap tu saling maaf memaafkan..itulah sikap sorang beriman
Ismi Ana berkata…
Biasenye sikap bila dingin pastu tak bertegur sapa sampai bebila tu kaum perempuan je acik. Situasi yang acik cerita tuu semua berlaku dekat ana dalam minggu ni. Allah je tahu. Thanks share acikk. T_T
nOe suhaimi berkata…
lama x terjah blog acik...kena belajar untuk saling bermaafan...
paridah berkata…
SOAL HATI NI SUKAR NK FAHAM...MUNGKIN PADA KITA MSLH YG JADI PENYEBAB TIDAK BERTEGUR SAPA KECIL SAJA TAPI TIDAK PADA YG MERASAINYA...TAPI MEMAAFKAN KESALAHAN YG LAIN TU BESAR GANJARANNYA...
Ibu Yusuf Maryam berkata…
Semua perkara boleh dibawa berbincang sebenarnya, tp betullah kata acik tu.. Kadang2 ego dan amarah mengekang kita utk bertindak secara rasional.

Tiba2 teringat 1 ayat; jika kita tak bertemu bahu untuk bersandar, kita masih ada lantai utk bersujud..

Dlm apa pun masalah, balik kpd Allah swt dan semoga dipertemukan jalan untuk melerai kekusutan..
Bunda_nora berkata…
Setuju dengan Paridah...masaalah dalaman ni...orang luar nampak ringan...tapi bagi mereka yg terlibat sahaja lebih mengetahuinya sejauh mana parahnya...semuanya soal hati...

Kita sebagai orang luar hanya mampu memberi nasihat dan teguran yang berhemah tanpa menyakiti hati mana2...wallahu'alam. .
Tanpa Nama berkata…
SALAH FAHAM BOLEH PUTUS SAUDARA kalau ada pihak ketiga yg menokok tambah
Lieya Von Jay berkata…
kak ada kawan yang bergaduh sejak zaman belajar sampai lah sekarang masih belum baik lagi.. dah tak tau nak buat mcm mana lagi nak satukan dua orang ni.. (sigh)
cecuba belajar memaafkan setiap kesalahan yg berlaku..
ingat yg baik2 je..
insyaallah..
Blog Santai berkata…
Kadang-kadang emosi tu terlebih Acik..tu yang sensitif..he..he
Yana Yani berkata…
setuju sangat dengan entry ni
masing-masing nak layan keegoaan masing-masing
tu yang bertambah parah
Khir Khalid berkata…
Hasutan syaitan itu sgt halus permainannya..bila manusia berselisih faham, itulah peluang mereka.. semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan Allah swt... aamiin.
Tanpa Nama berkata…
hmm..mungkin dah tak dapat nak berbincang dah ni..sebab tu bawa haluan masing². tapi tiada salahnya kita berdepan dan saling meluah ketidakpuasan hati jika itu dapat meredakan tekanan dan sengketa..ketepikan ego seketika.
Maria Firdz berkata…
Pernah mengalami zaman remaja dulu... Akhirnya org tu sendiri dtg minta maaf kt saya... Alhamdulillah..konflik diri dia sendiri...
Maria Firdz berkata…
Pernah mengalami zaman remaja dulu... Akhirnya org tu sendiri dtg minta maaf kt saya... Alhamdulillah..konflik diri dia sendiri...