Ticker

6/recent/ticker-posts

Masalah Dan Ujian Itu Mendewasakan Kita

ujian dari Allah
gambar hiasan 

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat menari di keyboard menanda diri ini selalu ingin kongsikan cerita bersama kamu semua.Sebelum itu marilah ucapkan Alhamdulilah atas nikmatnya yang tak pernah putus dan marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dalam hidup ini tiada siapapun dapat lari dari masalah setiap manusia itu adalah yang tersendiri, sama ada besar atau kecil. Sehinggakan kadang kala air mata mengalir tanpa sedar. 

Kadang kala kita lihat keindahan pantai dengan deru ombak yang menenangkan jiwa, ada ketikanya ombak membadai membelah jiwa, hujan turun dengan lebat di temani sang lintar yang berdentum. Itulah kadang kala kita terus di uji dan di uji bertimpa-timpa buatkan hati kita diam seribu bahasa. Di situlah letakkannya kekuatan kita, keyakinan kita terhadapNya. Jangan lemah duhai hati yang mendapatkan kasih sayangNya pasakkan iman di dada, Dia selalu ada dengan kita.

Pernah terjadi satu dalam hidup acik dimana beberapa peristiwa berlaku dalam satu masa. Contohnya masa hari tersebut kad bank di telan di ATM, jadi duit dalam poket tinggal Rm 5 sahaja, dengan hati yang lara baliklah ke kolej, tiba-tiba tayar pancit, terpaksa menolak motor pula, tiba di tempat biasa kedai motor tengok rupanya kedai motor tutup. Tolak motor untuk pulang ke kolej dan tiba di kolej dah pukul 12 malam kena pula sound dengan polis bantuan. 

Adakah hari itu nasib "sial" ? atau hari malang ? 

Pada acik tidaklah, ianya adalah ujian dari Allah untuk menguji hambanya ini yang banyak kali lakukan kesilapan. Di sebaliknya ada hikmah yang acik tak sangka, kawan acik bagitahu kalau acik ikut laluan biasa acik lalu pasti acik dah jadi arwah kerana berlaku kemalangan yang melibatkan motor dan kereta menyebabkan 3 kematian. 

Allahurabi di sebalik sungutan kita, rupanya tersembunyi seribu satu hikmah yang kita tak ketahui. Yup memang acik tahu ujian Allah itu adalah hadiah dari Allah dan merupakan tarbiyah Allah. Sering kali alpa dengannya dan saat di timpa kesusahan saat itu ingat Allah. Terima kasih ya Allah kerana selalu ingatkan hambamu ini.

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35

Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza. Acik juga pernah mendengar kisah yang diceritakan  sahabat acik. Melalui air mukanya acik dapat melihat penderitaan yang ditanggung olehnya. Penderitaan yang ditanggung oleh suami, apabila si isteri ada lelaki lain diluar pengetahuaannya. Dia begitu setia dan akhirnya di kecewakan oleh orang yang dia sayang. 


Ya Allah. Ini adalah ujian yang diberikan Allah kepadanya. Bagaimana pula ujian yang diberikan kepada kita? Ini semua terpulang kepada kita bagaimana kita hendak menghadapi dugaan itu. Adakah ujian itu kita terima dengan hati yang ikhlas dan redha atau sebaliknya. Ujian Allah kepada manusia itu lebih ringan jika dibandingkan dengan ujian yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi terdahulu.

Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.

Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.

Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.


Pada acik, ujian yang Allah turunkan pada ktia untuk mendewasakan kita, agar kita tidak ulangi kesilapan yang sama. Jadi ambillah setiap masalah dan ujian itu di gambaran di sisi yang baik. Allah takkan membebankan di luarkan kemampuan kita. 

Catat Ulasan

16 Ulasan

ayunidati berkata…
Yang penting... kita mesti selalu mengingati Nya... die yang satu... semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang sentiasa diredhai Allah amin
Maria Firdz berkata…
Betul tu.. Setiap ujian tu pengalaman dan pengalaman itu mematangkan diri kita sendiri..
Tanpa Nama berkata…
Ujian adalah guru kita..ada hikmah di sebaliknya..

P/S: pandai acik usik akak dlm entri tu ye? Hehehe.
Khir Khalid berkata…
Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya jika kita sentiasa mengingati Allah. Allah sentiasa bersama2 org yg sabar... Allahuakbar
Blog Santai berkata…
Ujian Allah datang kepada mereka-mereka yang DIA sayang. Jadi kita tak boleh merungut. Kena redha dan banyak bersabar kerana macam cerita Acik, ada hikmah disebaliknya...
Unknown berkata…
Masalah mematangkan fikiran dan tindakan kita. Allah sentiasa ada jadi pohonla kepadaNya sebaik-baik jalan
Ana Sriwahyuni berkata…
Waalaikumsalam...
memang betul, guru terbaik dalam hidup kita adalah pengalaman, supaya kita bisa berpikir lebih baik lagi dan mendekatkan diri kepada Allah adalah hal terbaik dari segalanya..
paridah berkata…
salam jumaat perkongsian yg baik...
Unknown berkata…
Setiap apa yg berlaku mesti ada hikmah yang tersembunyi.
kuchalana berkata…
pengalaman juga akan mematangkan kita
Mar Mansor berkata…
ujian ini ibarat corak dalam hidup kita..ada kalanya ia berwarna terang yang kita suka dan ada kalanya ia berwarna gelap hingga buat kita tak suka menatapnyer..tapi bila dipandang corak2 itu..terlalu banyak keindahan disebaliknya..
Gee Lion berkata…
sekarang pun kita boleh nampak bagaimana orang-2 yg kuat agamanya diuji dgn ujian yg berat di akhir zaman ini, kalau mereka bisa kuat, bisa saja kitakan.. walaupun tiap2 hari bertanya apalah bakal terjadi lagi, apalah salah aku.. rupanya kita lupa bahawa ujian yg diturunkan adalah utk diri yg hampir kelalaian.. bahkan tanda bhw Dia belum melupakan kita.. (':
thanks acik, entri yg penuh makna.. ^_^
Ismi Ana berkata…
Ujian Allah tersirat hikmahnye. Allahuakbar. :) terima kasih acik bagi ana kata2 penguat semangat.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anizz Annisa berkata…
sedih hati ni acik.. kadang2 byk mengeluh bila masalah xpernah2 selesai.. Allah.. bersalahnye.. terima kasih acik.. tersedar dari lamunan.. :(