Assalamualaikum
sewaktu hari lahirnya |
Bila bangun dari tidur terasa keadaan berputar seiring dengan waktu. Waktu bergerak pantas dan pemergiaan orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
Mati itu pasti, setiap yang bernyawa akan akan tinggalkan dunia yang fana ini dunia yang sementara. Pemergian abah sangat terasa di hati , nasib baik kuatkan semangat untuk balik kampung dan dapat bersama dengannya saat akhir.
Abah di sah kena stok major sehingga ke kepala ketika dia dalam keadaan koma. Alhamdulilah wajahnya dalam keadaan tenang seperti orang sedang tidur.
saat akhir bersama abah |
Beberapa hari sebelum itu abah tiada kelakuan pelik tetapi berkali arwah abah pernah kata seolah ada orang beserban putih dekat kepadanya sewaktu dia mahu tidur. Arwah berkata begitu pada mak seperti itu, mak menyangkal mungkin perasaan saja.
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (QS. Al A’raf: 34)
Allah itu maha mengetahui segala di langit dan di bumi. Perancangan Allah itu Maha Hebat. Jika di turutkan hati memang sedih tetapi ku ikhlaskan pemergiaannya. Dia abah yang terbaik yang pernah ada, masih teriang-iang lagi nasihat yang di berikan pada acik.
Alhamdulilah dapat mandikan arwah abah, kafankan, sembahyangkan dan kuburkan.
Alhamdulilah dapat mandikan arwah abah, kafankan, sembahyangkan dan kuburkan.
Semoga roh abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan di kalangan orang bertakwa.
Syukur alhamdulilah kami 14 orang adik beradik dapat berkumpul saat terakhir bersama abah. Abah akan selalu ku rindu dan selalu ingatan. Al-fatihah
32 Ulasan
Salam takziah.. Moga terus bersabar..
acik, akak tumpang sedih,
salam takziah dari akak sekeluarga
al-Fatihah .. semoga achik kuat menghadapinya ujian ini k...
mselim3
pls: sabar yer achik...
Samalah nasib kita, kehilangan abah yang sangat-sangat disayangi.
Arwah abah saya meninggal dunia sebab minor stroke. Which is kes yg sgt jarang terjadi sampai doktor nak buat bedah siasat.
Somehow, kita orang Islam percaya pada qada dan qadar, so kami tak bersetuju dijalankan bedah siasat pada arwah.
Dah hampir 4 bulan arwah pergi, tetapi pengorbanan dan kasih sayangnya takkan pudar dari hati saya sekeluarga.
Semoga syurga milik abah kita berdua. Amin
salam takziah acik, semoga acik sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..
dan semoga arwah bapa acik ditempatkan dlm kalangan orang2 yang beriman.. aaminn..
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali.