Ticker

6/recent/ticker-posts

Perempuan Pendek Itu Comel


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Setiap orang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang Allah hadiahkan pada kita. Ada yang cantik,kacak , comel , pendek, gemuk ,tinggi dan sebagainya.

Hari ini acik ingin bahaskan tentang soal perempuan pendek. Ramai antara mereka yang mempunyai saiz tubuh badan yang pendek ini merasa kurang yakin diri. Ianya rasa mempunyai kelemahan yang banyak terhadap dirinya.

Ramai yang sensitif bila berbicara soal pendek, ianya seolah satu kutukan untuk seseorang. Sedangkan jika di perhalusi pendek dan tinggi itu sebenarnya sama saling melengkapi satu sama yang lain.

Pada acik perempuan yang pendek ini adalah perempuan comel dan "cute". Mereka mempunyai manis yang tersendiri. Tahu tak apa apa kelebihan perempuan pendek ?

1. Orang yang menerima kamu adalah orang yang menerima kamu seadanya. 
2. Perempuan yang bersaiz comel biasanya orang anggap di muda dan selalu dapat diskaun di kala pergi kemana-mana katanya seperti budak sekolah.
3. Perempuan pendek adalah jenis yang setia, untuk pengesahan cubalah jadikan perempuan rendah atau pendek ini jadikan isteri pastinya dia akan jaga kamu dengan baik. 
4. Perempuan yang rendah atau pendek ini semangat dia kuat kerana dia dah biasa dengan gurau senda kasar orang lain.
5. Perempuan rendah atau pendek ini selalu jadi tumpuan kerana dia memang comel.

Hahaha ini mungkin nampak sedikit kelebihan sebenarnya banyak lagi yang boleh kamu senarai. Pendek itu bukan masalah tetapi yang lebih baik adalah perempuan yang menjaga auratnya, adabnya dan akhlaknya. Pasti mana-mana lelaki akan tertawan dan tidak mempersoalkan pendek atau tinggi.

Allah itu jadikan kita sesempurna kejadian, hanya kita sahaja yang banyak membeza-bezakan, kalau rasa diri pendek sikit pakai high heel. Jangan jadikan ianya itu sebagai masalah, belajarlah untuk menerima kekurangan orang lain dan pastinya orang lain pun akan menerima kekurangan kita. 

Firman Allah bermaksud:"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".Surah al.Hujurat (13)


Jangan rasa rendah diri kerana diri itu rendah, bangkit dan semangat bahawa kamu boleh jadi lebih hebat orang lain .Allah takkan pernah persiakan kita. Wahualalam 

Catat Ulasan

32 Ulasan

Unknown berkata…
Ustaz Azhar ade ckp psal perempuan pendek ni tak silap..
Dia cakap comel. Lgpun perempuan tak perlu dpandang dgn ktinggian..
Aku sendiri laki yang pendek..hehehe. Nice entry
Asha Lya berkata…
Memg comel pun hhee
Tanpa Nama berkata…
ciptaan allah semua sempurna.alhamdulilah
Yana Yani berkata…
bagus perkongsian ni acik
betullah tu, keyakinan diri kena ada
tapi tulah, agak mahal harga keyakinan diri tu
bukan semua orang mampu miliki =)
Mar Mansor berkata…
saya ni kecil je..soal bab keyakinan mungkin dulu pernah ada masa zaman skolah n uni..
bagus entri acik ni..i loike
SalbiahM berkata…
hehe..betullah acik.saya sendiri orang selalu ingat masih bersekolah, padahal dah nak masuk 30.huhu
Gee Lion berkata…
paling pantang dgn orang yg suka mencemuh fizikal orang lain ni.
macam bagus sangat je dia tu.. >.<
Ummi Hanie berkata…
setuju juga dgn fakta2 perempuan pendek ni
Khir Khalid berkata…
Hehee.. kelakar pulak tajuk tu. Klu dah comel mmg ttp comel. Pendek ke tak pendek, masing2 ada kelebihan & keistimewaannya.. :)
SukaSedap MY berkata…
lelaki pendek pulak macam mana ? huhuu
Unknown berkata…
betul...nice entry!
paridah berkata…
rendah xmengapa asal sihat walafiat...kesempurnaan hanya milik Allah....
Unknown berkata…
Terima diri seadanya, masing2 ada kelebihan samada tinggi atau rendah. Syukuri pemberian Illahi. Nice entri tentang kelebihan wanita rendah.
Unknown berkata…
kalau semua org blh blaja terima kepelbagaian ciptaan Allah kan bagus. Dan jika mereka yang dicipta dengan sedikit kelainan dpt menggunakan kelainan tersebut sebagai kelebihannya pastinya hebat...
Nadia Johari berkata…
ye betul tu..jangan risau dengan peribadi diri ni
Akak Kembang berkata…
perempuan pendek seumur hidup comel...hehehehe
Blog Santai berkata…
Cute je entry ni Acik...very comforting..he..he
Unknown berkata…
Memang comey, sebab kawan saya pun ramai yang dikalangan perempuan jenis ini Tapi, semangat kuat!
Unknown berkata…
saya comel ... sis x pernah pun rasa rendah diri or yg seumpama dgnnya . yg ngurat sis lak tinggi2 belaka ... heh heh ... syukur allah jadikan sesempurna kejadian . itu yg perlu kita fikirkan .
Suria Amanda berkata…
Petite dan comel...kat opis ni ada...hihi...
Unknown berkata…
Ciptaan Allah semuanya comel...perempuan yang berbadan kecil...sentiasa awet muda kan...
Nik Ainaa berkata…
alaaa. ukuran bagi kategori pendek ni brapa? hahaha xaci lah. nak comel jgk 😣😣
Unknown berkata…
Betul tu. Sokong!
Unknown berkata…
Betul tu. Sokong!
Unknown berkata…
stuju sangat dgn point ke-4 sb dah pernah rasa :)
Unknown berkata…
Tq acik..bring me here. Tulisan dan ulasan acik bagi inspirasi pada mel. Tq sahabatku. May Allah bless of you!
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

best pulak baca entry nie.. wanita pendek itu comel dan ada keistimewaannya tersendiri..

mselim3
yaya cendana berkata…
sy lah pendek tu..hahaha..sy comel!!!