Assalamualaikum
Alhamdulilah masih bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Setiap orang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang Allah hadiahkan pada kita. Ada yang cantik,kacak , comel , pendek, gemuk ,tinggi dan sebagainya.
Hari ini acik ingin bahaskan tentang soal perempuan pendek. Ramai antara mereka yang mempunyai saiz tubuh badan yang pendek ini merasa kurang yakin diri. Ianya rasa mempunyai kelemahan yang banyak terhadap dirinya.
Ramai yang sensitif bila berbicara soal pendek, ianya seolah satu kutukan untuk seseorang. Sedangkan jika di perhalusi pendek dan tinggi itu sebenarnya sama saling melengkapi satu sama yang lain.
Pada acik perempuan yang pendek ini adalah perempuan comel dan "cute". Mereka mempunyai manis yang tersendiri. Tahu tak apa apa kelebihan perempuan pendek ?
1. Orang yang menerima kamu adalah orang yang menerima kamu seadanya.
2. Perempuan yang bersaiz comel biasanya orang anggap di muda dan selalu dapat diskaun di kala pergi kemana-mana katanya seperti budak sekolah.
3. Perempuan pendek adalah jenis yang setia, untuk pengesahan cubalah jadikan perempuan rendah atau pendek ini jadikan isteri pastinya dia akan jaga kamu dengan baik.
4. Perempuan yang rendah atau pendek ini semangat dia kuat kerana dia dah biasa dengan gurau senda kasar orang lain.
5. Perempuan rendah atau pendek ini selalu jadi tumpuan kerana dia memang comel.
Hahaha ini mungkin nampak sedikit kelebihan sebenarnya banyak lagi yang boleh kamu senarai. Pendek itu bukan masalah tetapi yang lebih baik adalah perempuan yang menjaga auratnya, adabnya dan akhlaknya. Pasti mana-mana lelaki akan tertawan dan tidak mempersoalkan pendek atau tinggi.
Allah itu jadikan kita sesempurna kejadian, hanya kita sahaja yang banyak membeza-bezakan, kalau rasa diri pendek sikit pakai high heel. Jangan jadikan ianya itu sebagai masalah, belajarlah untuk menerima kekurangan orang lain dan pastinya orang lain pun akan menerima kekurangan kita.
Firman Allah bermaksud:"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".Surah al.Hujurat (13)
Jangan rasa rendah diri kerana diri itu rendah, bangkit dan semangat bahawa kamu boleh jadi lebih hebat orang lain .Allah takkan pernah persiakan kita. Wahualalam
32 Ulasan
Dia cakap comel. Lgpun perempuan tak perlu dpandang dgn ktinggian..
Aku sendiri laki yang pendek..hehehe. Nice entry
betullah tu, keyakinan diri kena ada
tapi tulah, agak mahal harga keyakinan diri tu
bukan semua orang mampu miliki =)
bagus entri acik ni..i loike
macam bagus sangat je dia tu.. >.<
best pulak baca entry nie.. wanita pendek itu comel dan ada keistimewaannya tersendiri..
mselim3