Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sebenarnya dah lama ingin kongsikan pekara ini tetapi tak berkesempatan untuk kongsikan kepada semua. Sekarang ini tidak pelik lagi jika remaja kita menghidapi pelbagai yang biasanya di hadapi oleh orang biasa seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung dan kini kemungkinan boleh terkena angin ahmar atau stok.
Entahlah acik risau betul sekarang ini, tak kira muda dan tua mudahnya dapat penyakit. Suatu kajian Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah suatu risiko yang terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.
Penemuan ini merisaukan kerana jumlah pesakit diabetes di Malaysia semakin meningkat, khususnya di kalangan generasi muda.Kajian itu mendapati terdapat hubungan rapat antara penyakit kencing manis dan serangan strok. Kadar serangan strok yang berpunca daripada penyakit kencing manis didapati lebih tinggi di kalangan penduduk Malaysia daripada penduduk mana-mana negara lain.
Kajian itu juga menunjukkan seramai 60% pesakit strok yang dimasukkan ke PPUKM dalam jangka masa 4 tahun turut mengidap penyakit kencing manis. Lebih membimbangkan setiap seorang dari 6 orang pesakit itu hanya mengetahui mereka mengidap diabetes apabila mereka dimasukkan ke hospital kerana diserang angin ahmar.
Faktor risiko strok yang paling lazim di seluruh dunia adalah penuaan dan penyakit darah tinggi. Penyakit diabetes pula hanya berada di tangga ketiga sebagai faktor risiko.Bagaimana pun peningkatan kadar pesakit diabetes di Malaysia amat membimbangkan. Dianggarkan kadar peratusan mereka yang mengidap kencing manis adalah 3 kali lebih tinggi daripada yang biasa dilihat di negara lain termasuk negara-negara Asia yang mempunyai penduduk yang hampir sama dengan Malaysia.
serangan angin ahmar yang paling kerap terjadi adalah ischaemic strok. Ini berlaku apabila bekalan darah terhalang oleh gumpalan darah yang terbentuk dalam saluran darah, ia turut berlaku apabila dinding saluran darah menjadi semakin tebal.
Kajian itu turut mendapati serangan strok ke atas mereka yang berumur 50 tahun ke bawah semakin meningkat. Kebanyakan daripada mereka ini mengidap diabetes.
Ini juga bercanggah dengan tanggapan perubatan semasa bahawa serangan strok di kalangan orang muda disebabkan struktur jantung yang tidak normal yang telah memberi kesan terhadap tekanan darah, kejadian darah beku atau penyakit yang ganjil.
Jadi nasihat kepada masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan setiap tahun terutama mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Ini termasuk melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menghindari penyakit kencing manis.
Mereka ini juga diseru mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat yang ditetapkan. Mereka juga perlu kerap berjumpa dengan doktor.
Pemahaman terhadap faktor risiko untuk mendapat strok adalah perlu untuk menangani peningkatannya secara mendadak. Kami berharap hasil kajian itu boleh menyumbang kepada usaha menanganinya baik di peringkat tempatan mahu pun global dalam rawatan diabetes kerana ia adalah penting untuk memerangi serangan strok.
17 Ulasan