Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini,ucapkan syukur yang tak terhingga atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Produk Shaklee bagus untuk kesihatan ? Ramai yang membuat carian tersebut tentunya ianya memberi manfaat berguna untuk tubuh badan kita. Telah bertahun barisan produk shaklee bertahan di pasaran dan terbuktu keberkesanannya.
Acik adalah merupakan salah seorang pengguna produk shaklee dan yang biasa acik ambil ada ESP . Apa pula ESP itu ?
ESP ialah Energizing Soy Protein , ianya adalah protein soyang yang berkualiti tinggi Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. Kebiasaannya acik minum ESP yang dibancuh dengan air sejuk atau suam tujuannya adalah memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.
ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Biasalah orang bertubuh sasa berbeg di bagian perut memang memerlukan tenaga serta harus mengawal pengambilan makanan ( sedang berdiet nie ) . Jadi acik akan minum di setiap pagi sebelum pergi ke kerja. Alhamdulilah setakat ini badan rasa ringan dan bertenaga dan paling penting tak lapar langsung sampai ke petang.
Ahh untuk yang mahu kurus itu minumlah ESP sebagai alternative di samping kamu menjaga pemakanan pastikan nafsu makan akan kurang. Secara tak langsung ianya juga mengawal pengambilan makanan yang manis, berlemak dan makanan segera. ESP beri ketahanan badan kita dan sebagai pelengkap nutrient dalam badan kita. Insha Allah penyakit jauh dari kita. Lagi-lagi kalau puasa memang sesuai minum ESP ini.
Kita ingin kesan yang lebih maksimum untuk kurus , ambillah lecithin shaklee bagus untuk diri kita yang dalam diet nie . Antara kelebihannya adalah
- Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
- Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
- Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
- Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
- Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
- Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
- Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
- Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
- Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
Okey dah faham boleh juga sampai produk-produk lain untuk set kuruskan badan serta produk-produk yang lain yang sesuai untuk kita . Boleh berhubung dengan pengedar yang sah produk shakklee untuk mengetahui produk yang di pasarkan dan bagus untuk keperluan kamu.
Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.
Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.
Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu:YatiAdam (Perak),WinaWellness (Pulau Pinang),ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor),VitaminSiCilik (JohorBaharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin (Seremban).
Terima kasih kepada pengajur kerana menganjur contest Bonus Akhir Tahun yang memberi manfaat bersama semoga ianya mendapat keredhaan Allah SWT.
Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA Online danKongsiBersamaNora.
p/s : Jangan lupa tekan share di facebook dan G+ untuk kongsikan kepada kenalan kamu ye ^_^
26 Ulasan
sbab ramai yg dah cuba n bkesan..
all the best acik
Semoga berjaya ya acik
saya jugak pengguna dan pengedar shaklee area Perlis/UTHM Johor
hehehhe
Mantap entri bro..semoga berjaya dalam kontes ni..saya pun ada try jgk kontes Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan ni..
Semoga berjaya dalam contest ini.InsyaAllah :)