Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah Tidak Menjanjikan Setiap Perkahwinan Itu Akan Dapat Anak

gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Badan nie memang penat sangat tapi tak apalah demi pembaca blog yang acik sayang acik korbankan sedikit cerita untuk tauladan kepada kamu semua. Petang tadi ada seorang isteri ini berkongsi cerita tentang soal anak ,untuk ketahui lebih lanjut silalah baca di bawah ini.

Assalamualaikum acik, akak ini pembaca blog acik, lama dah akak ikuti blog acik, jadi akak rasa akak nak terpanggil untuk kongsikan cerita kepada acik dan pembaca blog acik. Harapkan dapat beri motivasi dan kekuatan kepada wanita di luar sana yang masih lagi belum mendapatkan zuriat .Sebelum tu boleh panggil akak long saje.

Acik : Walaikumusalam kak long, alhamdulilah terima kasih kak, boleh kak kita sama-sama kongsi cerita. 

Kak Long : Akak sebenarnya nak kongsi cerita yang telah hampir 15 tahun akak pendam seorang diri.Setiap pasangan yang berkawin pastinya mahukan zuriat hasil perkahwinan mereka. Ada itu siap "bunting pelamin" selepas mereka berkahwin, tapi pekara itu tidak berlaku pada akak, bukannya akak tak mahu anak awal tapi rezeki ada anak belum lagi pada akak dan suami, akak serahkan pada rezeki dari Allah.

Yang jadikan akak sedih dan pilu adalah sebahgian dari masyarakat kita majoriti melayu ,ramai sangat menganggap perkahwinan itu seperti satu perlumbaan ,siapa yang cepat mengandung dan siapa yang dapat anak dahulu. Dan yang lambat ini pula selalunya di katakan tidak suburlah dan macam -macam lagi. Pada mulanya memang akak tertekan dan akak akan menangis bila cerita tentang anak , lagi-lagi bila tengok bayi dik akak menangis seorang diri hanya Allah yang tahu. Tapi alhmdulilah suami akak selalu beri sokongan pada akak dan kami berusaha dan terus berusaha.

Kadang dik orang cakap memang tak jaga hati kita " ala dia tu tentunya mandul" . Sedap sahaja berbicara sedemikian rupa dan tuan badan ini yang sengsara. Paling tersentuh bila di kampung orang asyik tanya bila nak ada anak ? Sampai satu tahap tu dik akak tak mampu nak jawab pertanyaan mereka dik .Kadang mereka lupa anak itu rezeki yang Allah berikan pada pasangan yang berkahwin ,mereka bukan tuhan untuk menentukan akak ini ada anak atau tidak . Akak puas cuba perubatan tradisional mahupun moden tapi masih tak berhasil. Kadang terfikir "tak subur ke aku ? tapi mak ada anak 7 orang dan adik beradik suami akak ada 10 orang ? tak cukup subur ke ?

Dalam kesedihan akak, akak pernah dengar ceramah menyatakan bahawa Allah tak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dapat anak, Allah tak menjanjikan bila kawin sahaja terus dapat anak, tentulah tiba masanya dik Allah akan berikan. Tapi ketahui bahawa hikmah perkahwinan dan perkahwinan itu tentulah boleh membuatkan kita dapat pahala suami isteri. Orang selalu anggap bila kami tak ada anak kami tak bahagia Kami tetap bahagia tapi siapa dalam dunia dik tak mahu ada anak sendiri ? 

Kadang akak tengok ,orang yang buat kerja yang bukan-bukan itu sanggup buang bayi mereka sendiri , mereka tak tahu kami yang belum dapat anak ini ,macam mana rasanya. Kadang orang yang beradai di sekeliling kita yang lebih-lebih dari kita. Mereka pula yang seolahnya menentukan kebahgiaan kita. Siapa kita untuk melawan takdir Allah ? 

Usia akak sekarang dah 38 tahun dik,tapi akak dan suami tak mengalah jika tiada zuriat sendiri kami menumpang kasih dari anak-anak ibu bapanya sudah tiada. Akak ambil anak angkat 2 orang dik ,Alhamdulilah dik dah besar-besar meraka. Mungkin ini hikmah dari Allah bahawa kami dapatkan kasih sayang dari orang lain yang kami jaga ,jika tidak siapalah yang mahu bela nasib anak-anak yang tidak beribu dan berbapa ini. Akak ikhlas dan anggap ini ujian Allah untuk akak sebagai hambaNya.

Akak kongsikan cerita ini kepada adik supaya adik siarkan dan bagitahu kepada semua wanita di luar sana supaya jangan menyerah kalah dan putus asa. Allah telah rancang segalanya dengan penuh teliti dan setiap apa yang berlaku bersebab. Dia sebaik perancangan dik , berusaha dan berdoa kepada Allah itu harus di lakukan dan berikanlah kasih sayang kepada mereka yang memerlukan perhatian kita juga.

Acik : Acik akan selalu doakan kesejahteraan untuk akak dan semua wanita di luar .Jangan cepat berputus asa dan jangan jadikan anak sebagai alasan untuk runtuhkan rumah tangga. Selagi boleh pertahankan ,tahanlah .

Catat Ulasan

14 Ulasan

Mummy MM berkata…
Kesianlah bila orang cakap orang tu mandul sedangkan dye belum ada rezeki lagu. Huhu.
Unknown berkata…
Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya.. Jalalboy
Khir Khalid berkata…
Betul tu setuju.. rezeki semuanya di tangan Allah swt. Kita tak layak utk menyatakan apa2...
Ismi Ana berkata…
Anak juga bukan penentu kebahagiaan. :)
Unknown berkata…
untuk kakak tersebut dan pembaca lain :

anak itu rezeki daripada Allah..walaubagaimanapun kita semua must be positive all the time n keep berusaha..InsyaAllah..ada jalannya..

mulut orang? filter lah dan jangan terkesan..jangan kita rosakkan imunisasi badan kita dengan kata2 mereka..abaikan saja..
Unknown berkata…
sikap org melayu mmg mcm tu. Suka lihat pd sesuatu yg obvious. Tak fikir sesuatu d sebalik. Trus judge pd yg terpampang depan mata. Then sebarkan mulut ke mulut. Gosip.!!
norhasnizakhalid berkata…
jangan suka mengata begitu, kita tak tahu cerita hujung pangkal.. anak itu adalah rezeki...
Lieya Von Jay berkata…
Orang melayu kebanyakan nya memang mcm tu,, mulut xdak insurans dan xreti kesian kat org... Kakak Kak liya dulu pon 5 tahun menunggu alhamdulillah di kurniakan zuriat kembaq sepasang lelaki dan perempuan.. harap akak long tu tabah dan sabar menghadapi ujian yg maha hebat ini
Unknown berkata…
Setuju sangat! sebab abang sulung saya yang dah berkahwin 11 tahun pun belum lagi dikurniakan anak. Tetapi masih sabar berusaha. masyarakat ni kena prihatin sikit dengan perasaan orang lain juga. Jangan main semborono ja cakap
Unknown berkata…
berkahwin biarlah ikhlas kerana Allah . selebihnya biarlah Allah yg tentukan ... ada org kahwin awal tapi x juga dpt anak . ada pula 40thn baru kahwin , trus jer dpt anak ... redha dan tawakkla je lah .
Blog Santai berkata…
Semuanya rahsia Allahkan Acik..manusia hanya perlu merancang, berdoa dan tawakkal...
Mar Mansor berkata…
setuju dengan Achik..tidak semua yang kita ingin,kita akan dapat..ujian buat kita semua..
paridah berkata…
rezki datangnya drpd Allah...bersabar n berdoa.