Assalamualaikum
SubhanaAllah, Allah Maha Besar, Hari nie penuh dengan kejutan yang sangat tak di sangka. Sangat terkejut sebenarnya serious. Acik sendiri tak pernah terfikir untuk semua ini berlaku,jika benar pekara nie terjadi tak sangka sebab ada juga mereka yang mengikuti perkembangan hidup acik. Mesti kamu semua nak tahu kan ? ataupon tak kisah langsung.. Tapi bila kamu semua baca nie mesti kamu juga terkejut.
Ini jujur dari acik, Aku tak pernah berjumpa dengan sarah, hanya 3 kali kami chatting. Dia ada comment di semua gambar acik. Dia like juga semua status acik. Dan dia memang selalu re tweet hampir semua apa yang acik tweet. Tak pernah acik terfikir untuk sampai ke tahap tu, sebab banyak lagi pekara yang perlu di pertimbangkan. Sebagai contoh :-
- Aku nak abiskan degree dulu dan cari kerja
- Aku nak bahagiakan mak dan family
- Kalau tercapai aku nak sambung master.
Dan banyak lagi, acik respect dengan apa yang sarah buat, tak salah dan acik hormati. Tapi banyak pekara yang perlu di pertimbangkan. Sedangkan sarah tak pernah tahukan tentang kehidupan acik, family acik dan perjalanan hidup ini. Mungkin sarah sekarang sedang di uji soal perasaan .Ini untuk hari ini mampu di luahkan di facebook . bagaimana pula jika hari seterusnya?? Cuba kamu baca yang di hantar di page facebook acik.
Melamar seseorang lelaki itu tak salah malah satu penghormatan tapi mesti kena dengan caranya. Kalau duk post di facebook untuk semua orang baca adakah itu wajar ? Acik cuma terfikir jika sesebuah perasan itu mudah di luahkan bagimana pula jika ada masalah yer ?
Dalam
agama Islam, tiada larangan untuk mana-mana jantina untuk melakukan lamaran.
Samada lelaki atau wanita, mereka layak dan boleh untuk menyatakan hasrat
masing-masing untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang mereka
berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.Malah di dalam sejarah
Islam, seorang wanita yang mulia dan banyak berjasa dalam dakwah awal Islam
telah melakukannya. Beliau ialah Ummu al-Mukminin Khadijah radhiAllahu
`anha binti Khuwailid. Beliau telah melamar seorang lelaki mulia, lagi
bijak, lagi amanah, lagi kacak, lagi jujur iaitu Muhammad sallAllahu `alaihi
wasallam untuk dijadikan suami kepada beliau.
Betapa
Khadijah tahu apa yang baik untuk dirinya. Beliaulah yang memulakan
lamaran apabila di sana terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki
yang layak dan bisa membimbing beliau. Dan ternyata perbuatannya itu
menghasilkan keberuntungan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.
Aah,
perbuatan melamar lelaki bukan sahaja boleh, malah telah dilakukan oleh seorang
wanita yang mulia dan ahli Syurga, iaitu Khadijah radhiAllahu `anha.
Mencontohi perbuatan orang-orang yang mulia dalam agama, insyaALLAH akan
menghasilkan natijah yang juga mulia.
Hahahhaa terkedu dan terkaku jadinya bila pekara nie berlaku, ini kali pertama berlaku dan acik anggap ini pekara yang indah pernah berlaku dalam hidup acik.
Untuk sarah :-
InsyaALLAH jodoh tak kemana, kita baiki diri dulu banyakkan muhasabah diri dan biarlah mengikut syariat islam. Jika ada jodoh kita insyaAllah, Kita hanya manusia biasa yang mampu merancang bagaikan gunung yang tinggi tapi siapalah kita untuk memastikan semuanya tercapai .Allah itu sebaik- baik perancangan.
Duhai ALLAH, mungkin ada silapku dalam tak sedar menyakiti hati orang lain dan pembaca blog akupenghibur. Sesungguhnya setiap kata-kata yang di taip di sini hanya sekadar nukilan dari hati untuk mereka . Tak pernah terlintas untukku di sanjung malah di kagumi. Semua darimu dan ku kembali kepadamu.
19 Ulasan
erm..untuk kes di atas.. maybe dia peminat misteri. Mungkin ada juga jodoh dgn dia.
Tapi mungkin kena kenal lagi rapat kot. Maksudnya kena saling kenal...
tapi in my opinion.. sis ni mcm naive je lagi. Apapun berhati-hati zaman sekarang ni. Ramai yg ambil kesempatan. Wallahualam.. just my 2 kupang.. hehhehe
jemput blogwalking n follow trus lah
www.bidadarigojes.blogspot.com
Satu keistimewaan buat Acik kerana dilamar perempuan :-)
eehemm...kalau boleh dptkan master, dulu ya acik
utk masa depan juga tu.....4 org ank ya...eermm
Mau visit blog aku ka? Download Apk Gratis