Ticker

6/recent/ticker-posts

Aplikasi MyTeksi Memudahkan Pengguna Menempah Teksi Menggunakan Smartphone



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tiada hentinya untuk kita. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dekat seminggu motor rosak, jadi rasa macam patah kaki, hilang satu nikmat yang Allah berikan. Dekat sini kawasannya agak susah sikit naik bas jadi teksi saje yang ada. Jadi setiap hari naik teksi dan tempat acik memang agak sukar untuk mendapatkannya lagi-lagi waktu puncak.

Jadi acik duk godeh-godek google play store terjumpa my teksi. Eh apa plak tu my teksi ? 

My teksi adalah aplikasi android untuk kamu menempah teksi untuk perjalanan kamu. Memang sangat mudah dan acik dah gunakannya. 



MyTeksi is a Malaysian startup that aims to revitalize the taxi industry. We want to improve the safety and efficiency of our town taxis by leveraging on advancements in GPS and mobile technology. As a social enterprise, and we believe that business and social value can be achieved in parallel.
Mulanya sangsi juga tetapi apabila cuba untuk pertama kali memang berjaya dan cepat untuk dapat teksi. Kamu akan dapat lihat teksi yang berdekatan dengan kawasan kamu dengan mudah dan kamu dapat menetapkan perjalanan kamu dari ke mana dan mahu ke mana. 

Amaran !!

Pastikan gunakan aplikasi ini mesti ada internet dan aktifkan GPS.

Okey mari acik tunjukkan cara-caranya untuk membuat penempahan my teksi 

langkah Pertama : Pastikan install aplikasi my teksi dan setelah itu tetapkan perjalanan kamu



Selepas itu klik book now dan akan di tertera lingkungan harga dan jarak perjalanannya kamu ke destinasi .




Okey selepas itu akan keluar paparan tempahan berjaya




Dan akan di berikan tracking driver teksi yang akan datang menjemput kamu di lokasi.




Alarm akan di berikan untuk menyatakan teksi sudah sampai.



Masa untuk pergi !!


Akhir kata memang senanglah guna aplikasi ini dan untuk dapatkan diskaun RM 5 letakkan driver referral ID ( Eb51c3)



Catat Ulasan

14 Ulasan

salam acik, lama dah tak naik teksi...serius lama gila... ha ha ha, tapi bolehlah di saat waktu-waktu terdesak who knows kan? nanti bolehlah cuba-cuba guna aplikasi ni...
Blog Santai berkata…
Thanks Acik..teringat nak gi airport baru ni...tak ada teksi...punyalah susah..harap-harap bila dah ada applikasi ni nanti..tak perlu tunggu lagi..
Maria Firdz berkata…
Dah lama x naik teksi...
wah sambil2 kita bersiap teksi pun dah ada depan rumah kan..
mudah dan save
Mar Mansor berkata…
saya baru tahu ni..memang boleh diguna pakai.. aplikasi juga sangat membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan teksi di saat akhir..ada diskaun pula tu
yaya_flanella berkata…
Lama tak naik teksi. But nice sharing acik!
I N A A I N A A berkata…
masa ena stay kat shah alam dulu, selalu guna My Teksi ni. Memang sangat mudah dan selamat.
edisi berkata…
dah lama sangat tak naik kenderaan awam especially teksi....nampaknya aplikasi ni sangat bagus untuk dicuba...
Khir Khalid berkata…
Mmg mudahlah.. baguslah. Salah satu cara menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Thanks sharing Acik.. :)
Teruskan Hidup berkata…
dah lama saya tak naik teksi..terima kasih perkongsian bermanfaat ini. Lain kali boleh guna kot2 nak naik teksi
BinMuhammad berkata…
Teksi dan bas...dah lama xnaik. Aplikasi ni sgt berguna bagi mereka yg memerlukan.
paridah berkata…
best ni untuk kemudahan awam..
Nadia Johari berkata…
memang mudah macam ni..senang untuk mereka yang selalu guna teksi..