Gambar Hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilahlah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semalam acik dapat satu pengalaman yang bermakna dalam hidup acik di mana acik di jemput oleh sebuah pertubuhan yang memberikan pendidikan secara percuma di jalanan. Ianya di sertai oleh seramai 15 orang dan acik akan cerita lebih lanjut kemudian nanti. Ketika itu acik sedang makan tiba-tiba acik di dekati oleh seorang remaja belasan tahun.
Remaja Lelaki : * sambil mendekatkan diri dengan acik dia berkata " abang nak tanya boleh tak ?
Acik : ehh kenapa pula tak boleh, tanyalah ?
Remaja Lelaki : abang rasa saya boleh masuk syurga tak ?
Acik : kenapa tak boleh pula ? semua orang boleh masuk syurga termasuk kamu.
Remaja Lelaki : betul ke bang ?
Acik : betul tu, tapi kena usaha lebih sikitlah, kita kena jadi muslim yang sejati.
Remaja lelaki : tapi boleh ke orang jahat macam saya masuk syurga ? saya banyak dosa bang, adakah Allah akan ampunkan dosa saya ?
Acik : Allah itu Maha Mengasihani dan Maha Penyayang, Dia akan ampunkan hamba-hamba yang benar-benar bertaubat kepadaNya.
Remaja Lelaki : Tapi bang, saya pernah mencuri barang orang tapi niat saya baik bang.
Acik : Niat baik, maksud adik ?
Remaja Lelaki : Mak saya sakit kat rumah, saya tak ada duit , saya terpaksa mengambil sisa bekas makanan orang dan kadang saya terpaksa mencuri makanan.
Acik : Ya Allah yeke, mak kamu sakit apa ?
Remaja Lelaki : Mak saya lumpuh di sebabkan kemalangan yang lepas, kami tak duit, saya dan adik saya kutip kotak untuk jual tapi kalau hujan memang susah nak dapat kotak. Saya takut Allah marah dan tak sayang pada saya.
Acik : Allah itu tak kejam dik, mungkin ini salah satu Kasih Sayang Allah pada adik dia jumpakan kita. Rumah adik kat mana ? abang nak tengok mak adik.
Terkejut acik lihat keadaan maknya yang terbaring tak terdaya, Ya Allah kesiannya. Alhamdulilah kami mampu tolong yang termampu sahaja. Kami telah pun hantar maknya ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan
Pada usia 14 tahun anak-anak kita belajar tetapi tidak bagi adik Ikram. Dia terpaksa menjaga ibunya yang sakit termasuklah memandikan ibunya, memberi makan dan mencari nafkah. Ayahnya telah meninggal dunia kerana DADAH . Setahun yang lepas ibunya terlibat kemalangan motorsikal ketika balik dari kerja. Dan kini ibunya hanya mampu terbaring dan terdaya.
Ya Allah ketika aku enak sedang makanan yang sedap ada sebahgian dariku yang sangat memerlukan makanan.
Ketika aku dapat tidur dengan lega , ada sebahgian dariku tidurnya beralaskan kertas
Mereka sangat memerlukan pertolongan MU ya Allah, bantulah mereka ya ALLAH permudahkan urusan mereka dan jagalah iman dan akhlaknya YA Allah
Ramai yang PM acik nak tahu lebih lanjut lagi, keluarga ini sekarang di bawah pantauan dan di minta untuk tidak di dedahkan identitinya. Acik akur dengan permintaan keluarga ini, semoga Allah marahmati keluarga ini.
Ramai yang PM acik nak tahu lebih lanjut lagi, keluarga ini sekarang di bawah pantauan dan di minta untuk tidak di dedahkan identitinya. Acik akur dengan permintaan keluarga ini, semoga Allah marahmati keluarga ini.
12 Ulasan
boleh share alamat tak?
allahuakbar,tersentuh jiwa...
touching .... tak mampu nak berkata2..
mselim3