Ticker

6/recent/ticker-posts

Fahami Dan Belajar Dari Kesilapan Yang Telah Kita Lakukan

belajar dari kesilapan
belajar dari kesilapan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernyawa di atas muka buka bumi Allah yang ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setiap manusia tidak lari dari kesilapan dan kesalahan. Hari-hari kita buat salah dengan Allah dengan sesama insani dan mahupun dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Kadang kita tak sedar kesalahan yang kita lakukan, pada kita itu biasa tetapi pada orang lain itu pekara yang luar biasa. 

Kadang kita cakap lepas jer, dalam tak sedar kita kita telah sakiti orang lain.
Kita terambil barang orang terlupa nak pulangkan dan last sekali jadi harta benda kita.
Kita termengumpat kawan-kawan kita.
Kita terlupa nak bayar hutang kawan-kawan kita/ bukan buat-buat lupa.
Kita bergurau tapi orang lain anggap itu satu penghinaan untuknya , mana kita tahukan.

Pelbagai situasi yang terjadi dalam kita tak sedar, begitu juga acik tak lari dari lakukan kesalahan dan kesilapan. Setiap hari muhasabah diri . Ada ketika juga kita tahu tindakan kita salah tetapi kerana ego mengawal kita jadinya kita tak mahu mengakui kesalahan tersebut. Ahh itu semua bukan salah aku !!

Memang sukar untuk mengatakan ayat ini“Aku telah bersalah. Aku meminta maaf atas tindakan yang telah kulakukan dan berharap kamu dapat memaafkan aku.”

Sama halnya walaupun seseorang sudah dapat menahan rasa sakit akibat kesalahan yang dibuat orang lain, memaafkan orang tersebut juga bukan perkara mudah. Rasa yang terguris seolah tak dapat lepas dari ingatan dan terus membekas dalam hati. Dalam sebuah judul lagu disebutkan, “Forgiven not Forgotten”. Aku memaafkan tapi aku tidak dapat melupakan kesalahanmu. Apakah ini yang dinamakan memberi maaf?

Urusan meminta dan memberi maaf yang sukar ini tidak hanya terjadi antara seseorang dengan lingkungan sosialnya. Tetapi ianya ada juga seseorang sukar meminta dan memberi maaf kepada orang-orang terdekat yang hidup serumah sekalipun. Seorang anak sukar memaafkan orangtuanya, seorang suami tak mahu meminta maaf kepada isterinya, seorang adik tidak dapat melupakan kesalahan abangnya.

Jadilahkamu seorang pemaaf

Agama mengajarkan kita agar dengan lapang dada memberi maaf kepada orang yang telah berbuat salah. Bagaimanapun juga manusia sering lupa dan khilaf. Memberi maaf kepada orang atas ketidaksengajaannya adalah keutamaan buat orang yang sempat tersakiti. Dan memberi maaf atas tindakan buruk orang lain juga sebuah keutamaan jika itu bisa dilakukan.

Rasulullah mengajarkan kepada kita untuk sentiasa bersifat pemaaf. Ketika beliau melewati jalan dan sering diganggu oleh orang yang tidak suka dengannya, beliau selalu memaafkan. Sampai akhirnya ketika orang yang suka mengganggu itu sakit maka Rasulullah adalah orang pertama yang datang menjenguknya. Jika kita bicara sejarah lain dikisahkan bagaimana Nabi Muhammad mendapat perlakuan yang buruk dari masyarakat Thaif, sampai-sampai malaikat datang dan menanyakan apakah perlu masyarakat yang berlaku buruk tersebut dihukum, Nabi meminta untuk memaafkan mereka karena mungkin mereka belum tahu.

Ye acik tahu itu Nabi Muhammad , kita manusia biasa. 

Tetapi fahamidan  belajarlah untuk memaafkan dan jangan biarkan hati kita di biarkan titik hitam kerana dendam kita.Kepada kita-kita yang pernah melakukan kesalahan, belajarlah dari kesalahan tersebut dan memahami apa yang berlaku sebenarnya .
  • Belajar dari kesilapan memerlukan empat perkara:
  • Meletakkan diri kamu dalam situasi di mana anda boleh membuat kesilapan yang telah kamu lakukan
  • Mempunyai keyakinan diri untuk mengakui kepada mereka
  • Menjadi berani untuk melakukan perubahan
  • Meminta ampun dan maaf kepada Allah dan kepada orang yang kita lakukan kesalahan 
Adapun memaafkan kesalahan orang lain adalah sangat dituntut dalam Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

Ertinya : "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " ( An-Nahl : 126 )


Allah SWT berfirman bermaksud:
Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah asy-Syura, ayat 40).


Daripada Uqbah Amir, dia berkata:

 “Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Uqbah, bagaimana jika aku beritahu kepadamu mengenai akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama?” Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi terhadap orang yang tidak mahu memberi kamu dan maafkanlah orang yang menzalimi dirimu.” (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baghawi).


Catat Ulasan

12 Ulasan

Maria Firdz berkata…
Memaafkan itu sukar, tapi org yg memaafkan hidupnya tenang dan bahagia...
Tanpa Nama berkata…
Jadilah seorang pemaaf ye..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

terima kasih achik.... suka pulak baca entry nie... kena saling memaafkan kesalahan orang lain.

mselim3

pls: sekalipun sukar untuk memaafkan...
Khir Khalid berkata…
Manusia mmg tak pernah lari dari kesilapan.. semoga kita sentiasa mampu memaafkan segala kesilapan & memperbaiki kesilapan yg berlaku, in shaa Allah.. T kasih atas perkongsian Acik.
Unknown berkata…
Saya pun tengah belajar untuk menjadi seorang yang pemaaf dan elajar dari kesilapan. Muhasabah diri dahulu sebelum menuding jari menuduh prang lain yang salah
Fiza Aizzawa berkata…
semua orang akan buat silap dan kita bukannya sempurna.. dari kesilapan kita belajar dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yg sama sekali lagi...
paridah berkata…
MEMAAFKAN ITU SGT BESAR GANJARANNYA....
Blog Santai berkata…
Memohon maaf dan memaafkan itu adalah sifat terpuji...setiap hari sebelum tidur maafkan mereka-mereka yang ada tersilap dengan kita. Samada kita tau atau tidak..then bila kita bangun pagi..semuanya In Shaa Allah akan baik-baik belak..
saya belajar dari seseorang... kita akan diuji dalam hidup kita sebanyak dua kali sama ada penyesalan pada kali yg pertama tu betul2 kita maksudkan... tapi saya setuju kita perlu belajar kalau kita buat silap... itulah yg mendewasakan kita... tua tu harus tapi dewasa itu pilihan
SalbiahM berkata…
Betul tu. .bukan senang nak melupakan. Mulut kata dah maaf tapi selalu je hati dok teringat. Huhuhu