Ticker

6/recent/ticker-posts

Karnival Upin Ipin PICC, Putrajaya Mengecewakan ?


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Siapa sudah pergi karnival Upin Ipin di PICC ,Putrajaya. Apa perasaan kamu ?

Seriously acik rasa kecewa dengan penganjur karnival tersebut. Acik datang bersama team untuk laksanakan tugas dan sebagai salah seorang peminat kartun upin ipin tersebut.

Pertama : Parking yang terhad.

Sememangnya seperti di jangka bahawa karnival ini pasti akan mendapat sambutan. Pihak Les Copaque memikirkan alternatif lain. Terpaksa parking jauh dan kereta parking bersepah-sepah sehingga menggangu lalu lintas.Di masa yang akan datang harap dapat pilih tempat yang bersesuaian.

Kedua : Dewan yang kecil.

Dalam satu masa yang sama beribu-ribu masuk dengan serentak. Ya Allah , sangat sesak hingga sukar untuk jalan. Acik menjadi salah seorang mangsa tolakkan hingga terjatuh. Dewan itu tidak besar untuk memuatkan 5000 pengunjung . Saranan buat di lokasi yang luas dan terbuka.

Ketiga :Booth di dalam dewan.

Dalam kesesakan orang yang ramai di dalam dewan yang sama ada booth di letakkan. Memang crowded dan ruangan bertambah sempit. Lebih elok kalau di letakkan di luar dari dewan. Tidaklah terlalu sesak .kaunter untuk bayaran kat situ segalanya kat dalam dewan memang terlalu sesak

gambar dari facebook picc

Keempat : Tidak nampak apa.

Sama ada anak-anak mahupun datang ke sana tentulah nak tengok upin ipin. Lepas tu hanya mereka di depan sahaja yang dapat tengok jelas. Belakang memang tak nampak , ramai anak-anak menangis sebab tak dapat tengok. Ibu bapa terpaksa mengangkat anak-anak mereka di bahu. Lebih elok kalau letak juga screen di kanan dan kiri. Sekurangnya yang belakang dapat tengok.

Kelima : Kehilangan kanak-kanak.

Pengumuman demi pengumaman memberitahu anak hilang dan ibu bapa cari anaknya. Kerana terlalu sesak hal ini berlaku. Yang datang anak-anak kecil, mereka berasak-asak dan ramai anak-anak yang menangis sana sini.

Ramai anak-anak kecewa tak dapat tengok upin ipin dan ultraman serta ibu bapa yang mengeluh.

Acik menaip ini bukanlah ingin memburukkan karnival ini. Malah bangga produk malaysia bertaraf antarabangsa dan acik harap penambahbaik di masa-masa akan datang. Biar mereka yang datang berpuas hati dan pastinya terus menyokong upin ipin. Semoga pengajur memikirkan pelbagai aspek. Ini sekadar luahan dari ini salah seorang pengunjung yang datang ke sana.

Catat Ulasan

30 Ulasan

paridah berkata…
assalam...moga tulisan acik menyedarkan kesilapan pihak penganjur...upinipin kan produk kbanggaan Msia jika semua tulisan di media senada dgn acik tentu menjejaskan reputasi penganjur...
Lan Careno berkata…
Alhamdulillah sbb lan x terfikir pun nak ke sana wpun akiff peminat upin ipin gak... malas nak bwk ank bersesak2...
fahmy berkata…
Aah..setuju.. crowded yg boleh dielakkan sbnrnya... penganjur nk kena babap nih.. letih parking jauh seh..
Mama Kembar Tiga berkata…
Yup, venue tak sesuai & tak ada crowd control tu yg jd lagi haru biru tu. I pun terpaksa angkat anak atas bahu bahu sbb kesiankan anak nak tgk sgt ultraman. berat anak dkt 20 kg tu, sakit badan... hari ni terus demam huhuhu

http://mamakembar3.blogspot.com/2014/11/sedikit-terkilan-di-karnival-upin-ipin.html
Tanpa Nama berkata…
Setuju 200%..pengalaman pertama yg sgt mengecewakan
I N A A I N A A berkata…
Ramai juga yang meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap karnival upin dan ipin ni. Hope akan datang, pihak penganjur dapat touch up lagi yang mana kurang tu
Sha Nazri berkata…
Nasib baik x pegi..dh agak msti bersesak2
SalbiahM berkata…
ye ke...nasib baik tak pergi..huhuhu.patutnya buat kat stadium dan sediakan shuttle, so orang tak payah drive..harap-harap dapat diperbaiki
Ahlam Miera Shafie berkata…
patutlah ramai yang post pasal kekecewaan karnival nih.. huhuhuhu
Unknown berkata…
Booth tuer kena letak luar dan sediaakan kerusi sedikit.baru luas jadinya.
Siti Sharini berkata…
semoga lain kali penganjur lebih sedar..anak2 kecil lagi memang xkan bawak tempat sesak takut hilang huhu
Emas Putih berkata…
tgk mmg banyak yg komplen
budakbandunglaici berkata…
PICC pun kecik lagi ke? BBL nak ajak jugak adik2 pergi tapi fikir mesti penuh gilernye. haha nasib baik tak pergi
Akupenghibur.com berkata…
kalau keseluruhan PICC memang besar.. tapi itulah kerana pada yang sama ada 2 event lain.. jadi lebih crowded
Blog Santai berkata…
Wah sesaknya..memang tak pergilah kalau macam ni..dia orang tak expect ramai macam tu kot..
Khir Khalid berkata…
Susah mcm ni kpd pengatur acara bila bnyk perkara tak terjangka berlaku kan hhmmm...
Shahrul Yusof berkata…
Setuju dengan pendapat Acik. Kira ni feed back kepada penganjur la jugak ni. Mungkin penganjur tak expect pengunjung yang hadir terlalu ramai.
Unknown berkata…
Ada juga baca luahan hati kawan2 di fb berkenaan dengan karnival nie... rata2 komplen menda yang sama dengan apa yang acik tulis tu... kasihan anak2 kecil yang hampa hatinya tak dapat melihat upin ipin walau dah datang jauh kan... :(
adarain berkata…
Mungkin ini kali pertama kali dianjurkan dan penganjur menyangka bahawa statistik orang yang datang mungkin tdaklah begitu ramai. Melihat situasi yang berlaku, saya percaya penganjur akan memperbaiki kelemahan yang ada berkenaan dengan kejadia tersebut.

http://www.adarain.com/
eerrmmm,
diharap selepas ini ada perubahan...
Maria Firdz berkata…
Tak teringat pula nk pergi... Tapi ramai juga review pasal ni... Mgkin perlu diperbaiki masa akan dtg...
Unknown berkata…
Nasib jauh..kalau x nak pergi jugak cadangnya..huhu

www.bidadarigojes.blogspot.com
Nyna nieyna berkata…
siyesly kesian sangat dekat mereka yang datang tu .. lagi2 anak2 kecil yang teringin sangat nak tengok pastu datang macam tu je tak dapat tengok apa2 ..
Tanpa Nama berkata…
Kesian pada pengunjung²..
Unknown berkata…
bila dah nama karnival mmg xleh buat apa ler.
kompom crowded.
tambah pulak babitkan upin ipin dan otomen.
bkn kanak-kanak je minat,
orang besar pun xcited.
mrspuex berkata…
banyak yang perlu dibaiki.. saya pon antara yang bersesak semalam..masuk 5 minit kemudian kluar balik sebab sesak napas ekon x dpt menampung kepadatan manusia.. parking subhanallah jauh sangat sangat..kene menapak naik bukit plus panas ya haamaatt, msuk dewan nampak kepala manusia ye..

sementara temper mak pak lom mendidih, kami beransur dulu..kecewa memang kecewa tp keselamatan anak2 lebih utama..

paling sedih xde tempat menyusu bagi yang breasfeed..toilet beraturr panjang padahal anak anak kecil mane pandai nak tahan terkucil..sadihh btol..
lynmunir berkata…
Akak kalau tempat yang dah confirm sesak memang tak akan pergi,sebab tak mau jatuh
pitam kat sana nanti.
fyna ahmad berkata…
yeke? fyna tak pergi pun. ramainya yang kecewa ye. mungkin pihak penganjur akan buat post mortem dan buat yang terbaik lepas nih.

p/s : dah lama tak singgah blog acik. acik sihat?
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah.. makin bertambah sihat