Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketenangan Hati adalah Harta Paling Berharga

gambar hiasan 
Assalamualaikum


Kadang-kadang kita bahagia di luaran ,mampu tersenyum lagi tapi dalaman siapa yang tahukan,aahh teringat pula di kelas tadi tentang perdebatan tentang soal hypocrite, Hahahaha kadang kala manusia nie jadi hypocrite untuk menjaga hati orang lain ataupon nampak yang dia baik. Kadang kala memang baik tapi ada kesan negative nya maka lebih baik jadi diri sendiri.Dan lebih baik jika kita bersikap Jujur walaupon memang pahit untuk di terima tapi itulah yang akan memberi kesan terhadap hidup kita. 

Rasa dalam hidup kita ,mesti kita mahu ketenangan , kalaulah ketenangan itu ada di jual di kedai mesti berduyun-duyun orang yang datang mahu membelinya. Kalau ada orang cipta alat untuk mendapatkan ketenangan mesti alat itu akan laris di pasaran . Tapi kenapa pentingnya ketenangan itu pada kita ??

Pernah tak dalam hidup di mana kita di uji dengan masalah yang berat di mana kita hanya mampu meratapi , tergamam dan terpaku. Kita rasa dunia ini sudah berakhir, siang yang terang bagaikan berubah menjadi malam gelab gelita dan suka dan riang menjadi sendu di dalam diri kita.Fikiran melayan dan serabut bila berhadapan dengan masalah yang rumit .Tangan terkapai-kapai mencari pertolongan dari yang lain. Di saat itu , mencari bahu untuk bersandar dan mencari penyejuk hati untuk menghilangkan gundah gelana. Di manakah ketenangan itu ?? adakah pada rakan-rakan, pasangan ??

Namun apa yang kita dapatkan hanyalah rasa hampa dan sedih kerana tiada lagi bahu yang cuba datang mendekat, tiada lagi kata-kata nasihat , tiada lagi penglipur lara untuk kita . Sedangkan hati kita terhimpit dengan pelbagai masalah yang di rasakan tiada jalan keluarnya dan otak menjadi buntu.

Sungguh, kita terasa ingin lari jauh hingga ke hujung dunia. Jauh. Kemana-mana saja. Asalkan kita terlepas dari belenggu yang menyesakkan fikiran ini. Kita mahu mencari sesuatu. "Ya Allah, berikan aku KETENANGAN". Ya, tiada apa yang lebih kita inginkan, tiada lain yang kita perlukan saat ini, melainkan KETENANGAN. Kita ingin Allah pinjamkan kita ketenangan, biarpun seketika, biarpun hanya sedetik cuma.

Kita cuba memujuk hati yang walang, cuba mencari ketenangan yang diimpikan. Pergi bercuti untuk menenangkan fikiran. 'Window shopping'. Keluar berhibur dengan rakan-rakan. Bermacam-macam cara kita mencuba, namun gundah jiwa kita masih tidak berkurang, dugaan yang menimpa tidak juga surut, malah makin menyesakkan fikiran. 

Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapa, melainkan Allah swt. Manusia tidak dapat memberikan ketenangan, harta bertimbun bukan syarat memiliki ketenangan, paras rupa bukan juga tukaran ketenangan, keluarga dan sahabat bukan jaminan, kerana di sinilah terletaknya keadilan dan keagungan Allah swt.

Kekayaan tidak menjanjikan ketenangan dan kebahgiaan. Si Kaya hidupnya tak menentu kerana takut orang merampas hartanya.


Andai saja ketenangan itu mampu dibeli oleh si kaya, maka bagaimana dengan mereka yang miskin? Kalau ketenangan itu syaratnya kecantikan rupa paras, maka bagaimana dengan si hodoh? Sekiranya ketenangan itu pada pangkat yang tinggi, bagaimana pula dengan si hamba? Andai ketenangan itu pada kaum kerabat dan keluarga, bagaimana dengan si yatim piatu yang tidak punya sesiapa? Maha Adilnya Allah swt. 


Indahnya, Allah meletakkan ketenangan pada hati-hati yang dekat denganNya, firman Allah: “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fath: 4.)

Dan ketenangan yang kita dapatkan juga adalah melalui solat iaitu ketika sujud. Disitu ketenangan yang kita akan dapatkan. Banyakkan berzikir kepadaNya , lihat keindahan ciptaan ALLAH dan tidak di lupakan membaca Al Quran dan memahaminya merupakan salah satu cara mendapatkan ketenangan.

Mak selalu pesan amalkan Surah Al Hud (Hud) .  Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barangsiapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barangsiapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

Catat Ulasan

27 Ulasan

Unknown berkata…
assalamualaikum achik..
sy stuju.. ketenangan tu saaaangatt berharga...
tidak dijual di pasaran..
dan ketenangan tidak dpt dikecapi tanpa mengingatiNYA

do follow my new blog :)
http://travelog-dakwah.blogspot.com/2014/11/blog-post.html
Umie Amirain berkata…
dengan berserah kepadaNya, segala yang datang akan boleh dihadapi dengan tenang...insya Allah
mrs berkata…
first time tinggal komen kat ruangan nie...
entry yang sangat best..pernah merasai perasaan tu
hanya DIA tempat kita mengadu...alhamdulillah syukur kini lebih tenang dari sebelum ni
alhamdulillah...akak tidak dijadikan seorg yg kaya...
tapi kaya dgn budi bahasa insyaallah...
mudah-mudahan Allah Swt memberi kita ketenangan walaupun,
sekrg nie jiwa pun tgh bermasalah...
insyaallah akan dihadapi dgn sebaik yg mungkin....
thanks,bila baca entry ni pun dah tenang sgt2...
Unknown berkata…
insha Allah akan cari ayat dari surah al hud itu . terima kasih share ...
paridah berkata…
ketenangan jiwa kebhgiaan hidup...
Anizz Annisa berkata…
thanx acik perkongsian ini.. :)
Hanis Amanina berkata…
insyAllah, berpegang dgn ayat quran yg bermaksud, dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang :) mudah2an Allah bantu semua urusan kita

hanisamanina.com
Khir Khalid berkata…
Setuju... ketenangan hati adalah puncak kejayaan utk kesejahteraan di dunia & akhirat. T kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat ini. Semoga Allah sentiasa memberkati Acik.. aamiin.. :)
Blog Santai berkata…
kalau jiwa kita tenang semuanya terserlah kan Acik..Itulah nikmat sebenar pemberian Allah...
I N A A I N A A berkata…
Setuju sangat.. memang hati yang tenang ni sangat bernilai.. semua kerja berjalan dengan lancar..
Tanpa Nama berkata…
selagi kita masih dan sentiasa mengingati allah swt, semuanya akan dipermudahkan.
fyna ahmad berkata…
setuju dengan acik. terima kasih dengan perkongsian ini.

p/s : dah lama tak singgah blog acik.
kuchalana berkata…
setuju bro..ketenangan itulah yang sebenarnya manusia cari...buat apa ada harta berjuat jika jiwa tak tenang
Ismi Ana berkata…
Nice sharing. Thanks acik atas perkongsian ni. Mahal betul rasa tenang ni kan..hanya orang yang sabar & redho je dapat rasa ketenangan.
Fiza Aizzawa berkata…
zikir yang dapat tenangkan hati..
bila jiwa tak tenang... mengadulah dengan Allah walaupun nampak remeh atau apa yg kita nak mengadu tu adalah benda salah di sisi agama kerana Allah akan berikan jalan keluar yg kita tak sangka2... mengadu dan mengadu dan mengadu... berdoa pun satu cara mengadu...
Unknown berkata…
Setuju dengan pendapat Achik..ketenangan jiwa yang paling best ialah bila berzikir, terasa damai ja hati
Shahrul Yusof berkata…
Hati yang tenang ni tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Selalu kita dengar orang yang kaya pun selalu rasa tak puas dengan hidupnya sebab hatinya tidak pernah tenang walaupun harta kekayaannya menimbun.
Maria Firdz berkata…
Nice entry... Boleh amalkan tu surah Hud ...
akmal rusydi berkata…
setiap orang akan ada masalah yang boleh mengganggu emosi. di saat itulah kebergantungan kita kepada Allah sangat penting untuk mendapatkan ketenangan. Zikir adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan ketenangan
Sham berkata…
Salam pkenalan...

Sy dh temui ketenangan sekarang ni... Alhamdulillah...
Unknown berkata…
Betul tu acik akak setuju...bila hatidekat dgn Allah..tak perlu cantik atau kaya untuk tenang...ketenang anugerah yang tak ternilai x mampu di jual beli dan diberikan oleh sesiapapun kecuali diberikan oleh yang Esa.
Unknown berkata…
Terima kasih Acik...lepas ni boleh cuba amalkan ayat-ayat daripada surah Hud pula..
Nadia Johari berkata…
ketenangan tu memang best..