Ticker

6/recent/ticker-posts

Perancangan Allah Itu Tepat Pada Masa Dan Keadaan

gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita memang tak akan lari di uji dan terus di uji. Kekayaan, kemiskinan, cantik, sihat, kesakitan dan pelbagai lagi adalah ujian untuk kita.


Ianya adalah untuk melihat kejauh mana kita beriman kepadaNya dengan takdir yang telah di tetapkan. Tapi pernah tak terfikir tak semakin kita di uji semakin kita dekat dengan Maha pencipta. Kita menyebut namaNya dan kita berdoa kepadaNya. Allah sayang kita sebab itu Dia uji kita.

Kita sering kali ungkapkan bahawa "kalaulah dapat di putarkan waktu aku nak ubah segalanya " " kalaulah aku dapat kembali masa silam pasti aku ubah segala kesilapan aku "

Memanglah jika di ikutkan hati kita ingin ubah segalanya pekara yang buruk terjadi pada kita. Tetapi jika kita mampu ubahnya adakah akan menjadi lebih baik ataupun semakin teruk ?

Allah adalah sebaik perancangan untuk hidup kita. Dia Maha Mengetahui segalanya dan segala perancanganNya adalah penuh dengan teliti. Dari kesilapan yang lepas itulah kita mampu bertahan hidup dan belajar dari kesilapan untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Ayat 54 Surah Ali-Imran, yang bermaksud  “Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"


Walaupun ayat Surah Al-Imran itu ada pengertiannya yang tertentu (yang hanya boleh dihuraikan oleh ahli tafsir setelah mengambil kira ayat-ayat sebelumnya dan selepasnya dan segala hal keadaan sewaktu ayat itu turun diwahyukan kepada Rasulullah), saya kira maksudnya secara umum boleh diaplikasikan oleh kita untuk semua keadaan di sepanjang zaman.


Dalam hidup ini juga, setiap dari kita pasti tak pernah terlepas dari sebuah penantian. Si pelajar menanti keputusan peperiksan, si graduan menanti sebuah pekerjaan, si teruna menanti jawapan persetujuan si dara, si ibu dan ayah menanti kelahiran sang cahaya mata dan berbagai-bagai lagi contoh yang kita sendiri pernah hadapi…Tapi, pernahkah kita sedar, dalam sebuah penantian, ada bicara sabar dan ikhtiar yang mengiringi? Ada bicara redha dan tawakkal yang menemani? Menanti bukan hanya menopang dagu sambil menggoyangkan kaki…sebaliknya, biarlah penantian itu penuh dengan rencah-rencah usaha untuk mendapatkan lazatnya pengakhiran jawapan..Alangkah indah andai penantian itu dihiasi dengan doa dan pergantungan yang total kepadaNya…Alangkah indah andai penantian itu disulam dengan pengharapan dan tekad untu beroleh redhaNya.

Justeru, andai kenyataan tidak semanis yang diimpi di penghujungnya, kita masih mampu mengukir senyum dengan  cebisan pahala yang dikumpu.Andai takdir tidak seperti yang diidamkan, kita masih mampu berlapang dada dengan hikmah di sebalik realiti yang muncul…Sungguh, kita tidak tahu, sedang Dia Maha Tahu.
.”…Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. (Luqman, 31:34 )


Manusia itu merancang dengan cita, tapi Allah merancang dengan cinta pada hambaNya. Sungguh, Dialah sebaik-baik perancang.Sebuah penantian dan segala yqng berlaku penuh dengan hikmah walaupun kita tak menduga.

Catat Ulasan

19 Ulasan

PCL berkata…
Sentiasa menati dengan sabar apa yg dicitakan, masih mencari redha dan rahmat Ilahi. salam hujung minggu achikn
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Allah adalah sebaik2 perancang..perancangan Allah itu pasti...
lynmunir berkata…
Perancangan Allah itu adalah pasti. Perancangan manusia masih boleh diubah lagi.
Gee Lion berkata…
Tiada penantian yg sia-sia, ye?
Hurmm..
Asha Lya berkata…
Setiap yg Allah uji pasti ada hikmahnya
Jari Manis berkata…
jika kita di uji itu tanda Allah sayang
Azwar Syuhada berkata…
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. :)
BinMuhammad berkata…
Ya... Perancangan Allah itu tidak pernah terlewat atau tercepat tetapi sentiasa tepat pada masanya. Yakinlah...
norhasnizakhalid berkata…
Ya, mama redha atas perancangan Allah... Acik juga, mama harap tabah dalam mengharungi kehidupan ye...

Mama Niza
kuchalana berkata…
kadang2 perancangan kita terlalu lemah..segalanya kita bergantung kepada-NYA
Khir Khalid berkata…
Sememangnya perancangan Allah itu adalah yg sebaiknya.. Allah Maha Mengetahui.. Allah Maha Besar..
Unknown berkata…
http://travelog-dakwah.blogspot.com/
paridah berkata…
perancangan Allah yg terbaik...
Unknown berkata…
Memang perancangan Allah yang terbaik dan datang tak disangka2 tepat pada waktunya
Allah Swt adalah segala-galanya...
akak mmg suka dgn ujian dari Allah Swt...
bila kita diuji, berdoalah setiap hari minta padanya...
INsyaAllah akan dimakbulkan...Amin
Anizz Annisa berkata…
perancangan Allah juga yg terbaik.. :)
Maria Firdz berkata…
Allah tahu apa yg terbaik utk kita...
Unknown berkata…
perancangku x sama dengan perancangan Allah...
Ku tunggu saat itu..diamana yang terbaik untuku... Ku redha dengan setiap pemberianya..ku syukuri apa yg kumiliki