GAMBAR HIASAN |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW. Keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan, lagi-lagi sekarang menjadi viral beberapa video yang di muat naik di laman sosial berkaitan buli, gangsterism dan sebagainya.
Sebagai orang dewasa kita perlu ambil peduli dan mencari jalan penyelesaiannya bukannya tuding jari pada mana-mana pihak. Semua pihak harus mainkan peranan masing-masing. Acik pernah lalui zaman usia remaja muda dan tiada pendedahan maklumat dan kurangnya penjelasan dari orang dewasa. Jadi perasaan ingin tahu sangat membuak dan ingin mencuba sesuatu yang baru sangat di gemari.
Sebelum di bahas lebih lanjut, kita mulakan pada permulaaan awal akil baligh seseorang remaja itu. Permulaan usia remaja menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan dunia) adalah 12 sampai 24 tahun. Apabila melangkah alam remaja, individu akan mempelajari cara–cara menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. Bermula dengan proses penyesuaian pada bentuk dan perasaan yang ada pada tubuh dan kemudian penyesuaian dengan manusia dan situasi yang berlainan. Selepas itu, barulah mereka akan melangkah ke alam remaja dewasa. Fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan berlaku secara tiba-tiba. Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan organ seksual akan menimbul dalam perubahan fizikal remaja. Bagi remaja lelaki mereka akan mengalami suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi basah dan sebagainya.
Ketahuilah bahawa di tahap ini mereka di minta penuh dengan pertanyaan dan persoalan. Sebab itu mereka lebih gemar mencari rakan sebaya untuk bersama mencari jawapannya. Kerana apabila di tanyakan pada orang dewasa bukan jawapan yang di dapatkan malah bentakan dan di marah kembali atas pertanyaan.
Waktu remaja adalah waktu yang amat kompleks. Pelbagai masalah seperti perubahan pada diri, perubahan mental, percubaan-percubaan dalam hidup dan pelbagai peristiwa berlaku pada waktu ini. Masa remaja dikatakan zaman yang menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan tekanan jiwa kepada individu. Hal ini kerana seseorang remaja gemar mencuba sesuatu yang kadang-kala bertentangan dengan norma sosial masyarakat. Contohnya pengambilan dadah, seks bebas dan sebagainya.
Satu fenomena yang sering kedengaran kini ialah pertelingkahan di antara remaja dan ibu-bapanya. Perkara ini berlaku akibat tidak ada komunikasi kerana adanya jurang generasi. Hal ini menyebabkan berlakunya kes-kes remaja lari dari rumah dan menjadi satu fenomena dan fokus permasalahan remaja masa kini.
Jadi peranan ibu bapa ?Ibubapa perlu memberikan sokongan sosial kepada anak-anak mereka dan memberikan tauladan kepada anak. Jadilah kawan yang baik kepada mereka. Jika mereka perlukan pandangan dan nasihat ibubapalah yang tepat untuk memberikan nasihat tersebut bukan rakan sebaya, sebab jika anak-anak lebih percayakan rakan sebaya berbanding dengan ibubapanya bimbang jika mereka mendapat nasihat dari rakan sebaya yang mempunyai akhlak yang tidak baik dan membentuk tingkahlaku yang tidak baik juga.
Peranan Industri Perfileman
Kurangkan kisah-kisah yang berunsur keganasan dan unsur gangsterism. Banyak lagi genre lain yang boleh menjana pendapatan. Gunakan bahasa yang baik bukannya bahasa-bahasa yang tak elok dan menjadi ikutan kepada remaja kita.
Peranan rakan
Rakan adalah cerminan diri kita, jadilah kawan yang baik. Bawalah dia bersama ke arah kebaikan bukannya menyesatkannya. Tegur jika dia buat salah bukan turut serta buat kesalahan tersebut.
Peranan Komuniti
Seharusnya masyarakat harus bersama membantu remaja kita, bukannya menjadi bahan umpatan dan hinaan. Tegurlah dengan berhemah jika salah dan adakan program-program untuk remaja untuk mereka mencari identiti mereka.
Acik pernah laluinya, jika kita bawa diri kita salah maka kita kan tersasar, carilah jawapan untuk diri sendiri. Kembalilah kepada jalan Allah. Jika kita dekat dengannya pasti Dia selalu beri petunjuk kepada kita. Insha ALLAH
9 Ulasan
zaman remaja telah menjadi kenangan..