Ticker

6/recent/ticker-posts

Terima Kasih Kelab Blogger Ben Ashaari


Asalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Terima kita sedang berduka, ketika itu kita dapat melihat mana satu sahabat , kawan yang akan selalu ada di sini.

Ribuaan terima kasih acik ucapkan kepada kelab blogger Ben Ashaari yang banyak memberi kata-kata semangat untuk acik. Begitu juga, kepada rakan-rakan yang selalu memberi semangat kepada acik melalui laman sosial seperti facebook, whats up, messager  dan yang lain-lain.

Ribuan terima kepada rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari kerana memberi sumbangan kepada kami sekeluarga, ianya sangat membantu untuk keperluan untuk majlis tahlil untuk abah.

Walaupun acik baru masuk kembali ke Kelab Blogger Ben Ashaari tetapi hubungan kekeluargaan itu sangat kuat.

Terima kasih kepada Ben Ashaari , Che Mat , Nadia Johari,Emas Puteh dan ramai lagi rakan kelab Ben Ashaari yang banyak memberi dorongan semoga Allah merahmati mereka.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”  (Hadis riwayat al-Hakim)

Ya Allah, 
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

 Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu.

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati, bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain.


Catat Ulasan

15 Ulasan

takziah acik .. smoga tabah mnjalani kehidupan
Invisible Me berkata…
Semoga terus kuat acik..
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah...Semoga Acik Terus tabah. Tiada yang kekal di dunia ni kan..Hanya doa yang kita mampu sedekahkan untuk mereka yang telah tiada. Semoga mereka tenang disana..
Anizz Annisa berkata…
be strong acik.. semoga terus tabah.. doa je yg mampu kita kirim buat yg telah tiada..
Khir Khalid berkata…
Takziah Acik.. Semoga terus tabah...
paridah berkata…
tq acik...saling kita mendoakn shbt2 kita...
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Sama2 mendoakan yang terbaik ..Tabhakan hati wahai adikku.. Perjalanan kita yang masih hidup ini masih jauh..teruskan melangkah ke hadapan dengan penuh harapan ..
MIZZSEVEN berkata…
Sama sama acik sekarang ni pun saya tengah lalui perkara yang sama dengan acik.. ayah saya sakit..
Ismi Ana berkata…
Ini baru dinamakan kekeluargaan. Semoga acik terus bertabah. Membantu disaat acik hampir down. Allah lebih sayangkannya.
Unknown berkata…
Takziah, tuan . alhamdulillah tuan dikelilingi oleh kawan2 yang ambil berat
Unknown berkata…
Takziah Blogger Acik. Kita sama2 kehilangan orang yang paling disayangi. Namun redha dengan pemeriannya buatkan kita boleh melalui hari2 kita dengan baik. Semoga Allah mencucuri rahmat mereka
semoga terus tabah..alfatihah untuk roh arwah ayah..
Gee Lion berkata…
alhamdulillah.. masih ada yg sayang..^_^