Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Terima kita sedang berduka, ketika itu kita dapat melihat mana satu sahabat , kawan yang akan selalu ada di sini.
Ribuaan terima kasih acik ucapkan kepada kelab blogger Ben Ashaari yang banyak memberi kata-kata semangat untuk acik. Begitu juga, kepada rakan-rakan yang selalu memberi semangat kepada acik melalui laman sosial seperti facebook, whats up, messager dan yang lain-lain.
Ribuan terima kepada rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari kerana memberi sumbangan kepada kami sekeluarga, ianya sangat membantu untuk keperluan untuk majlis tahlil untuk abah.
Walaupun acik baru masuk kembali ke Kelab Blogger Ben Ashaari tetapi hubungan kekeluargaan itu sangat kuat.
Terima kasih kepada Ben Ashaari , Che Mat , Nadia Johari,Emas Puteh dan ramai lagi rakan kelab Ben Ashaari yang banyak memberi dorongan semoga Allah merahmati mereka.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Ya Allah,
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...
Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..
Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu.
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu.
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..
Ya Rabbul Izzati, bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain.
15 Ulasan