Ticker

6/recent/ticker-posts

Walaupun Seseorang Itu Pernah Mengecewakan Kita Tapi Percayalah Ianya Buatkan Kita Lebih Kuat

Ehsan google

Assalammualaikum

Alhamdulilah Ya Allah , kerana DiriMu memberikan penghidupan untukku.Syukur atas nikmat yang berikan kepadaku ya Allah. marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.  Aah sebelum tu jomlah mulakan hari yang indah ini dengan senyuman yang menawan kerana mampu mengubat hati yang lara. Sekurangnya mampu  menenangkan hati kita. Aah ramai yang hantar email dan mesej dengan acik, dia kata menyesal aku pernah kenal dengan dia, menyesal aku pernah couple dengan dia, menyesal aku suka dia, menyesal aku.. menyesal dan terus menyesal.

Kadang kala acik sendiri pelik tengok manusia ini, saat indah mereka bersama , saat suka, gembira dan bercinta bagai nak rak tu tak mneyesal pulak.Bila tiba kecewa, putus cinta dan sakit hati  kita mengungkapkan kita menyesal pernah kenal dia. Memang pada dasarnya hati kita terluka, merana dan menderita tapi dia juga pernah membahagia kita bukan ? 

Seharusnya kita bersyukur dengan siapa apa yang pernah datang dalam hidup kita, bukannya seharusnya kita salahkan mana- mana pihak. Dalam hidup nie , kita yang membenarkan mereka datang di kehidupan kita sama ada dengan rela atau paksaaan. Susungguhnya ALLAH tahu yang terbaik untuk kita. 



Yup memang betul seseorang yang pernah datang dalam hidup kita buat hidup kita merana, kecewa ,kehilangan dan macam-macam lagi tapi pernah tak terfikir setiap apa yang berlaku itu adalah pengalaman yang sangat berguna untuk kita berjaya di masa hadapan . Sebagai contoh, dia pernah di tinggalkan kekasihnya , mengambil masa untuk pulih dan dia belajar dari kesilapan selepas itu dia jumpa dengan seseorang yang kita mula sukai dan menjadi yang halal bagi kita hingga ke alam perkahwinan. 

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Allah rancang sesuatu itu dengan sempurna mengikut flow yang telah di tetapkan , sedangkn kita terus merunggut dan merunggut kerana tak tahan dengan setiap apa yang berlaku.. Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita , hanya kita tak sedar. 

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”
[ surah al-Imran ayat 54]

Jangan Pernah Terdetik Menyesal Mengenali Seseorang, Kerana Orang Itu Pasti Pernah Mengajar Kita Menjadi Lebih Matang Walaupun Sedikit :)
  
Apabila kite mula bertanya "Kenape bende nie jadi dekat aku,kenape tak jadi pada orang lain??".Segeralah beristighfar.Kerana ia sama seperti kita mempertikaikan ketentuan Allah. Kekecewaan adalah salah satu bentuk tarbiah Allah untuk menyedarkan kita dari kesilapan kita sendiri..Allahurabbi...



Ya Allah 
  
Tatkala datangnya malam,
Engkau hiasi angkasa ini dgn cahaya bulan purnama
sehingga terbitnya sang mentari di fajar hari,

Adakalanya Dikau sembunyikan sang mentari...
dan Engkau datangkan sang petir dan guruh kilat
yang menggerunkan..

Aku menangis dan bertanya ke mana hilangnya mentari...

Rupa-rupanya Kau berikan aku sang Pelangi...

Terima kasih Ya ALLAH

Catat Ulasan

22 Ulasan

Shahrul Yusof berkata…
Ia bukan tentang diri kita yang tak pernah jatuh, ia adalah tentang bagaimana untuk kita bangun kembali setelah kejatuhan kita. Bangkit dari kekecewaan itu bisa membuatkan diri kita lebih kuat dan matang.
bangkitlah dari sesebuah kekecawaan.
Blog Santai berkata…
Agreed Acik..Sebagai manusia apabila berlaku perpisahan pastinya kecewakan...namun itulah hikmah sebenar. Allah bagi kita kenal dengan dia tapi tak semestinya dia untuk kita...
Unknown berkata…
Ingatlah satu perkara. Semakin hebat ujian itu, semakin besarlah nikmat yang bakal mendatang. (pengalaman hidup aku)
Anizz Annisa berkata…
thanx acik.. selame nie anis selalu kate pada diri menyesal kenal dengan "dye".. hurmm.. semua ade hikmah kan.. :)
Maria Firdz berkata…
Betul tu.. Itukan ujian Allah...
PeRdU cINta berkata…
Tepat tu acik..asam garam kehidupan itu akan menjadi nikmat kemanisan bila mana kita tabah dan sabar..
Gee Lion berkata…
pembacaan entri ini tepat pada masanya.. thanks acik :')
Gee Lion berkata…
Nak pinjam ayat kat atas buat hiasan kat sidebar ye acik ^_^
Unknown berkata…
Memang betoi la, tapi saat kita dilukakan pastinya yang datang dulu di fikiran pasti hati berkata kenapa la aku jumpa dengan dia ni dulu,menyesal.Padahal itu lah laluan yg patut kita tempuh untuk capai bahagia di perjalanan yang seterusnya. Masa tu baru terfikir, Oh dia pun pernah membahagiakan aku dulu..best baca nukilan Acik
aisyah nasiruddin berkata…
nice entry.. sakit sangat bile kecewa..tapi betul, itu la yang ajar kita untuk lebih kuat..semua yang jadi ad hikmah..
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu..
paridah berkata…
jatuh bangun itu adalah kehidupan...kdg jatuh bangun semula kdg xterbangun lagi dah...
norhasnizakhalid berkata…
itulah pelangi kehidupan acik.. semuanya berwana warni, kalau satu warna je hidup ni kan tak best..
Ikhlas Dari : Mama Niza
Khir Khalid berkata…
Selagi hidup selagi itu kita perlu melawan kekecewaan. Jngn jadikan kejatuhan itu sbg satu yg mengecewakan kerana Allah telah bekalkan setiap insan dgn benteng redha dan dengan tawakkal, kita perkukuhkan usaha bangun & terus bangun. Sesungguhnya usaha itu adalah ibadah yg membawa kejayaan di akhirat. Redhalah jika niat tak kesampaian dgn tawakkal kpdnya kerana usaha itulah ibadah yg membawa kejayaan sebenar di akhirat kelak... aamiin. T kasih atas perkongsian Acik.
Nadia Johari berkata…
betul tu acik..nad pun takpaham kenapa diaorang kecewa sangat lepas ditinggalkna..sedih memang sedih tapi mesti teruskan hidup..macamnad..nad tau akan adelaki yang lebih baik akan muncul sebab tu nad redha dengan apa yang berlaku...nangis tetap nangis tapi takdela sampai buat status ntah ape2..nak bgtau satu dunia
100% sokong
kalau kita tiada jodoh dgn org tu..
anggap lah dia sahabat kita di dunia & akhirat
Allah tahu siapa kita dan jodoh kita...
Sedekah kan Al-fatihah padanya insyaallah..
ANIM berkata…
Allah beri ujian ikut kemampuan kita. kecewa tu lumrah, menangis itu tak salah. cuma cara kita menangani kekecewaan itu yang penting..
Unknown berkata…
Tetapi lagi kesian.. bila dah kecewa dalam percintaan dia ambil keputusan tak mahu kahwin dah..
Invisible Me berkata…
Betul betil. Awal2 mungkin rasa down tapi lama2 itu yg menguatkan balik. Belajar drpd kekecewaan..
Unknown berkata…
Setuju sgt.apa yang nak dikesalkan...penyesalan seperti tak percaya dengan pemberian Allah... Sakit hati...marah dan benci akan jadi srbati jika kita tak tau nak bangkitkan diri...
Ingatkankan yg bshagia..lupakan derita..tarik nagas srnyum..pasti anda akan jd lebih yakin dari srbelumnya..
usryabdullah berkata…
Setuju. Pasti ada hikmah di sebalik peristawa tersebut. Saya juga pernah kecewa dengan seorang insan, tapi Alhamdulillah, selepas dia pergi, datang seorang insan baru dalam hidup saya iaitu isteri saya sekarang. Bahagia sehingga sekarang, Dah TIGA anak kami dapat You..!! hehehe
http//:usryabdullah.blogspot.com