Alhamdulilah masih lagi bernafas di
muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW. Sebelum itu acik minta maaf sangat, acik tak sempat nak blogwalking ke
semua blog kamu yang datang ke blog acik, hanya yang sempat acik. Hari cuti
acik di penuhi dengan program. Semalam balik dari BBQ dengan classmate di
sungai congkak, penat sangat terus tidur. Dan Hari ini pon ada acik program
lagi.
Sekarang ini terjadi banyak kes buli,
jenayah, anak bunuh ayahnya, anak pukul ibunya sampai mati dan pelbagai lagi
kes-kes lain.
Sebenarnya hari ini acik nak
mengetengahkan tentang isu masalah sosial di kalangan remaja. Kalau lihat masa
kini, remaja semakin tidak takut melakukan kesalahan secara perbuatan atau
perkataan seperti tiada undang undang yang melarang dari segi undang undang
agama mahupon undang undang sivil.
Lihatlah budak budak sekolah ini
berbuat sesuatu kadang kala di luar jangkaan dan batasan sehingga tak masuk di
akal. Maksiat dan jenayah di lakukan tanpa perasaan takut. Lihatlah sekarang,
lelaki dan perempuan berpeluk pelukkan di tempat awam telah menjadi pekara
'Biasa". Bila perkataan "biasa" itu telah di terima masyarakat
maka mereka boleh melakukan segalanya tanpa rasa malu.
Satu lagi masalah sosial terjadi
kerana " pop culture ".aahh tengok dan keluar istilah
sosiologi. Pop culture ini idea,perspective,perangai, gambaran atau
phenomena di dalam "main stream" yang menjadi ikutan remaja masa
kini, lebih mudah popular culture.
Contohnya, gangster , rempit,
mencuri, maksiat dan sebagainya.
Melihat kepada data statistik yang
dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan sebanyak 3,383 remaja telah
di tahan pada tahun 2007 dan angka ini terus meningkat kepada 3,725 pada tahun
2008 atas pelbagai kesalahan jenayah yang dilakukan. Antara kesalahan tersebut
adalah yang melibatkan kes kecurian, bunuh, rogol mencederakan orang dan
sebagainya. Ini jelas menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di
negara ini adalah semakin serius dan memberi masalah besar kepada masyarakat
kita.
Lagi-lagi dengan adanya dunia tanpa
sempadan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini telah
mengubah lanskap cabaran untuk remaja. Dengan kemunculan pelbagai teknologi ini
maka tanpa disedari ia turut memberi cabaran yang besar kepada ibu bapa dan
masayarakat. Barangkali ada yang tidak sedar bahawa cabaran untuk remaja adalah
tidak sama dengan cabaran remaja sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu.
Manakan tidak dengan kepesatan ICT ini ia telah memberi satu dimensi baru dalam
dunia komunikasi untuk bergerak lebih pantas.
Jika dahulu ibu bapa amat bimbang jika
anak-anak mereka keluar bermain, berjumpa dengan kawan-kawan di luar rumah,
namun hari ini dengan adanya kemudahan ICT kejadian yang tidak baik dan tidak
elok juga boleh berlaku di dalam rumah terutama apabila remaja berdepan dengan
penggunaan internet sebagai media baru dalam komunikasi tanpa diawasi oleh ibu
bapa.
Adakah kita nak salahkan institusi
pembelajaran atau sekolah?
Ataupun ibu bapa tak berikan
pendidikan moral dan agama secukupnya ?
ataupun media kerana memaparkan kisah
kisah bergini ?
Semuanya kerana memainkan peranan
untuk membendung masalah ini, Adakah kita mahukan bakal pemimin kita seperti
ini ? yang mempunyai keruntuhan moral dah sahsiah yang buruk ?
Penyelesaian kepada permasalahan dalam
kalangan remaja perlu ditangani segera. Namun demikian, mencari siapa yang
salah atau menuding jari bukanlah tindakan bijak, sebaliknya semua pihak perlu
rasa terpanggil untuk mencegah perkara bercanggah dengan nilai Islam. Tugas
menegak yang hak dan benar, mencegah yang mungkar adalah tanggungjawab setiap
anggota masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka
hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu ,hendaklah cegah dengan
kata-kata dan jika tidak berdaya, cegahlah dengan hati dan mencegah dengan hati
adalah tanda selemah-lemah iman." (Hadis Sahih Muslim)
Fikir fikirlahlah , tapi paling
penting adalah bermula dengan diri kita sendri. Diri kita yang nak hidup, kita
yang nak berjaya ,semua terletak pada diri kita . Kena pilih kawan yang betul
dan belajar bersungguh sungguh.,jika kita ada pegangan agama yang kuat
insyaALLAH kita mampu hadapi semua ini.Dan seterusnya ibu bapa kerana memantau
anak anak mereka dan ambil tahu tentang mereka. Dan media pula mestilah memberi
kesedaran dan mendidik tentang pekara pekara yang baik. Dan masyarakat pula
kena ambil peduli tentang apa yang terjadi pada remaja sekarang, jika nampak
pekara yang di lakukan salah cepat ambil tindakan.
Pilihan di tangan kita, dan hanya kita saje yang berhak memilik baik atau
sebaliknya
Kalau semua pihak berganding bahu
insyaALLAH masalah akan sedikit demi sedikit akan berkurangan dan gejala semua
ini dapat di atasi. Mari kita muhasabah diri, ALLAH hidupkan kita hari ini
bukan untuk menyambung dosa semalam tetapi untuk kita dekatkan diri kepadanya
yang beribah dengannya. oklah sampai di sini dulu wasalam.
11 Ulasan