Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Paling Berkesan Untuk Mengatasi Rendah Diri Dan Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri


Assalamualaikum 


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di beri tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ramai rakan blogger, rakan alam maya dan yang menghantar email bertanyakan bagaimana untuk mengatasi rasa rendah diri, rasa diri kita ini banyak kelemahan dan malu untuk bercakap dengan orang lain.

Kebanyakan dari kita apabila di alam maya mampu bersuarakan pendapat dan pandangan dengan lantang. Ayat begitu puitis dan dramatis tetapi apabila di alam realiti mereka adalah merupakan orang yang pendiam dan tidak mudah untuk berkata-kata lagi-lagi dengan orang yang baru  mereka jumpa. 

Ada juga segelintir mereka merasakan kurang yakin pada diri kerana rupa paras, personaliti dan skill yang kurang pada kita. Biasanya, apabila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia dan lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa 'kecil', rendah diri dan tak setanding orang lain. Perasaan begitu sebenarnya adalah negatif. Kamu haruslah menjadikan kekurangan dan kelemahan kamu sebagai kekuatan kamu. Jadikan kekurangan kamu sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri.

Mungkin mereka hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.

Janganlah kamu merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana kamu hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain. Letakkan  matlamat untuk diri kamu dan jangan fokus untuk bersaing, tapi fokuskan untuk mencapai matlamat kamu.

Sebagai seorang muslim kita perlu juga rendah diri .Rendah diri dieertikan juga sebagai tawaduk.Bermaksud kita tidak sombong, tak takbur ,tidak bermegah-megah dan sebagai Sifat-sifat ini sememangnya perlu ada bagi seseorang individu ,namun haruslah kena pada tempatnya.Sebagai seorang Muslim,dia harus lah memiliki akhlak yang baik ,akhlak yang mampu menjadi contoh tauladan dalam masyarakat.

 Tetapi apa yang di bincangkan ini berkaitan dengan fenomena rendah diri dan rasa malu yang tak bertempat ini.Kamu akan nampak kemajuan dalam diri sebagai kesannya.Acik bercakap berdasarkan pengalaman dan acik mahu kongsikan kepada kamu semua. 

1. Melatih minda untuk menjadi positif dan hilangkan kenangan yang lalu.

paling penting adalah persedian diri kamu dalam menghadapi keadaan tersebut, berkawan dengan mereka yang bersifat positif akan menambah keyakinan kamu. Selalu set kan dalam minda kamu bahawa aku boleh lakukannya, jika gagal maka terus berusaha dan berusaha jangan menyerah. Mungkin juga kamu ada pengalaman yang lepas, pengalaman yang tak dapat di lupakan. Sebagai contoh , di perlekehkan oleh kawan-kawan ketika dalam perbentangan dan sebagainya, jadikan pembakar semangat dan mesti di teruskan walau apa jua alasannnya. 

2. Buangkan perasaan yang risau yang teramat sangat.

Kadang kita selalu risau bagaimana nanti hasilnya ? kita nak bentang dan bercakap dengan orang baru kenal mahupun orang ramai. Risau itu mengawal keadaan sehingga hilang kata-kata. Kamu dah buat persiapan yang lengkap ? jadi buat apa nak takut, teruskan sahaja yang terbaik .In sha ALLAH hasilnya juga baik.

3. Ubah penampilan.

Mungkin kamu rasa rendah diri kerana kamu tidak mempunyai personaliti yang menarik. Tidak menjadi masalah sebenarnya janji kamu  seharusnya "fizikal well prepared" maksudnya kamu kena bersedia. Cuba pakai pakaian yang kemas , bersih dan pakai wangi-wangian. Pada acik imej kemas itu lebih baik  dan pastikan pemilihan warna itu bersesuaian dengan kamu. 

4. Kuatkan hati dan mental

Orang boleh katakan apa sahaja yang mereka suka, mereka boleh mengutuk apa yang kita buat, boleh mengeji apa yang kita lakukan. Mereka ingin kita rasa "down" pada masa yang sama kita hilang keyakinan diri. Itu mereka mahukan, jadi kita perlu kuatkan hati jangan terlalu cepat sentap dan terasa. Fikiran kita kena ubah dan jangan terlalu dengar cakap orang. Mana yang baik boleh di ambil sebagai tauladan yang tidak elok itu abaikan . 

5. Luaskan pergaulaan dan perbaiki komunikasi

Masalah kita adalah bagaiman untuk memulakan perbiacaraa, memang agak janggal lagi-lagi orang itu baru kenal. Jadi kamu kena beranikan diri dan cuba menegur dahulu mereka. Berkenalan dengan ramai orang dan paling penting adalah kita memperbaiki kemahiran komunikasi kita. Pastikan kita "aproach " mereka dengan cara yang betul.

6. Jangan pandang mereka terlalu hebat 

Ayat yang biasa di gunakan "dia hebat dan aku bukan siapa-siapa, yelah aku tak cantik macam dia". Padahal dia sama banding dengan mereka tetapi kita yang buat diri kita dia lemah dan tak hebat. Tengok dia hansome macam Aaron Aziz dan cantik macam Siti Nurhaliza, kita tengok kat cermin pun rasa cermin nak retak.. itu kita sangka. Tapi sebenarnya kita cantik dan kacak tapi dari sisi yang lain, orang lain sedar dan kita tak tahu. Mungkin kan.


7.Banyakkan berdoa kepada Allah
   
Sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kita hendaklah selalu berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan olehNya. Sentiasalah berdoalah supaya diberikan kekuatan didalam diri kita ini supaya tidak merasa rendah diri bila bedepan dengan orang lain. Dengan doa ini ia dapat meningkat keyakinan kita dalam menghadapi hidup ini. Jangan jadikan rasa rendah diri itu sebagai satu kelemahan didalam diri anda kerana anda juga yang akan rugi kerana kamu memerlukan satu keyakinan didalam diri bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Sudah cuba cara di atas dan berdoalah 

Antara doa-doa dan amalan yang boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat malu ialah :-
1) Baca surah al-Fatihah
2) Doa nabi Musa a.s  :

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي

“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
3)

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Catat Ulasan

22 Ulasan

Maria Firdz berkata…
good entry acik.. :)
saya mengaku saya rendah diri dan tak mampu nak bercakap depan public... saya lebih boleh menjejakkan kaki ke bulan tapi takkan boleh berdiri depan public untuk bercakap... walau pun tak pandang public... saya akan mengigil teruk
Unknown berkata…
nombor 2 tu rasanya ramai yang alami..
terlalu risau
bnd yg kecik boleh jadi besar bila terlalu risau.
yakin dengan diri sendiri..
puji diri sendiri.
insyaallah ada perubahan.
paridah berkata…
yakin diri, percaya diri, insyaAllah...
Shahrul Yusof berkata…
Luaskan pergaulan tu memang saya setuju sangat sebab bila dah banyak bergaul, diri kita akan jadi lebih berkeyakinan. Yer la, macam-macam orang yang dah kita jumpa, sure sedikit sebanyak kita dah tau macam mana nak tackle jiwa dan raga sesetengah audien.
yoorinmelacolea berkata…
saya pon rasa rendah diri sangat..lagi2 bila org sekeliling semuanya confiden.. kalau sama2 tak confiden, ada lah sikit keyakinan tu..huhuhuhu.. sy percaya dengan blog , dah ada keyakinan dalam diri sy..kalau dulu nak share sesuatu, sy selalu pikirkan org.. tp ada blog, sy share je.. terus tekan enter.. wahh..ada peningkatan rasanya..teetttt
Ikhwan Fahmi berkata…
terima kasih, bergantung hanya pada Allah :)
kuchalana berkata…
bagi aku nak tingkatkan keyakinan ni kita kena berani untuk mencuba..buangkan rasa takut itu
BinMuhammad berkata…
Bagus sekali perkongsian Acik ni...
Akupenghibur.com berkata…
memang betul dan kita perlu ada usaha jgk
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg bermanfaat utk dijadikan panduan kpd yg memerlukan...
Tanpa Nama berkata…
sangat bagus perkongsian ni.tq acik
Ain Ridzuan berkata…
Terima kasih acik atas perkongsian ini. Saya juga dulu seorang pemalu dulu tetapi saya selalu cakap depan cermin sensorang. Jadi bila jumpa orang tu tak de la malu sangat..
Tanpa Nama berkata…
perkongsian yg sgt baguss . in Shaa Allah saya akan ubah sikap saya dgn meyakinkan diri sendiri .
Izul berkata…
Terima kasih, perkongsian yg sgt berguna..
Abe Nick berkata…
ermmm perkongsian yang sgt bagus
Unknown berkata…
Assalamualaikum acik... Thanks 4 da info... Mudah2an info yg acik Kasi nie dpt bantu sy selesaikan mslh keyakinan diri yg rendah ni... Aamiin aamiin aamiin...
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Rasanya semua tips yg dikongsikan memang berkesan..tp sy baru nak mencuba..masalah diri yg kurang berkeyakinan termasuk dlm kalangan adik beradik sendiri..rasa abg2 n adik hebat sangat..jadi selalu memerap dlm bilik..sebab nak elak bercakap dgn mereka yg “hebat” sy masih tinggal di rumah mak ayah..dulu masa bujang sy tak mcm ni. Dan selepas tahu ada penyakit, bertambah teruk sikap kurang percaya diri...sampai nak berhenti kerja..sebab stress jgk bila tgk staff lain hebat-hebat..kadang-kadang menangis tak siapa tahu.sy selalu bisik pd hati sy kena kuat sbb ada anak-anak dan suami..tapi kadang-kadang hati down semula..terima ksh admin sy nak praktikan tips nya..moga berkesan pd sy..Amiinn
Unknown berkata…
Waww luar biasa. Mksih achik
Unknown berkata…
Terima kasih atas perkongsian,sangat bermaanfaat :)