Ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dalam hidup ini diri ini tidak lepas dari meminati seseorang. Pada acik dia seorang wanita yang sejuk apabila memandangnya.
Dia wanita biasa yang buatkan hati ini suka dengannya dari segi tutur katanya, perilakunya dan pemakaiannya. Orangnya chubby tapi menjaga penampilan tidak berpakaian ketat dan tudungnya juga labuh.
Entahlah bila tengok dia, rasa tenang jiwa ini. Tapi tidak berani pula aku ingin menegurnya. Cukuplah dia dalam doaku.
Pernah juga stalker facebook dia, eh eh dia pernah update status bahawa dia malu orang kata dia gemuk sebab pakai baju besar dan bertudung labuh.
Lama-lama kelamaan aku melihat dirinya semakin berubah dari segi pakaian dan penampilannya. Tidak lagi seperti sekarang. Tiada lagi pakaian yang longgar itu, tudung pun berfesyen.
Emm lama juga dah tak nampak dia,tadi aku pergi ke Shah Alam hanya untuk lihat dia bagaimana keadaannya. Sekarang dia sudah 100 % perubah, pakaiannya mengikut bentuk badan, tudungnya tidak seperti dulu. Sekarang sudah ada kekasih dan ketika Aku lihatnya dia bersama kekasihnya .
Ya Allah aku tak pernah luput dalam doaku untuknya. Kenapa dia berubah sekelip mata ya Allah dimana kata-kata yang dia katakan dan pengangan dia PadaMu. Ya Allah jika ada secebis harapan dan hidayahmu berikan padanya.
Untuk kamu , jangan kerana seorang lelaki kamu mengubah tujuan dan pengangan kamu.Semoga dia temukan dengan lelaki yang baik yang dapat membimbingnya. Kecantikan itu bersifat sementara dan semoga Allah merahmatimu.
12 Ulasan
amin . .
cuma Dia yang mampu menggerakkan hati manusia :)
kadang2 terlupa & terikut rentak fesyen zaman sekrg ....