Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Kamu Berubah Sekelip Mata ?

Ehsan google

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dalam hidup ini diri ini tidak lepas dari meminati seseorang. Pada acik dia seorang wanita yang sejuk apabila memandangnya. 

Dia wanita biasa yang buatkan hati ini suka dengannya dari segi tutur katanya, perilakunya dan pemakaiannya. Orangnya chubby tapi menjaga penampilan tidak berpakaian ketat dan tudungnya juga labuh.

Entahlah bila tengok dia, rasa tenang jiwa ini. Tapi tidak berani pula aku ingin menegurnya. Cukuplah dia dalam doaku. 

Pernah juga stalker facebook dia, eh eh dia pernah update status bahawa dia malu orang kata dia gemuk sebab pakai baju besar dan bertudung labuh.

Lama-lama kelamaan aku melihat dirinya semakin berubah dari segi pakaian dan penampilannya. Tidak lagi seperti sekarang. Tiada lagi pakaian yang longgar itu, tudung pun berfesyen. 

Emm lama juga dah tak nampak dia,tadi aku pergi ke Shah Alam hanya untuk lihat dia bagaimana keadaannya. Sekarang dia sudah 100 % perubah, pakaiannya mengikut bentuk badan, tudungnya tidak seperti dulu. Sekarang sudah ada kekasih dan ketika Aku lihatnya dia bersama kekasihnya .

Ya Allah aku tak pernah luput dalam doaku untuknya. Kenapa dia berubah sekelip mata ya Allah dimana kata-kata yang dia katakan dan pengangan dia PadaMu. Ya Allah jika ada secebis harapan dan hidayahmu berikan padanya.

Untuk kamu , jangan kerana seorang lelaki kamu mengubah tujuan dan pengangan kamu.Semoga dia temukan dengan lelaki yang baik yang dapat membimbingnya. Kecantikan itu bersifat sementara dan semoga Allah merahmatimu.

Catat Ulasan

12 Ulasan

SukaSedap MY berkata…
manusia boleh berubah dalam waktu yang singkat .
amin . .
Inani Hazwani berkata…
teruskan berdoa kepada Dia agar dia diberi hidayah untuk ke jalan yang lurus :)
cuma Dia yang mampu menggerakkan hati manusia :)
nora razalli berkata…
iman di dada kurg sbb tu sekelip mata boleh berubah .
Maria Firdz berkata…
iman itu ada turun naiknnya..
norhasnizakhalid berkata…
harap kekal istiqamah..,
Nurulhidayah berkata…
Tersentuh dengan entry ini..
Mudah-mudahan Allah Swt memberi hidayah utk dia,
kadang2 terlupa & terikut rentak fesyen zaman sekrg ....
kuchalana berkata…
susah kita nak cakpa asal sikap orang..kadang kala ada sesuatu yang berlaku boleh buatkan mereka beruabh sekelip mata
Khir Khalid berkata…
Manusia ada segelintir yg cepat sgt berubah.. itulah lumrah kehidupan kan...
Ismi Ana berkata…
Tak reti laa nak hidup jadi orang lain.. Bila dah biasa pakai tudung labuh, pakai je la. Jangan la tukar yg pendek. Tak selesa.
Messy Girl berkata…
Kalau lah awak cepat.. insyallah, dia tidak akan berubah
Nadia Johari berkata…
Ya allah..sedihnya..kerana orang mengata..kerana nak ikutkan fesyen berubah macam tu