Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasihat Dan Doa Dari Seorang Wanita


Ehsan google

Asslamaulaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Stress, tension, murung, kecewa, sedih dan pelbagai perasaan yang acik lalui begitu juga kamu semua. 

Tapi dalam kekalutan acik ,acik ada insan yang selalu sokong acik dalam apa pon keadaan mereka adalah mak, kakak dan abang yang selalu ada di saat acik susah dan senang.Mereka sumber kekuatan acik untuk teruskan kehidupan. Sebenarnya hari nie acik nak kongsikan cerita tentang seorang insan yang sangat acik sayang dan hormati. Dalam keluarga acik,acik adalah anak ke 4 dari enam oran adik beradik ,dan tentulah yang anak pertama tu di panggil Alongkan .So hari nie acik nak kongsikan tentang kak long acik iaitu Cikgu Rozita.

Rasanya pengalaman hidup dan apa yang dia lalui sangat mencabar dan acik respect pada dia. Dia umpama wanita hebat yang kedua terpenting selepas mak. Kalau acik susah dia akan dapat rasa, tu acik rasa pelik sangat. Hal terpenting yang acik nak kongsikan adalah nasihat yang selalu di bagi pada acik


1.Jangan tengok orang yang lebih beruntung dari kita tapi tengok orang yang lebih teruk dari kita.Kita akan lebih bersyukur dengan apa yg kita ada..

2.Jika ingin mencari pasangan jangan lihat pada rupanya tapi lihatlah pada agamanya dan selebihnya barulah apa yang acik mahukan.

3. Jangan kerana hanya ingin mengejar cita-cita sehingga kita lupa orang yang selalu sokong iaitu adalah kawan-kawan dan orang yang selalu di sekeliling kita.

4. Jangan kerana cinta buatkan kita lupakan segalanya dan buat kita lalai sepatutnya cinta buatkan kita lebih kuat dan bersemangat untuk melakukan segalanya.

5. Dimana kita berada,setingga mana darjat kita tapi jangan lupa kepada ibu bapa yang selami ini melengkapi segala keperluan. Bukan harta yang di minta tapi kasih sayang dari seorang anak.

6. Jangan streeskan diri kerana keadaan sepatutnya kawalah stress , kerana manusia yang hebat adalah dapat mengawal emosinya sendiri

7. Jangan selalu berikan alasan kerana orang yang banyak berikan alasan adalah orang yang akan menemui kegagalan dan seharusnya mencari penyelesaian sebelum alasan itu di kemukakan.

8. Setiap perubahan yang dilakukan biarlah kerana-Nya.Nak jadi soleh bukan semata-mata nak dapatkan yang solehah.Target utama tetap nak dapatkan cinta Allah swt.

9.Jangan pendamkan apa yang kita rasa, luahkanlah tapi biar bertempat dan pada orang yang sepatutnya.Dan yang penting jangan buka aib diri sendiri dan orang lain.


10.Muliakanlah di agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu."

"Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakn keridhaannya atas keridhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senagi dan kamu benci."

ini semua adalah nasihat dari kak long acik ,cuma ayat itu mungkin tak sama kerana bercakap dengan menulis ada perbezaan struktur ayat .So inilah kata-kata yang selalu acik ingat dari nasihat kak long..Ok lah sampai disini dulu assalamualaikum

Catat Ulasan

8 Ulasan

Khir Khalid berkata…
Nasihat yg tulus dan bermanfaat buat renungan serta peringatan bersama.. Thanks sharing Acik.
kuchalana berkata…
kata-kata nasihat yang berguna dan bermanfaat untuk diamalkan
Unknown berkata…
sangat2 setuju dengan nasihat nombor 10 tu.. kita dahulukan..
manusia yang hebat adalah manusia yang mengawal emosinya.
Unknown berkata…
Kata kata yang membawa kebaikan..tq coz sharing..
SalbiahM berkata…
wah..nombor 8 tu memang terbaik la acik. buat apa-apa pun biar kerana-Nya
memang lumrah seorang kakak, dia memahami adik-adiknya.saya sendiri boleh tahu kalau adik-adik tengah susah hati.naluri wanita maybe?
Maria Firdz berkata…
Pesanan yg bermakna...thanks sharing acik
Nadia Johari berkata…
bagusnya kak long acik..pesananyang membawa kepad akebaikan