Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekara Yang Mak Sembunyikan Dari Kita


gambar ehsan google

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bermafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya tak terhingga kurnian Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dari kelahiranku, aku menemui cinta pertamaku, seorang wanita yang cantik bagiku, senyumannya dan kata-katanya membuatkan jiwaku tenang. Aku mengaguminya dalam diam. Dialah yang kamu panggil mak, ibu, ummi,bonda dan sebagainya.

Seorang wanita yang tabah dan kuat semangat. Tapi kenapa mak kadang kala berbohong ?

Kenapa mak sembunyikan dari kami ?

Setiap kali kita telefonnya bertanya keadaannya bagaimana keadaan mak?, jawapannya pasti mak sihat, mak baik-baik sahaja.Kadang kalau kita nak minta duit.

"mak along nak pakai duitlah nak beli buku , duit ptptn dah habis".

Mak jawabnya terlalu ringkas, yelah nanti mak masukkan. Bila lewat kita marah mereka. 

Pernah tak kita terfikir dari mana dia nak dapatkan duit yang kita minta ?

Kalau kita minta dia duit, ada tak duit belanja untuknya? 

Mak terpaksa berbohong untuk pastikan kita dapat apa yang kita ingini seperti orang lain. Mak nak kita berjaya dan buat dia bangga. Biar dia susah tapi jangan anak-anaknya susah. Biar tak makan tapi dia akan pastikan anak-anaknya tidak kelaparan.

 Mak wanita yang hebat tiada galang gantinya. Sejak pemergiaan abah, mak tidak seperti dulu. Jika aku telefonnya bertanya keadaan jawapannya "mak sihat".

Tapi bila balik aku melihat keadaannya menangis di buatnya, dia makin kurus,jika keseorangan pastinya di termenung jauh, malam-malam aku lihat tidurnya tidak lena seperti dulu. Duhai mak, perubahanmu merisaukanku. 

Bila anak-anaknya balik aku dapat lihat di raut wajahnya ada kegembiraan, selera makannya bertambah dan dia tidak murung lagi.

Jika kamu masih ada mak dan abah, baliklah jenguk mereka. Mereka tak ingin menyusahkan kita , mereka tak ingin membebankan kita.Segalanya di pendam deorang diri, sebagai anak kita perlu juga memahami mereka. Jagalah mereka selagi dia ada di dunia ini, jika tidak menyesal tiada gunanya. 

Catat Ulasan

14 Ulasan

paridah berkata…
assalam...kegembirraan ibubapa adalah melihat anak2nya gembira...
Etuza berkata…
Asalam..entry yang besar impact kepada yang mengerti pengorabanan ibu..usah sia2kan ibu kita
Fatin Wawa berkata…
sedihnya baca entri ni.. rindunya kat mak dan ayah.. :"(
lynmunir berkata…
Nice sharing Acik.
Sha Nazri berkata…
Kasih ibu membawa ke syurga..kasih saudara masa berada..
BinMuhammad berkata…
Ya... Jgn menyesal dikemudian hari, ada masa terluang pulanglah... Sayangi ibu bapa selagi hayatnya masih ada.
Tanpa Nama berkata…
sedihnya bila baca entry ni. kadang kadang anak anak ni sangat mendesak mak. sampai masanya sekrng untuk kita balas jasa dan tenaga mereka
Unknown berkata…
ibu sentiasa berusaha melindungi anak2nya ...
Khir Khalid berkata…
Peringatan buat kita semua... kasih ibu tiada tandingan. Hargailah dan berbaktilah selagi belum terlambat...
Blog Santai berkata…
Sedih..tapi itulah realiti Acik..Ibu insan mulia yang tiada tandingan..
Maria Firdz berkata…
Kasih ibu... Tak tahu nak ckp mcm mana... Itulah ibu bapa kita... Bila dah ada anak sndiri ni...brulah tahu perasaan jadi ibu dan bapa...
Tunsha Ayunie berkata…
apapun peel ibu kita... hargai selagi dia masih ada kan acik? Bersyukur sha dapat ibu yang penyayang walaupun selalu buat sha annoying.. hehe :)
alahai tetiba ingat mak, kat rumah...