Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Beberapa hari ini acik di hujani persoalan untuk cepat cari jodoh dan pelbagai lagi. Jadi acik sebagai lelaki mengutara pendapat peribadi yang banyak kelemahan ini untuk kamu wanita di luar sana untuk cepat di pinang.
1.Menjaga Agamanya
Mana lelaki tak tertawan jika wanita tersebut menjaga agamanya, jika dia menjaga soal tersebut pasti hal-hal lain juga dia jaga seperti pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sudah tentu menjadi pilihan kerana boleh menjadi isteri dan ibu yang baik.
2.Sentiasa Memelihara Penampilan dan akhlak yang baik
Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tidak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan di sukai lelaki . Paling penting adalah jaga akhlaknya, perangai yang baik , jaga maruah dirinya sama ada di dunia nyata mahupun dunia maya.
3. Lemah Lembut Orangnya
Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat, dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.
4.Sentiasa Menjaga Maruah Diri
Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik-beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.
5. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua sudah tentu berbeza apabila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapapun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.
6. Merendah Diri
Biarlah dipuji 10 kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.
7. Hantaran tidak terlalu tinggi
Sememang masalah sekarang adalah hantaran yang terlalu tinggi. 15 K,20 K nilai di letakan memang tinggi. Cubalah toleransi banyak pekara. Buatlah majlis mengikut kemampuan. Letakkan mahar yang rendah dan tidak membebankan kedua-kedua pihak.
14 Ulasan
ps/cantik template baru, besarnya..tapi loading laju..:)