Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Okey beberapa hari ini ramai pula tanya tentang internship ataupun practical students.
Alhamdulilah acik baru selesai praktikal di Astro dan untuk diploma acik praktikal di Hicom Mercedes benz. Kadang ramai yang mengeluh kerja tak adalah, kerja banyak, kena buat remeh temeh dan sebagainya. Jadi nasihat acik kepada adik semua.
Pertama : Buat kerja remeh temeh itu biasa
Yelah memang pun, dia belajar accountant, kejuteraan dan sebagainya. Tapi mereka suruh fotostet, suruh buat failing, suruh buat labeling itu biasa. Kita budak pratikal memang akan di suruh buat macam tu.
Kedua : Buat laporan harian setiap hari.
Kadang memang pun kita sibuk buat kerja, tak sempat nak tulis kat buku laporan. Sekurangnya catit di buku nota apa yang kita buat hari tu. Senaraikan dan jelaalan, pastikan setiap minggu sign oleh supervisor.
Ketiga : Tak ada kerja !!
Kadang tu memang tak ada kerja!! tak tahu nak buat apa? mereka sibuk, kita macam di abaikan. Jadi ringankan mulut dan badan untuk minta kerja. Itu lebih baik.
Keempat : Setiap kerja itu perlu di pantau
Kalau kamu buat sesuatu pastikan bagitahu kat supervisor apa jua yang berlaku. Pastikan dapat persetujuan dari supervisor tentang kerja itu sebelum di hantar ke bos. Kalau yakin kerja kita betul, tak salah, confident hantar saje.
Kelima : Apabila bos bagi task
Bila bos bagi kita kerja ataupun suruh buat sesuatu. Pastikan ianya buat bukan last minute.Pastikan dapatkan maklumat terperinci tentang hal tersebut kerana Bos akan bertanya macam-macam. Jadi prepare yourself.
Keenam : Bila bos suruh jangan membantah dan tunjukkan kita protes.
Kadang kita banyak kerja, tapi bos suruh buat itu ini. Jadi jangan tunjukkan yang kamu protes.Tunjukkan kamu juga profesional. Memang kerja banyak tapi buat juga. Melainkan bertentangan dengan agama.
Ketujuh : Kalau tak faham, tanya lagi
Sering terjadi budak intern ini bila di cakap dia buat-buat tahu. Bila dah buat kerja, main buat je, lepas tu salah. Jadi ringankan mulut untuk bertanya dan detail kan apa mereka mahukan.
Kelapan: Di buli !!
Jika di office kamu rasa di bebani oleh staff yang kuat membuli. Buat kerja remeh sampai tak masuk di akal jadi lebih baik laporkan pada HR. Kalau ada ganguan seksual dari segi perkataan dan perbuatan jangan sembunyi-sembunyi laporkan pada bos dan HR.
Kesembilan : Jaga penampilan tepati masa
Masalah yang sering terjadi adalah datang lewat. Kalau lewat sikit takpe ini lewat banyak. Banyak sangat alasannya. Jadi cuba jadi orang yang tepati masa. Penampilan kena jaga juga, jaga imej kita.
Kesepuluh : Mengular
Tanya mana kamu ? hilang entah ke mana. Lastly supervisor kamu juga kena marah. Kalau nak smoking break boleh tapi jangan lama sangat. Jaga nama baik diri dan jagalah institut yang kita pelajari.
Acik beri nasihat kepada kamu semua sebagai nasihat. Ianya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Jadi prepared yoursrlf, enjoy your internship. 4 bulan, 6 bulan tak lama. Kalau baik dan di sukai boleh sambung di situ.Jika ada pengalaman boleh juga di kongsikan di sini untuk adik- adik yang akan pergi praktikal.
18 Ulasan
thanks acik for this tips....
hehehe
Read my latest entry : Things That I Like About My New Boyfriend
banyak pengalaman dengan budak praktikal ni..Alhamdulillah, so far semua OK