Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Pekara Pelajar Praktikal Perlu Ambil Tahu


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Okey beberapa hari ini ramai pula tanya tentang internship ataupun practical students.

Alhamdulilah acik baru selesai praktikal di Astro dan untuk diploma acik praktikal di Hicom Mercedes benz. Kadang ramai yang mengeluh kerja tak adalah, kerja banyak, kena buat remeh temeh dan sebagainya. Jadi nasihat acik kepada adik semua.

Pertama : Buat kerja remeh temeh itu biasa

Yelah memang pun, dia belajar accountant, kejuteraan dan sebagainya. Tapi mereka suruh fotostet, suruh buat failing, suruh buat labeling itu biasa. Kita budak pratikal memang akan di suruh buat macam tu.

Kedua : Buat laporan harian setiap hari.

Kadang memang pun kita sibuk buat kerja, tak sempat nak tulis kat buku laporan. Sekurangnya catit di buku nota apa yang kita buat hari tu. Senaraikan dan jelaalan, pastikan setiap minggu sign oleh supervisor.

Ketiga : Tak ada kerja !!

Kadang tu memang tak ada kerja!!  tak tahu nak buat apa? mereka sibuk, kita macam di abaikan. Jadi ringankan mulut dan badan untuk minta kerja. Itu lebih baik.

Keempat : Setiap kerja itu perlu di pantau 

Kalau kamu buat sesuatu pastikan bagitahu kat supervisor apa jua yang berlaku. Pastikan dapat persetujuan dari supervisor tentang kerja itu sebelum di hantar ke bos. Kalau yakin kerja kita betul, tak salah, confident hantar saje.


Kelima : Apabila bos bagi task

Bila bos bagi kita kerja ataupun suruh buat sesuatu. Pastikan ianya buat bukan last minute.Pastikan dapatkan maklumat terperinci tentang hal tersebut kerana Bos akan bertanya macam-macam. Jadi prepare yourself.

Keenam : Bila bos suruh jangan membantah dan tunjukkan kita protes.

Kadang kita banyak kerja, tapi bos suruh buat itu ini. Jadi jangan tunjukkan yang kamu protes.Tunjukkan kamu juga profesional. Memang kerja banyak tapi buat juga. Melainkan bertentangan dengan agama.

Ketujuh : Kalau tak faham, tanya lagi

Sering terjadi budak intern ini bila di cakap dia buat-buat tahu. Bila dah buat kerja, main buat je, lepas tu salah. Jadi ringankan mulut untuk bertanya dan detail kan apa mereka mahukan.

Kelapan: Di buli !!

Jika di office kamu rasa di  bebani oleh staff yang kuat membuli. Buat kerja remeh sampai tak masuk di akal jadi lebih baik laporkan pada HR. Kalau ada ganguan seksual dari segi perkataan dan perbuatan jangan sembunyi-sembunyi laporkan pada bos dan HR.

Kesembilan : Jaga penampilan tepati masa

Masalah yang sering terjadi adalah datang lewat. Kalau lewat sikit takpe ini lewat banyak. Banyak sangat alasannya. Jadi cuba jadi orang yang tepati masa. Penampilan kena jaga juga, jaga imej kita.

Kesepuluh : Mengular

Tanya mana kamu ? hilang entah ke mana. Lastly supervisor kamu juga kena marah. Kalau nak smoking break boleh tapi jangan lama sangat. Jaga nama baik diri dan jagalah institut yang kita pelajari.

Acik beri nasihat kepada kamu semua sebagai nasihat. Ianya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Jadi prepared yoursrlf, enjoy your internship. 4 bulan, 6 bulan tak lama. Kalau baik dan di sukai boleh sambung di situ.Jika ada pengalaman boleh juga di kongsikan di sini untuk adik- adik yang akan pergi praktikal.

Catat Ulasan

18 Ulasan

kuchalana berkata…
semasa aku praktika dulu...aku dapat dekat ofis kerajaa..memang kurang kerja..kalau ada pun bukan bidang yang kita belajar..tapi aku minta dengan pegawai yang jaga aku untuk pergi buat praktikal dgn kontraktor berdekatan..siapa dapat duit kopi lagi..hahaha
paridah berkata…
BAGUS N3 ACIK NI MOGA DPT MEMBNTU MRK YG AKAN PRKTIKAL N SDG PRKTIKAL DIMANA SAJA AGENSI KRJAAN R SWASTA..KALAU BRPRAKTIKAL DGN BAIK AKN DIPNDANG UTK DITAWARKN JWTAN DISITU..
shazillahsani.com berkata…
bagus kalau semua pelajar praktikal bersikap begini..mcm shaila handle student lepas spm, kebanyakkan mereka kurang berdisiplin dan malas pergi kerja..
sitirohaida berkata…
kepada yang nak praktikal tu..kena ikut cara ni...
Miya Amira berkata…
miya xsabar sangat nak praktikal...tapi menakotkan juga...
thanks acik for this tips....
hehehe
ezyra taharin berkata…
saya tengah praktikal di architect firm.. agak susah juga pada first time tu hehe
Rafzan Tomomi berkata…
saya time praktikal, first day dah ade kerja, memang banyak tapi untuk pointer diploma kan. buat je laa... kerana bersungguh-sungguh, hampir 3 tahun kerja tempat yang sama :)
Shahrul Yusof berkata…
Mengular ni masa awal-awal je tak buat. Bila dah hujung-hujung dah kamceng dengan otai-otai, mula la mengular. Kalau ikut otai ni, walaupun technically mengular, tapi diorang ni pandai buat nampak macam tak mengular. Hahaha
Mummy MM berkata…
Nice sharing. Berguna jugak nie sebagai persediaan sebab bulan 3 nie saya dah mula berpraktikum. Heheh.

Read my latest entry : Things That I Like About My New Boyfriend
nasihat yg bagus dari Acik... kepada yg tengah praktikal... sila ambil perhatian... masa ni lah nak memupuk cara kerja yg bagus... saya ada ramai rakan yg diambil terus bekerja di syarikat yg dia praktikal sebab dia bagus dan berdisiplin...
Tanpa Nama berkata…
nice sharing
Akak Kembang berkata…
bab buli tu wajib...kekekekeke...
Nur Fannun berkata…
bab buat keje remeh tu bese ler..kalau nak praktikal tu ok...survey & carilah tmpt praktikal yg sesuai dgn diri kita...klau nk bljar byk prkara cari company yg besar..klau elaun byk sgt, mesti teruk kerja nya & bnyk.
Papaglamz berkata…
Nice sharing.. Jaga penampilan.. Untung2 abes praktikel serap msuk kjer. Hehe
SalbiahM berkata…
tambahan..hormat semua orang walaupun staf-staf tu tak berpendidikan tinggi atau pangkat rendah

banyak pengalaman dengan budak praktikal ni..Alhamdulillah, so far semua OK
Khir Khalid berkata…
Teringat waktu2 praktikal dulu.. alhamdulillah.. bnyk kenangan manis & bermanfaat. Semoga entri ini membantu sbg panduan kpd setiap mereka yg memerlukan.. Thanks sharing Acik..
zarul farhana berkata…
nasihat bagus ni... saya tengah intership skrg ni...
Anna berkata…
sy sebulan intern dah..kje kdg2 sehari 4 jam the rest kerani ckp xde kje. sdgkn sy tgk kje kerani tu leh bg 2 dgn saya. Bos pun x bg kje pd sy tp direct ke kerani. bgaimna cara sy nk communicate ckp saya nk kje? tq