Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini dah masuk tahun baru yeah !! 2015 dah tiba, syukur semua azam tahun lepas telah di tunaikan. Walaupun satu agak terlewat di tunaikan tapi Allah permudahkan, azam tersebut adalah agar dapat balik tahun baru bersama mak. Sebab setiap tahun baru mesti mak keseorangan sebab anak-anaknya jauh.
Menetapkan azam untuk suatu perkara adalah suatu tuntutan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: ‘Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang mengikut apa yang ia niatkan’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini menunjukkan azam dan niat yang disertakan dari awal setiap perbuatan dengan keinginan dan cita-cita yang teguh dan bersungguh-sungguh adalah suatu amalan berpahala dan amat digalakkan. Justeru, Imam al-Nawawi dan ramai ulama meletakkan hadis ini pada martabat dan tingkat amat tinggi pada sisi ajaran Islam sehingga Imam al-Syafie dan imam mazhab lain berpendapat bahawa hadis ini merangkumi sepertiga Islam kerana setiap perbuatan manusia bergantung kepada niat yang kemudian dipertuturkan melalui lisan dan diterjemahkan melalui anggota dan praktikal.
Okey 2015 masing-masing dah ada azam baru ?
Atau masih menuntun untuk tunaikan azam tahun 2013 ? 2014 ?
Meh acik bagitahu macam mana nak tunaikan azam tersebut.
Pertama : Tulis dan tampal azam
Kadang kita ini sering lupa bila di tanya esok apa azam kita ?
mesti ramai dah lupa dan azam bertukar, apa yang acik buat adalah tulis azam di atas kertas banyak-banyak dan tampal di pintu bilik, dekat gerobok dan sebagainya. Satu bagusnya motivasi agar selalu ingat untuk tunaikan azam
Kedua : Letakkan dalam memo, calender remember
Ahh cuba set kan bila nak tunaikan azam tu, letakkan dalam remember dan calender. Bila terbaca jadinya akan terlintas untuk tunaikan.
Ketiga : Tuliskan di laman sosial.
Ahh teknologi canggih, jadi apalagi nyatakan apa azam kamu dan pastukan berulang kali. Lepas tu pin kan di ruangan pertama kalau ada page lah. Kalau ada blog tuliskan di blog dan nanti refresh lagi yer.
Keempat : Berdoa dan berusaha
Semua pekara di atas dah buat tapi tak jalan, berdoa pada Allah agar azam terlaksana dan paling penting cuba untuk menunaikan agar kita menjadi manusia lebih baik.
Kelima: Pastikan azam mampu di laksanakan.
Inilah masalah yang terjadi azam nak gempak tapi plan tindakan itu kurang. Jadi macam mane tu ? ikutlah kemampuan , orang kata ukur baju pada badan sendiri. Fikir-fikir dan selamat menunaikan azam.
Dalam merealisasikan kejayaan sesuatu perbuatan, selepas adanya niat dan azam yang tinggi, beberapa langkah seterusnya mesti digerakkan antaranya ialah:
(1) Perancangan, pengurusan dan strategi yang baik serta bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai;
(2) Pelaksanaan yang baik dan istiqamah;
(3) Tawakal kepada Allah; dan
(4) Buat penilaian dan muhasabah secara berterusan agar perancangan dan perlaksanaan tidak lari serta tersasar daripada matlamat yang ingin dicapai.
Apa pun selamat tahun baru, semoga kita menjadi muslim lebih baik dari tahun lepas. Insha Allah
20 Ulasan
azam nak buat suruhan2 yg sunat lebih lagi insyaallah...
Salam ukhwah dan salam kenal.
Setkan target utk thn ni, dan ada usaha.
Target yg disasarkan biarlah ditulis, baru nampak. Tulis di belog sendiri pun oke dah... :)
Janji tulis....dan nampak....