Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas rahmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Teringat zaman kecil-kecil dulu, aku antara budak yang degil. Lagi-lagi di temani abang aku. Hahaha pergi mandi kat sungai, mancing ikan nanti petang baru balik.
Bila balik dengan hati yang happy terlibat bayangan di muka pintu seolah menunggu aku balik. Perghh rupanya mak dengan sambil pegang rotan. Memang kami salah jadi redha di rotan berbirat.
Kenangan lain pernah tu aku di rotan berkali-kali kat sekolah sebab tak pandai matematik.Haha aku memang lemah sikit bab kira-kira nie. Pernah mengadu dengan mak, dia kata " ahh itulah cikgu ajar tak paham-paham".Siap jumpa cikgu kata rotan jer kalau dia buat salah.
Kalau bergaduh, lambat sembahyang memang rotanlah kenanya. Paling tak boleh aku lupa, bila aku ponteng pergi ngaji. Mak dapat tahu, kena rotan, ustaz pun rotan juga. Walawei double rotan.
Kadang aku cuba sembunyikan rotan, hanger pun boleh hahaha..
Pernah dulu aku tertanya, " kenapalah setiap kesalahan mesti kena rotan ? sakit tau.
Lama-lama dari situ aku faham dan mengerti,kalau aku tak di rotan,mungkin aku selalu rasa aku betul dan dari situ aku belajar dari kesilapan yang lalu. Setiap kali nak buat sesuatu aku akan fikirkan kesannya. Dari situ ianya mematangkan aku. Terima kasih mak kerana bimbing aku untuk jadi orang yang berguna.
Mak rotan tidaklah sampai mencederakan aku, dia hanya ingin aku tahu pekara yang aku buat itu salah, ianya hukuman untuk aku. Padahal mak rotan tu sikit je, tapi menangisnya yang lebih.
Kalau budak-budak sekarang entahlah rasanya di manjakan sangat. Di sogok dengan dengan gajet, mak ayah cakap berani melawan. Sikit kena cubit mengadu kat mak ayah walaupun itu memang salah dia.
Mak selalu kata kat aku, kalau awak kelakuan baik, dengar cakap tak ada orang nak rotan. Tak ada orang nak marah, orang gila je buat gitu. Hahaha
Nasihat acik pada ibu bapa di luar sana perlu memastikan mereka tidak berada dalam keadaan marah dan beremosi ketika hukuman fizikal dilaksanakan. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara merotan yang tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada anak. Jangan sesekali memukul di bahagian sensitif seperti muka atau di tempat boleh mendatangkan bahaya seperti kepala atau perut. Pukulan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi 'pengajaran dan peringatan' kepada anak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Bagi umat Islam, mereka sudah tentu pernah mendengar sabda Nabi SAW di dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud)
Jika perlu merotan anak, ibu bapa boleh berbuat demikian selepas anak berumur 10 tahun. Mengapa pada usia 10 tahun? Ilmuwan Islam berpendapat anak yang berumur prabaligh iaitu sekitar 9 hingga 12 tahun boleh memahami kesan hukuman dikenakan. Anak kecil di bawah umur itu selalunya tidak dapat memahami jika didenda atas kesalahannya.
Paling penting jelaskan kenapa di hukum atau di rotan agar mereka tidak mengulangi lagi kesalahan ters
13 Ulasan