Ticker

6/recent/ticker-posts

Didikan Melalui Sebatang Rotan


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas rahmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Teringat zaman kecil-kecil dulu, aku antara budak yang degil. Lagi-lagi di temani abang aku. Hahaha pergi mandi kat sungai, mancing ikan nanti petang baru balik.

Bila balik dengan hati yang happy terlibat bayangan di muka pintu seolah menunggu aku balik. Perghh rupanya mak dengan sambil pegang rotan. Memang kami salah jadi redha di rotan berbirat.

Kenangan lain pernah tu aku di rotan berkali-kali kat sekolah sebab tak pandai matematik.Haha aku memang lemah sikit bab kira-kira nie. Pernah mengadu dengan mak, dia kata " ahh itulah cikgu ajar tak paham-paham".Siap jumpa cikgu kata rotan jer kalau dia buat salah.

Kalau bergaduh, lambat sembahyang memang rotanlah kenanya. Paling tak boleh aku lupa, bila aku ponteng pergi ngaji. Mak dapat tahu, kena rotan, ustaz pun rotan juga. Walawei double rotan.

Kadang aku cuba sembunyikan rotan, hanger pun boleh hahaha..

Pernah dulu aku tertanya, " kenapalah setiap kesalahan mesti kena rotan ? sakit tau.

Lama-lama dari situ aku faham dan mengerti,kalau aku tak di rotan,mungkin aku selalu rasa aku betul dan dari situ aku belajar dari kesilapan yang lalu. Setiap kali nak buat sesuatu aku akan fikirkan kesannya. Dari situ ianya mematangkan aku. Terima kasih mak kerana bimbing aku untuk jadi orang yang berguna.

Mak rotan tidaklah sampai mencederakan aku, dia hanya ingin aku tahu pekara yang aku buat itu salah, ianya hukuman untuk aku. Padahal mak rotan tu sikit je, tapi menangisnya yang lebih.

Kalau budak-budak sekarang entahlah rasanya di manjakan sangat. Di sogok dengan dengan gajet, mak ayah cakap berani melawan. Sikit kena cubit mengadu kat mak ayah walaupun itu memang salah dia. 

Mak selalu kata kat aku, kalau awak kelakuan baik, dengar cakap tak ada orang nak rotan. Tak ada orang nak marah, orang gila je buat gitu. Hahaha 

Nasihat acik pada ibu bapa di luar sana perlu memastikan mereka tidak berada dalam keadaan marah dan beremosi ketika hukuman fizikal dilaksanakan. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara merotan yang tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada anak. Jangan sesekali memukul di bahagian sensitif seperti muka atau di tempat boleh mendatangkan bahaya seperti kepala atau perut. Pukulan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi 'pengajaran dan peringatan' kepada anak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.


Bagi umat Islam, mereka sudah tentu pernah mendengar sabda Nabi SAW di dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Jika perlu merotan anak, ibu bapa boleh berbuat demikian selepas anak berumur 10 tahun. Mengapa pada usia 10 tahun? Ilmuwan Islam berpendapat anak yang berumur prabaligh iaitu sekitar 9 hingga 12 tahun boleh memahami kesan hukuman dikenakan. Anak kecil di bawah umur itu selalunya tidak dapat memahami jika didenda atas kesalahannya.

Paling penting jelaskan kenapa di hukum atau di rotan agar mereka tidak mengulangi lagi kesalahan ters


Catat Ulasan

13 Ulasan

Siti Sharini berkata…
amboi nakal sungguh yerr. he he betul pun..mungkin rotan tu yang bantu menjadikan kita siapa diri kita sekarang=))
Unknown berkata…
Betul tu acik...ayah akak dulu garang sangat...selalu gak kena rotan..kena henger or peyapu lidi... Dulu akak rasa takdisayangi. Tp srkarang akak mengerti mereka yang nenjafikan akak lbh berdikari sekarang.
I N A A I N A A berkata…
Ena dulu pun pernah kena rotan, nakal tapu benda tulah yang mengajar macam macam.. Sekarang ni budak budak mak bapak sensitif sangat pasal rotan ni.. dan bertambah manja la budak budak sekrang..
ZULHILMI TEMPOYAK berkata…
saya pun tak pasti nak setuju atau tidak. :)
paridah berkata…
anak2 ni yg degil n nakal sgt mmg perlu dirotan utk mendidik mrk...ibubapa sygkn anak2 mrk n mngajar menurut kesesuaian prilaku anak2 mrk.
Hanis Amanina berkata…
baru baca berita yg akan dikuatkuasakan akta yg tak bagi rotan utk kanak2. T_T aduhai.
kuchalana berkata…
mereka sellau perjuangan atas dasa hak asasi manusia..bila tang Islam dorang nampak yang ganas sahaja
Therina Jopri berkata…
Tahun lepas dah bagi amanat kat cikgu kelas anak darjah satu, cikgu rotan je anak saya ni kalau dia nakal atau tak nak buat kerja. cikgu tu cakap puan zaman sekarang ni dah tak boleh rotan-rotan murid nanti cikgu yang kene. saya kata aik kalau parents dah bagi izin pun xleh? cikgu2 pun takut dalam hal ni ....
mrs berkata…
pernah kena rotan dengan mak sebab balik lambat tak sempat nak ngaji Quran..kalau diingat balik memang patut pun kena rotan, sape suruh lalai sangat main :)
Shahrul Yusof berkata…
Orang tua-tua dulu, bukan suka-suka nak rotan anak-anaknya. Kita dulu dirotan kerana untuk dididik. Macam saya dulu, mak ayah dah pesan banyak kali, jangan dibuat perkara yang dilarang. Bila dah warning pun tak makan saman, rotan la jadi makanannya.
SalbiahM berkata…
hehe..majoriti kita ni dibesarkan dengan 'rotan'.bila ingat sakit tu, sampai sekarang takut nak buat nakal.harap cadangan haramkan rotan tu dikaji semula
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Btol tu acik..mak ayah kita rotan bkn tak sayang tp nk didik kita..klau merotan pon dikira salah ssh laa mcm tu sbb kita merotan tuk didik bkn tuk mendera..