Ticker

6/recent/ticker-posts

Semakin Ramai Remaja Takut Untuk Berkahwin Kerana Kehidupan Selepas Berkahwin

ehsan google

Assalamualaikum 


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Remaja dan cinta memang tak dapat di pisahkan bagaikan isi dan kuku. Bila cinta itu di ibaratkan menyerahkan segalanya demi cinta hanya satu ikatan yang di lakukan bukan pada landasan yang halal. Mengikat janji setia katanya demi cinta yang suci. Tetapi apabila telah mendapat cinta yang  didambakan,di tinggalkan dan maka mulalah episode kecewa dek kerana cinta. Di saat itu mulalah tidak percaya pada cinta dan anggap lelaki/perempuan itu sama pemain perasaan.

Kini muncul pula golongan yang liberal yang mengatakan bahawa "aku ingin bercinta dan aku hanya ingin rasakan manis cinta itu"

Golongan yang mewujudkan cinta untuk satu malam. Habis madu sepah di buang.

Sedih rasanya melihat remaja sekarang ini, mereka hanya ingin memuaskan nafsu tanpa memikirkan implikasinya terhadap agama, pasangan dan keluarga. 

Ramai remaja sekarang takut untuk menikah !!

Alasan mereka : 

Takut di kecewakan
Takut di permainkan perasaan 
takut pasangan itu lebih menjahanamkan kita.
Takut nanti susah bila dah kawin kena jaga isteri/suami dan anak
Takut kawin cerai.
Tengok kat televisyen dan pengalaman rakan-rakan yang mengerikan

Sebenarnya segalanya terpulang pada kita, jangan takut dan risau jodoh , rezeki ,ajal dan maut telah Allah tetapkan untuk kita. Maka jalanilah dengan kehidupan yang berlandaskan al quran dan sunah . InshaAllah kita selalu di bawah perlindunganNya.

Menjadi fitrah di di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan. 

“… Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang – pasangan..” (QS. Adz Dzariyaat : 49)

Perkahwinan dalam Islam merupakan suatu tuntutan dan kewajipan dalam pembinaan masyarakat yang unggul.  Ahhh dan separuh dari ibadah adalah dengan bernikah . Nikah , lafaz yang agung di mana dua jiwa di satukan oleh satu ikatan yang rasmi.

Dan kawinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nuur 24:32)

Risau kawin nanti duit tak cukup untuk diri sendiri dan bila ada anak ? 
Lihat ayat di atas bahawa Allah telah janjikan bahawa Dia memberikan rezeki untuk mereka yang berkahwin.

Islam menggalakkan perkahwinan yang sah kerana perkahwinan adalah amalan Sunnah Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w tidak mengaku umatnya apabila ada sesiapa yang tidak mahu berkahwin sedangkan ia mempunyai kemampuan dan perbelanjaan yang mencukupi. Terdapat beberapa sebab kenapa Islam menganjurkan perkahwinan . Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Melengkapi agamanya.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi."

(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim).

2. Menjaga kehormatan diri.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 

“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih mudah menundukkan pandangan dan lebih menjaga farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, karena puasa itu dapat menjaga dirinya.

(Hadis Sahih Riwayat. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaiy, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).

 3.Seorang suami memberikan nafkah, makan, minum, dan pakaian kepada istrinya dan keluarganya akan terhitung sedekah yang paling utama. Dan akan diganti oleh Allah, ini janji Allah.

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w, bersabda: “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.”

(Hadis Riwayat Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Setiap pekara dalam kehidupan ini pasti ada risiko dan pasang surutnya. Jika salah faham dan gaduh itu biasalah dan ianya akan jadi pengalaman yang berharga untuk kita di masa akan datang. Pengalaman kan guru terbaik dalam hidup kita

Setiap manusia rezeki berbeza-beza begitu juga jodohnya, jika di temukan pasangan yang salah ianya adalah ujian untuknya untuk menemui pasangan yang tepat. Baiki diri kita untuk menjadi lebih baik.Ada itu dia memang baik orangnya tetapi dapat lelaki/ perempuan yang kaki kikis dan mempergunakannya. Ianya juga ujian Allah untuk kita. 

Hati yang mana tidak pernah di sakiti, di tipu di lukai, walhal bukan dengan pasangan kita tetapi dengan kawan-kawan dan orang sekeliling. Kuatkan hati dan tabah hadapi segalanya .Pasti ada seribu hikmah di luar pengetahuan kita. Itu pasti.

Jangan takut untuk berkawin, jika tak mampu buat segah perkahwinan cik ta maka buatlah secara bersederhana. Itukan lebih baik dan tidak membazir. Acik menaip ini untuk mengingatkan diri sendiri juga. InshaAllah ada jodoh akan akan bersatu juga.

Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang berkahwin kerana ingin memelihara kehormatannya.(Hadis Riwayat. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah)






Catat Ulasan

12 Ulasan

Syira Lokman berkata…
untuk melakukan kebaikan (perkahwinan) pelbagai dugaan (hasutan syaitan) menghalang. namun andai kuat...insyaAllah ...kita kekal di jalan Allah
Unknown berkata…
cinta touch n go memang banyak sekarang ni... mereka tak pernah fikir kesan "di sana"
Khir Khalid berkata…
Semoga dijauhkanlah dari perkara2 yg boleh mengundang kemurkaan Allah ni.. Perkongsian yg menjadi peringatan serta nasihat buat renungan kita semua. T kasih atas perkongsian ini Acik.
kuchalana berkata…
sebenarnya ia satu kebimbangan dizaman sekarang...jika tidak dikawal dengan baik..benda akan meresap dan menghancurkan lebih lagi..sedangkan kini pun sudah teruk keadaannya
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Kdg2 kan Acik ..remaja sekarang tahu nk seronok jer..bila suruh kawen byk pula alasan mereka ni..seronok jer yg mereja fikir..lain2 tolak tepi,.
paridah berkata…
PERKONGSIAN YG SGT BERMNAFFAT...BERKHWINLH DEMI ALLAH DEMI CINTA MENCARI BHGIA...
terima kasih acik byk ilmu kita dpt...
BinMuhammad berkata…
Semoga Allah beri petunjuk dan sedarkanlah mereka dr nikmat dunia sementara ini
Unknown berkata…
Perkongsian yang menarik dan bermanafaat...
Cinta itu sesuatu yang indah dan manis jika betul cara dan jlanya.. Jika tersalah langkah...cinta juga membawa kehancuran di dunia dan akhirat.
Nisa Ahmad berkata…
Good sharing. Very touching sbb diri sndiri pon penah mgalaminya. BiarlahAllah saja yg tahu. Setiap yg berlaku ade hikmah di sebaliknya.
Unknown berkata…
betul. zaman sekarang, memang agak menakutkan. tak macam dulu-dulu. orang sekarang lagi pilih untuk bercinta lama-lama dengan alasan nak kenal lebih dalam. but actually, cara tu tak betul sangat.