Ticker

6/recent/ticker-posts

Hari Pertama Persekolahan Anak-Anak



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Cepat masa berlalu ingat lagi, zaman nak pergi sekolah dulu masa darjah 1.

Excited sangat nak pergi sekolah, pagi-pagi nak pergi sekolqh tapi masa darjah 1 dah tak nak mak teman kononnya dah besar. Tapi mak setia menemani dari luar tingkap untuk melihat anaknya. Alahai rindu pula zaman sekolah dulu-dulu.

Sekarang pula anak sedara acik yang akan masuk sekolah. Ada yang baru nak masuk tadika iaitu Zahra dan seorang lagi Rizmi yang masuk darjah 1.



Tengok mereka teruja masuk sekolah, kita pula rasa seronok.Budak sekarang memang advance sebelum darjah 1 dah pandai membaca buku.Kagum betul dengan mereka, acik dulu lambat baca.

Acik doakan semoga anak-anak sedara acik menjadi orang yang berguna dan dapat menjadi pemimpin yang terbaik di masa depan. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. Acik dari jauh selalu akan mendoakan semua anak sedara acik.

Catat Ulasan

14 Ulasan

mselim3 berkata…
Assalammualaikum.. achik,

anak sedara achik nie tak nangis ker? Anak mselim3 menangis... maklum aje awal persekolahan ..

mselim3
paridah berkata…
selamat memulakn persekolahn anak2...benar kata acik anak2 la ni jauh lbh cerdik drpd anak2 zamn dulu....
Fiza Aizzawa berkata…
seronok tgk gelagat anak2 kawan yang dorang post kt FB.. semua muka bersemangat..
Fiza Aizzawa berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. tak nangis dia.. sbb suka sgt pergi sekolah
Shahrul Yusof berkata…
Rata-rata anak-anak sekarang yang masuk darjah 1 dah pandai bawak diri. Jarang nak jumpa nangis-nangis atau terberak dalam seluar macam zaman kita kecik-kecik dulu. Hehe
Betullah Acik... masuk2 darjah satu jer dah pandai baca... masa kat tadika lagi dah pandai baca... dulu saya kat kat darjah satu baru nak kenal manusia lain... (tak masuk tadika)... senang hati tengok anak dah besar kan
Mama Kembar Tiga berkata…
My boys pun happy ja td, maklumlah dah ada geng terus hehe
Khir Khalid berkata…
Suasana yg menceriakan hari ini.. Selamat menempuh alam persekolahan 2015 buat semua pelajar, warga pendidik serta ibu bapa seluruhnya.. :)
mrhanafi berkata…
teringat pulak zaman sekolah dulu-dulu..

p/s:Tambahkan ilmu untuk minda dengan membaca blog [Buku Online]
Mar Mansor berkata…
budak2 sekarang, masuk darjah satu dah kena pandai membaca tak macam zaman kita dulu.
umur 5 tahun dah pandai membaca..umur 4 tahun dah masuk sekolah kan
Nadia Johari berkata…
Dulu masuk sekolah takut je..hehe
Maria Firdz berkata…
Beza sgt dgn zaman sekolah kita dulu...