Assalamualaikum
Alhamdulilah masih algi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya .Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dalam di dunia ini kita tidak terlepas di uji oleh Allah. Sering kala berlaku pekara yang di duga dalam hidup kita. Ada yang di uji dengan kesihatan, kekayaan, kemiskinan , kebahgiaan dan lain-lain lagi.Ada juga di uji dengan di kurniakan dengan anak-anak OKU (Orang Kurang Upaya)
Acik sangat kagum melihat ibu bapa dapat membesarkan anak-anak yang istimewa ini, menyayangi mereka sepenuh hati dan memberikan layanan seperti anak yang lain. Ada sesetengah mereka tidak sanggup untuk menjaganya dan di lakukan seperti kes-kes yang berlaku . Di mana anak OKU di seksa dan di tinggalkan.
Acik pernah mewawancara seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak istimewa. Memang sayu dan hiba melihat ketabahan ibu tunggal membesarkan anak-anaknya.
Yang selalu terjadi yang bermain di fikiran ibu bapa adalah bagaimana mereka boleh dikurniakan anak istimewa, salah siapa, adakah terlanggar pantang atau pun balasan dari Tuhan. Ini persoalan yang biasa ditanyakan ibu bapa sebaik mengetahui anak mereka OKU. Apa yang perlu dilakukan ibu bapa adalah memadamkan perasaan negatif dan perasaan malu berhadapan masyarakat. Selepas hilangnya kemurungan peringkat awal ini, perjalanan kehidupan akan menjadi lebih jelas dan mudah.
Langkah pertama ialah menerima anak itu sebagai satu anugerah dan percaya bahawa setiap pemberian Tuhan ada hikmahnya. Apabila ibu bapa redha maka perjalanan membesarkan anak jadi lebih mudah. Pada masa sama jangan abaikan hubungan dengan ahli keluarga (anak-anak lain) dan biarkan mereka membesar bersama-sama. Dengan cara ini ahli keluarga lebih rapat, menyayangi, sabar dan mula mempertahankan hak masing-masing.
Langkah pertama ialah menerima anak itu sebagai satu anugerah dan percaya bahawa setiap pemberian Tuhan ada hikmahnya. Apabila ibu bapa redha maka perjalanan membesarkan anak jadi lebih mudah. Pada masa sama jangan abaikan hubungan dengan ahli keluarga (anak-anak lain) dan biarkan mereka membesar bersama-sama. Dengan cara ini ahli keluarga lebih rapat, menyayangi, sabar dan mula mempertahankan hak masing-masing.
Alhamdulilah masyarakat kini telah menerima keberadaan mereka dan di berikan layanan yang istimewa sama ada pengangkutan awam, perkhidmatan-perkhidmatan yang di perlukan dan sebagainya.
Allah itu Maha Adil walaupun pada kita merekanya tidak sempurna sifatnya tetapi Allah kurnia mereka pelbagai kelebihan dan kebolehan yang tidak mampu di lakukan oleh kita. Semangat dan keazaman mereka sangat hebat jika di bandingkan dengan kita. Pernah acik melihat seorang pak cik yang tidak dapat melihat tetapi menguruskan kehidupan dengan baik , tak menyusahkan orang lain, semuanya di uruskan sendiri dan dapat membesarkan anaknya 2 orang.
Memang benar anak juga merupakan ujian kepada kedua orang tuanya, untuk melihat ketaqwaan serta keimanan mereka. Ini disebut dalam al-Quran, pada ayat 28 Surah al-Anfaal yang bermaksud, “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
Apabila dikatakan anak sebagai ujian, ia bermakna melalui anak itu Allah menguji kedua orang tuanya. Bila kita katakan Allah menguji kedua orang tua melalui anak mereka, ia tidak semestinya bermaksud Allah menguji ibubapa dengan memberikan anak-anak yang tidak sempurna. Walaupun ibubapa yang memiliki anak-anak yang tidak sempurna ini diuji dengan hebat, tidak kurang ibubapa yang diuji Allah walaupun anak-anaknya sempurna belaka. Walau bagaimanapun, ujian-ujian ini adalah lumrah hidup bagi orang Islam dan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin lelaki dan wanita yang mengenai dirinya, hartanya, anaknya (dengan sabar) sehingga ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Kita dalam masyarakat seharusnya menyokong mereka bukannya mengutuk dan menghina mereka. Yelah kadang sedih melihat anak-anak istimewa ini di sia-siakan. Ada kes di dera, di tinggalkan dan ada juga di buang semasa kecil. Mereka juga mempunyai hak untuk terus hidup.
Alhamdulilah ramai OKU ini telah membuktikan mereka juga setanding dan sehebat yang lain jika di beri peluang. Contoh yang boleh acik berikan adalah kumpulan Caliph Buskers yang telah membuktikan kemampuan mereka dalam AJL 29 apabila memenangi persembahan terbaik dan mendapat tepukan yang gemuruh dari satu dewan tersebut.
Selain itu, siapa tidak kenal pada nick vujicic seorang pakar motivasi yang kekurangan dari fizikal tetapi mampu membuat ribuan mengalirkan air mata mendengar cerita dan ketabahan hidupnya. Dia membuktikan bahawa walaupun dia tidak sempurna tetapi dia dapat lakukan apa sahaja apa yang di ingin dalam hidupnya.
Selain itu juga, Tengku Arman Harris Tengku Ismail yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu.
Dan ramai lagi telah berjaya, bagaimana kita yang di anggap sempurna dari fizikal ini ? adakah kita mahu mengalah dan terus menyalahkan takdir ? Sedangkan mereka menerima dengan lapang dada dan menjadi kekuataan untuk diri mereka. Jika ada masa muhasabah diri kita dan belajarlah untuk bersyukur dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Hargailah hidup dan buktikan kamu juga mampu berjaya.
13 Ulasan
Mila kagum dgn oku yg buta kerana mereka banyak berdikari... Biarpun pandangan mereka gelap tapi hati mereka cerah